PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Jumaat, 24 Oktober 2014

CERPEN BERSIRI : KIAI NORDIN IMAM KAMPUNG

KIAI NORDIN IMAM KAMPUNG



Kampung Semambu Kuning
3.15 Pagi


Nordin meredah kawasan paya bakau yang berlumpur. Jubah yang dipakai terpaksa diikat ke paras pinggang. Seluar yang dipakai sudah lecah dengan selut yang menyukarkan perjalanan.

Bulan purnama menerangi umpama lampu jalan yang mengintai di celah-celah dahan yang kelihatan persis tangan makhluk sedia untuk mencakar mangsa di bawahnya.

Zikir dan wirid tidak lekang dari bibir imam Kampung Semambu Kuning.

"Berpatah balik Nordin. Ini bukan tempat kau. Kau hanya menghantar ajal datang ke sini. Pulanglah!" Bisikan suara halus yang bergema di telinga.

'Aku kenal siapa kau. Aku tahu kejadian kau. Kau dan aku sama, walaupun diciptakan daripada unsur berlainan. Tiba masa kau dan aku akan menghadap Dia pada hari perhitungan.' Sedikan hati Nordin yang dia pasti boleh didengar oleh makhluk ghaib yang berbisik di telinganya.

Bunyi tawa yang kasar dan dalam menghentak gegendang telinga.

"Kenapa kau ke sini? Adakah kerana kau benar-benar ingin menyelamatkan budak perempuan itu? Atau kau ada agenda lain yang tersembunyi? Mungkin untuk membuktikan kemampuan kau?" Suara itu cuba menggoyahkan pendirian Nordin.

Nordin terdiam. Kata-kata itu sedikit sebanyak mempengaruhi emosinya.

"Kau sebenarnya ingin membuktikan kepada mereka yang mempertikaikan masa silam kau. Kau bukan datang dari latar yang suci murni. Kau..."

'Ah! Jangan kau cuba ungkit itu semua lagi. Masyarakat di sini terima aku seadanya. Mereka tahu aku sudah berubah.'

Tawa bergema lagi.

"Kau pasti? Kalau aku tak silap masih ada segelintir mansia yang mempertikaikan kau. Kau yakin kau akan diterima sepenuhnya oleh masyarakat kampung?"

Nordin terdiam. Memori silam pantas bermain di mindanya.

***

Lebih dua puluh tahun yang lalu




Nordin bersandar di bonggol batu Kampung Semambu Kuning. Muzik berirama new wave bergema dari stereo Bombeat yang terpasang di tepi sungai. Dua orang gadis sedang berkepit di sebelah Nordin sambil tergedik-gedik dengan irama yang berkumandang. Nordin bersantai dengan cermin mata gelap buat melindungi mata daripada cahaya mentari yang terang.

Nordin tidak pernah kenal erti susah dan derita. Hidup sebagai anak jutawan ada kelebihan yang tersendiri. Gadis yang berkepit dengannya akan bertahan paling lama sebulan. Terlalu ramai yang beratur menunggu giliran. Bagi Nordin peluang itu tidak boleh disia-siakan.

Ramai yang telah menjadi mangsanya. Ada yang terpaksa menanggung derita setelah dibuntingkan oleh Nordin. Lebih sadis lagi apabila ada yang sanggup mencabut nyawa sendiri kerana tidak sanggup menanggung keperitan hidup setelah menjadi mangsa. Namun bagi Nordin mereka semua persis lampin pakai buang yang begitu jijik setelah digunakan. Hanya layak dicampak ke dalam tong sampah. Perempuan tanpa harga diri.

Masa bersantai di tepi sungai hari itu terganggu dengan deruman motosikal yang memekakkan telinga. Rakan-rakannya sudah tercegat melihat tetamu yang tidak diundang ke pesta liburan mereka.

"Nordin!" pekik seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Nordin bangun dengan lagak macho sambil menanggalkan cermin mata gelap.

"Kau Nordin?" tanya lelaki itu lagi apabila berpasang mata tertumpu ke arah Nordin.

"Ya. Apa kau nak?" Nordin berlagak seolah-olah tidak terkesan dengan pertanyaan lelaki itu.

"Kau dah rosakkan adik aku Nadia. Sekarang dia terlantar di hospital sakit mental. Semuanya angkara kau!" tuduh lelaki itu.

"Kau salahkan aku? Kenapa tak salahkan adik kau yang tergila-gilakan aku? Dasar perempuan murahan. Gelap mata kerana kemewahan yang aku ada." Jawapan selamba Nordin. Sedikitpun dia tidak rasa gentar kerana dikelilingi ramai rakan-rakan.

"Bangsat! Kau jangan ingat kau boleh lepas macam itu saja." Kata lelaki itu. Dia memandang ke arah geng yang berdiri di belakangnya. Dengan serta-merta batang paip besi sepanjang dua kaki dikeluarkan dari sisi seluar.

Melihat keadaan yang menggerunkan itu, bertempiaran rakan-rakan Nordin lari bersama gundik-gundiknya. Mereka meninggalkan Nordin berseorangan.

'Cilaka betul! Masa senang semua berkeliling macam pacat melekat. Masa aku susah semua hilang. Pengecut!' gerutu Nordin dalam diam.

Dia berkira-kira ingin lari, malangnya dia sudah dikepung.

"Belasah dia cukup-cukup sampai mampus!" arah lelaki yang mendakwa sebagai abang Nadia.

Bertubi-tubi Nordin dipukul hingga lebam-lebam dan berdarah hidung dan mulutnya. Namun dia terus dikerjakan sampai lembik. Tubuhnya yang terkulai tidak bermaya kemudiannya dicampak ke seberang sungai, di pinggir hutan Semambu Kuning.

Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan pandangan yang kabur, Nordin sempat melihat sekeliling. Sekumpulan manusia berpakaian putih mengerumuninya. Sukar untuk Nordin melihat wajah mereka dengan jelas. Tidak lama kemudian dia sudah tidak sedarkan diri lagi.

***

Nordin disedarkan dari lamunan dengan bunyi cengkerik dan burung jampuk yang bersahutan. Keadaannya yang berlumpur dan dipenuhi selut dari bahagian lutut ke bawah agak mengganggu tumpuannya. Namun dia tiada pilihan.

'Aku tak boleh tunduk kepada puaka dalam hutan ini. Nyawa budak itu mungkin akan jadi taruhan jika aku menyerah kalah. Keistimewaan yang aku ada adalah tanggungjawab yang perlu aku tunaikan. Biarpun apa tanggapan manusia terhadap aku.'

Hutan ini pernah menjadi tempatnya tinggal suatu masa dulu. Kehidupan yang telah mengubah haluan hidupnya sepenuhnya. Kehidupan itu telah memberi dia peluang baru dalam hidup. Juga peluang untuk berbakti kepada manusia lain, walaupun masih ada yang tidak dapat menerima perubahan itu.

'Biarlah hanya Tuhan yang tahu hati ini. Dia saja yang layak menilai aku, bukan manusia yang tidak tahu hujung pangkal. Hanya tahu membuat tanggapan dengan akal yang dangkal dan terhad.' Nordin memujuk hati.


Memori silam singgah lagi.

Bersambung di grup LAMAN INSPIRASI PENA VR…


Nota:
Ini adalah siri ketiga dalam novel/novelet yang masih belum bernama. Buat masa ini ia disiarkan sebagai cerpen bersiri. 



>>KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?