PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 2 Mac 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 3

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



BAHAGIAN 3

KARINA sedang menyiapkan bahan untuk salad dressing ketika Junita memotong sayuran untuk dijadikan makan malam mereka. Buah tomato, iceberg lettuce dan timun adalah antara bahan utamanya. Untuk bahan protein, telur yang telah direbus dikupas kulitnya dan dibelah dua.

"Aku tak boleh ingat peristiwa siang tadi." Kata Junita sambil memotong timun hingga kelihatan seperti kentang goreng. Dipotong tirus dan memanjang.

"Yang mana?" kata Karina sambil mencapai mayones dari dalam peti sejuk.

"Masa photoshoot tu lah. Aku gabra gila kau tahu. Lepas tu Cindy, Maya dan Rachel kutuk aku dengan ketawa sinis dia orang tu." Junita begitu beria-ia bercerita.

"Oh yang itu. Lepas tu Jojo photographer lembut yang vogue tu puji kau. Superb! Excellent! Nice! Muka dia orang macam kerang basi kau tahu." Karina menambah.

"Kerang basi? Bukan kerang busuk?" Junita berkerut dahi.


"Kerang busuk tu kalau tersengeh tak tentu pasal. Ini muka monyok gila! Bengang dengan kau." Kata-kata Karina diikuti derai tawa mereka.

"Yang tak tahan tu bila Dato' Refqal datang. Dia macam nampak kau sorang je. Muka dia orang tu memang jealous gila. Hadoi..." Tambah Karina.

"Kau tak rasa pelik dia tengok aku macam tu. Dengan kau tak ada pulak." Junita menguji.

"Ah! Aku tak heran benda macam tu. Lagi aku suka. Aku tak minat jadi simpanan sugar daddy." Selamba jawapan Karina.

"Kau rasa dia nak jadikan aku..." Junita seba salah ingin berterus terang.

"Mestilah. Kau tak nak?"

Laju Junita geleng. Dia tidak pernah terfikir ingin mengalami hidup sebegitu, walaupun ramai gadis sepertinya tercari-cari peluang yang sama.

~~***~~

LEWAT malam itu Junita bangkit kerana perut berkeroncong.

Menyesal aku ikut idea Karina. Memanglah jadi model kena jaga badan. Tapi takkan sampai makan salad malam-malam. Aku mana biasa. Gerutu Junita dalam hati.

Dia menuju ke dapur dalam suram cahaya lampu malam di siling. Tidak sedikitpun dia terasa takut atau bimbang. Dia mengeluarkan dua keping roti dari peti sejuk. Kemudian dia menggoreng telur. Telur dikepit dengan roti dan dia makan dengan begitu berselera.

Takkanlah roti dengan telur boleh menyebabkan aku tak muat pakai baju klien nanti. Kalau hari-hari tu lainlah. Dia tersenyum dengan idea yang singgah.

Selesai makan dia menaiki tangga. Baginya tiada apa-apa yang pelik atau mencurigakan tentang rumah. Tiada langsung elemen yang menyeramkan baginya. Hinggalah dia terpandang bilik di tingkat mezanin. Bahagian itu hanya seperti lantai yang tergantung di bahagian atas tanpa meliputi seluruh ruang.

Timbul rasa ingin tahu dengan kata-kata Mak Arpah siang tadi, perempuan tua yang diamanahkan menjaga rumah ini. Kata-katanya terlalu misteri bagi Junita.

Kenapa dia tak benarkan aku masuk ke dalam bilik tu? Apa yang ada dalam tu? Kalau tak bagi orang masuk, kenapa tak dikunci. Gaya dia tu macam nak suruh aku masuk aje. Omel Junita dalam hati.

Apa salahnya kalau aku jenguk ke dalam bilik tu. Sekejap aje. Mesti ada lampu kan? Lepas tengok aku masuklah dalam bilik aku. Bukan aku nak masuk dan selongkar apa yang ada dalam bilik tu. Suara hatinya cuba memujuk.

Junita terpegun di tangga. Dia memandang pintu bilik yang bertutup di tingkat mezanin itu.

"Nak pergi tengok atau tak?" Dia cuba mengikut gerak hatinya.

JIKA JUNITA PERGI MELIHAT BILIK ITU, BACA BAHAGIAN 4A
JIKA JUNITA TERUS BALIK KE BILIKNYA DAN TIDUR, BACA BAHAGIAN 4B

NOTA:
BAHAGIAN 3A AKAN DISIARKAN DI GRUP TERTUTUP LAMAN INSPIRASI PENA VR.
BAHAGIAN 3B AKAN DISIARKAN UNTUK BACAAN UMUM.



Atas sebab-sebab tertentu, sambungan kisah ini akan disiarkan di laman blog Pena VR dan diakhiri di grup tertutup Facebook Laman Inspirasi Pena VR. (https://www.facebook.com/groups/penavr/)

Sesiapa yang ingin mengetahui penghujung kisah ini dialu-alukan menjadi ahli grup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?