PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 2 Mac 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 2

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.




 BAHAGIAN II

JUNITA mengatur langkah sambil mengepit erat beg yang biasanya digalas atau dijinjing. Reaksi spontan dengan perasaan yang singgah. Kardigan nipis dipakai semata-mata untuk menghilangkan rasa dingin yang hadir, walaupun mentari sudah mula terik ketika itu.

Macam mana aku nak sesuaikan diri dengan yang lain? Kalau mereka semua kaki buli macam mana? Bisik hatinya.

Setibanya di pekarangan lobi bangunan itu, dia memperkenalkan diri kepada penyambut tetamu yang bertugas. "Junita Saiman."

"Cik ni model yang baru kan?" tanya gadis berambut ikal itu.


"Ya." Junita terasa pendingin hawa menambah rasa gementar yang bersisa.

"Ikut koridor ni, jalan terus sampai nampak Studio C di sebelah kiri." Kata gadis itu.

Junita hanya senyum sambil berkata, "Terima kasih."

Macam mana agaknya model-model yang ada? Mesti semuanya hebat-hebat. Bukan macam aku. Pengalaman pun tak ada. Bisik hatinya bersama debar yang semakin kencang.

Akhirnya dia ternampak pintu dengan huruf C di atasnya. Dia menjenguk masuk. Berbelas gadis sepertinya ada di situ. Ada yang sedang berbual di satu sudut. Ada yang sedang dimekap. Ada yang sibuk berbual di telefon dengan suara seksi.

Junita masuk dengan gaya takut-takut. Beberapa pasang mata terpacak padanya. Jelingan sinis dengan senyuman meleret penuh makna.

"Oh my god! She's got no fashion sense."

"Excuse me, somebody please call the fashion police."

Kemudian kedengaran tawa kecil penuh sindiran.

Serta-merta Junita membetulkan cardigan nipis putih dengan belang-belang kuning.

"Model ke ni?"

"Entahlah. Tukang cuci agaknya."

Tawa berderai. Kali ini lebih nyaring.

Junita sudah tidak tahan lagi. Dia meluru ke pintu untuk mengambil angin di luar. Ketika itu dia terlanggar seseorang.

"Maafkan saya," Junita membetulkan cermin mata tanpa kuasa yang dipakai. Ia dipakai untuk menghilangkan rasa gementar. Sekurang-kurangnya ia memberikan rasa selesa dalam situasi yang amat asing baginya. Hari pertama bertugas sebagai model setelah berjaya dalam sesi ujibakat beberapa hari lepas.

"No problem," kata gadis berambut panjang berketak-ketak itu. "Karina." Dia menghulurkan tangan.

Junita menyambut tangannya untuk bersalam. "Ju-ju-Junita.'

"Kali pertama?" Gadis itu membaca gerak-geri dan bahasa tubuh Junita. Mungkin berdasarkan pengalamannya suatu masa dulu.

Junita angguk sambil memerhati wanita-wanita yang memandangnya.

"Jangan hiraukan mereka tu. Dia orang tu kerek sebab dah biasa kat sini. Jealous dengan orang baru macam awak. Yang cantik dan berpotensi."

Junita senyum dengan pujian Karina.

Karina memandangnya dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Awak cantik. Tapi cara awak berpakaian memang cari nahas. Terutamanya dengan dia orang tu." Teguran ikhlas Karina.

"Maksud awak?" Junita menaikkan cermin mata yang melorot.

"Jangan pakai kardigan ni lagi. Pakai t-shirt fit. Jangan pakai yang longgar. Cermin mata ni... buat awak nampak macam nerd."

Mereka berderai dengan tawa.

"Awak dah lama jadi model?" tanya Junita.

"Baru setahun. Tapi saya dah masak dengan perangai model macam dia orang tu. Suka memperlekehkan orang lain. Takut populariti masing-masing merudum."

"Ooo..." Junita sempat menjeling kepada mereka. Kali ini mereka sedang berbual sambil memperagakan aksesori masing-masing.

Tidak lama kemudian seorang lelaki bertubuh gempal masuk. Pakaiannya terlalu terang dan berwarna-warni. Gaya dia berjalan berlenggang-lenggok dengan tangan yang sengaja dilentikkan.

"Hi girls!" pamitnya kepada Junita dan Karina. Dia melihat Junita dari atas hingga ke bawah. "Hmm... you're really something."

Pujian itu menyebabkan Junita dan Karina berpandangan. Gadis-gadis lain melihat dengan rasa jengkel.

"I can't wait to show you to Dato'." Katanya sebelum berlalu mendapatkan model-model yang lain.

Junita membuat isyarat mata dengan tanda tanya. Karina menjungkit bahu.

~~***~~

JUNITA dan Karina tiba di pekarangan banglo. Karina memeriksa alamat yang tertulis di cebisan kertas.

Junita melihat pekarangan banglo dengan rasa cuak. "Betul ke ini alamatnya?"

"Betul. Villa Seri Avira.  Tapi... macam dah lama kena tinggal je."

Mereka dikejutkan dengan pintu yang terbuka dengan tiba-tiba. Hampir-hampir Junita ingin memecut lari, meninggalkan kawasan itu. Belum sempat dia berbuat demikian, seorang tua muncul di muka pintu. Wajahnya nampak serius dan nampak bengis.

"Mak cik, kami penyewa baru banglo ni." Kata Karina.

Wanita itu tidak menjawab. Sebaliknya dia membuka pintu dengan luas dengan isyarat membenarkan mereka berdua masuk.

Keadaan banglo itu nampak kemas dan bersih di dalam. Tidak seperti keadaan di luar.

"Berdua je?" tanya wanita itu.

Junita angguk. Dia meneliti ciri-ciri antik di dalam banglo itu. Kebanyakan gaya penataannya sudah ketinggalan zaman dan tidak dikemaskini. Hanya dipelihara supaya tidak kelihatan uzur dan buruk.

Mereka meneliti setiap ruang di rumah itu. Bahagian ruang tamu, dapur, bilik istirahat dan bilik stor. Kemudian mereka ke tingkat atas. Ada beberapa bilik tidur. Kesemuanya agak luas dan boleh dijadikan bilik tidur utama.

Junita menjeling melihat tangga ke tingkat mezanin di atas. Anehnya ruang itu terlalu kecil dan memuatkan sebuah bilik lagi.

"Bilik apa tu?" tanya Junita.

Wanita berumur itu menjelingnya tajam. Junita terasa seperti perutnya sedang dimamah asid dek pandangan sebegitu.

"Bilik tu tak berkunci. Tapi jangan cuba-cuba masuk.Tak ada siapa boleh masuk. Jangan berani-berani." Amaran wanita itu semakin menyemarakkan rasa ingin tahu Junita.

Mereka kemudiannya turun ke bawah untuk membincangkan tentang sewa dan ehwal rumah itu.


Atas sebab-sebab tertentu, sambungan kisah ini akan disiarkan di laman blog Pena VR dan diakhiri di grup tertutup Facebook Laman Inspirasi Pena VR. (https://www.facebook.com/groups/penavr/)

Sesiapa yang ingin mengetahui penghujung kisah ini dialu-alukan menjadi ahli grup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?