PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 14 Oktober 2014

CERPEN BERSIRI : JACK KARIM PEMBURU UPAHAN

JACK KARIM PEMBURU UPAHAN

Kampung Semambu Kuning
3.15 pagi

Deruman motosikal Harley Davidson Dyna Bob berderum lunak dalam kesunyian dan kepekatan malam hingga menenggelamkan nyanyian orkestra cengkerik yang tidak henti-henti berkumandang. Umpama lagu MP3 dengan mod continuous play.

Rimbun pohon buluh di seberang jambatan yang merentangi sungai kelihatan seperti jemari yang menceracak ke langit tanpa daging. Hanya tulang. Umpama manusia yang mati dalam keadaan sedang menadah tangan ke langit. Kemudian mereput hingga tinggal hanya tulang rangka dalam keadaan yang begitu sadis.

Jack Karim memandang ke arah hutan yang disimbah suram cahaya purnama dan lampu depan Dyna Bob miliknya.

Pesanan Pawang Hitam tadi kembali terngiang di telinga.

"Hutan ini bukan hutan biasa. Ini hutan puaka! Kalau kau masuk, belum tentu kau akan keluar dalam keadaan yang sama."
  


Dia menyalakan Marlboro di tangan. Asap disedut dalam-dalam dan dilepaskan dengan tenang dan perlahan-lahan. Santapan terakhir sebelum dia masuk ke dalam hutan dengan halangan yang tidak pernah dia ketahui dan alami sebelum ini.

Bukan kerana diselubungi rasa takut. Dia sekadar ingin nikmati rasa selesa buat seketika. Mungkin juga buat kali terakhir. Sebelum dia menjejakkan kaki ke dalam hutan misteri yang digeruni ramai dan bertarung dengan apa jua yang ada di dalamnya.

Hidupnya sudah cukup dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kepayahan. Adakala dia mencabar dirinya untuk mencari sesuatu yang lebih menyukarkan. Mungkin ini jawapannya. Mungkin juga ini cabaran yang terakhir dalam hidupnya.

Dia menjeling melihat jambatan yang sudah mula diselubungi pokok menjalar di bahagian sisi dan lantai. Menandakan begitu lama ia tidak digunakan sebagai penghubung antara Kampung Semambu Kuning dan hutan yang menyimpan seribu satu kisah seram dan pelik.

Bulu romanya meremang, walaupun itu tidak berjaya menimbulkan rasa takut dalam diri manusia yang telah mengharungi pelbagai kemelut hidup selama dia bernyawa.

Memori silam datang bersanggah buat sejenak.

***

Dua Puluh Tahun Yang Lalu

Zakaria membuka mata. Dia mencari-cari kedua adiknya yang tidur di hamparan leca. Tiada. Dia menyambung tidur semula tanpa memikirkan apa-apa yang mencurigakan.

Sudah tiga bulan dia dan adik-adik dilanda keperitan hidup. Rumah setinggan yang mereka diami hangus dijilat api. Mereka bertiga sempat menyelamatkan diri. Bukan seperti kedua orang tua mereka yang tidak sempat keluar kerana api menghalang laluan.

Dia hanya mampu mendengar raungan mereka yang menyayat hati. Hinggalah suasana sepi dan yang tinggal hanyalah bunyi api yang marak menjulang dan suara orang ramai yang sedaya upaya cuba memadamkan kebakaran.

Kini dia tinggal dengan seorang lelaki asing yang tidak dia kenali. Kerana terdesak dia terpaksa terima tawaran lelaki itu. Lelaki yang zahirnya hidup mewah dan dermawan, rupa-rupanya sekadar mengaburi mata masyarakat.

Dia dan adik-adik dipaksa mengemis untuk lelaki itu. Dia terasa digunakan.

Tidak lama kemudian pintu bilik terbuka dan adik-adiknya keluar dari bilik.

"Kau berdua buat apa dalam bilik Pak Amid?" tanya Zakaria.

Murad dan Yazid diam. Wajah mereka menampakkan kesugulan dalam samar lampu jalan yang mengintai masuk. Mungkin juga kesakitan.

Zakaria sukar melelapkan mata selepas itu. Dia tidak tahu apa yang terjadi, tapi dia tahu Pak Amid melakukan sesuatu yang tidak elok kepada adik-adiknya. Sebagaimana mereka diperas supaya mengemis untuk kepentingan lelaki yang pandai bersandiwara itu.

Keesokan harinya dia buat keputusan nekad.

"Pak Amid, kami nak pergi ke tempat lain." Kata Zakaria dengan berani. Selama ini dia belum pernah disakiti lelaki itu.

Satu tamparan hebat singgah di pipi Zakaria hingga dia terjelepuk ke lantai.

"Budak tak mengenang budi! Lepas aku kutip kau macam anjing kurap, kau nak berambus macam tu saja?" Muka Pak Amid macam singa lapar yang sedia menerkam mangsa. Semenjak itu dia dilayan dengan kasar oleh Pak Amid.

Pada malamnya mereka bertiga berbual di tempat tidur.

"Bang, kita lari dari sini." Kata Yazid.

"Betul bang. Murad dah tak sanggup lagi." Adiknya menggigil dengan riak yang cemas.

Zakaria menggera fikiran. Kini tugas melindungi adik-adik adalah tugasnya. Dia tidak sanggup melihat adik-beradik sendiri dizalimi depan mata.

Akhirnya dia bersuara, "Kau berdua tunggu di luar. Biar abang jumpa dia."

Selang setengah jam kemudian, Zakaria keluar dengan dahi yang berpeluh dan baju yang dibasahi keringat.

"Jom!" Katanya.

Adik-adiknya tidak bertanya apa-apa. Mereka bergegas meninggalkan tempat itu. Namun Yazid dan Murad masih tertanya-tanya dalam hati tentang apa yang telah dilakukan oleh Zakaria.

Zakaria tidak menceritakan apa-apa. Hanya memori hitam yang terus melekat dalam kepalanya hinggalah dia dewasa. Bayangan Pak Amid menggelupur dengan darah membuak-buak keluar dari leher yang disembelih seperti lembu korban.

***

Jack Karim mencampakkan puntung Marlboro yang masih membara dan berasap di atas jambatan.

Pertemuan dengan Dato' Safwan tadi dia imbas kembali.

"Aku nak kau dapatkan batu geliga ambar dari Hutan Semambu Kuning."

"Bisa diatur bos." Jawab Jack.

Dato' Safwan tergelak. Jack terasa pelik.

"Kau ingat senang nak masuk ke dalam hutan tu. Kalau tak, takkan aku tawarkan sepuluh ribu semata-mata untuk dapatkan benda tu."

"Apa maksud bos?" Jack tertanya-tanya.

"Itu bukan sebarang hutan. Sudah berapa ramai yang aku hantar, tapi gagal. Ada yang hilang tak dapat dikesan. Ada yang pulang dalam keadaan macam gila isim. Ada yang meraung-raung. Ada yang tak bercakap sampai sekarang. Tempat itu keras. Macam Bermuda Triangle."

"Jadi apa yang menyebabkan bos rasa saya boleh buat?"

"Aku kenal kau. Dah bertahun-tahun kau kerja dengan aku. Aku tahu kemampuan kau dan aku rasa kau dah bersedia. Lagipun aku ada penasihat dalam hal ini." Kata Dato' Safwan.

"Kau pergi jumpa Pawang Hitam ni. Dia ada cara supaya kau dapat masuk dan keluar dengan selamat. Apa yang kau alami dan lalui dalam hutan itu perkara lain. Ini cuma cara supaya kau tak tersesat dan hilang punca."

Memori itu membuatkan Jack tertanya-tanya ketika dia berada di pinggir hutan yang sememangnya kelihatan menyeramkan pada waktu begini.

"Apa kelebihan batu geliga tu? Kenapa susah sangat orang nak keluar dari hutan ini dalam keadaan selamat?"

Dia menghidupkan enjin Dyna Bob semula. "Ah! Jawapannya akan aku tahu beberapa saat lagi."

Deruman motosikal kedengaran sayup sebelum menghilang di dalam hutan. Yang tinggal hanya orkestra cengkerik berirama di jambatan usang. Sesekali terdengar suara burung hantu. Seolah-olah sedang memberitahu bahawa ada seorang lagi manusia dungu bakal menjadi mangsa di dalam hutan misteri Semambu Kuning.

***

Dua Belas Tahun Yang Lalu

Jack meludah di lantai gelanggang. Sorakan penonton di luar jangkaan. Mungkin untuk menyaksikan dia beraksi dengan kemenangan lagi seperti biasa. Atau mungkin untuk menyaksikan dia tewas di tangan lawan yang kelihatan seperti badak sumbu dengan tubuh kekar dan saiz luar biasa.

Dia tidak boleh hilang fokus. Walaupun dia asyik dibayangi masa silam yang datang tiba-tiba. Ingatan kepada Yazid dan Murad muncul tiba-tiba.

Peristiwa yang berlaku selepas mereka lolos dari cengkaman Pak Amid singgah.

Beberapa hari mereka bertiga hidup merempat di tepi jalan. Waktu malam tidur berbumbung langit berbintang, beralas kadbod di jalan hanyir dan kotor, dan berselimutkan kertas surat khabar. Siang hari dia menyeluk saku dan mencuri untuk memberi adik-adiknya sesuap makan. Biar dia berlapar, asalkan adik-adiknya tidak kebulur.

Petang itu dia dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa. Dia sempat lari, malangnya adik-adiknya ditangkap. Mereka dibawa pergi sebelum sempat dia mengucapkan selamat tinggal.

Semenjak itu dia nekad untuk tidak akan mengharapkan bantuan sesiapa lagi. Dia harus berdikari.

Akhirnya dia bertemu sekumpulan ahli kumpulan street fighter atau pejuang jalanan. Dia menyara hidup dengan menjadi seorang pahlawan jalanan. Memperjudikan nyawa dalam pertarungan yang mungkin mengundang padah. Mungkin juga maut. Walaupun dengan hasil yang begitu lumayan.

Dia disentak dari lamunan oleh laungan khalayak yang bergema.

"Jack! Jack! Jack! Jack! Jack!"

Entah mengapa ada rasa cuak yang singgah. Selama ini dia belum pernah tewas, tetapi kali ini perasaan begitu berlainan. Bukan kerana rupa dan keupayaan luar biasa lawan hari ini. Perasaan yang hadir secara tiba-tiba ini mengganggu fokus.

Jack bersedia mengatur serangan dengan rancangan yang bermain dalam benaknya. Satu tumbukan akan dilepaskan ke muka lelaki berwajah bengis. Kemudian satu tumbukan di perut. Mungkin juga pukulan bertubi-tubi. Akhir sekali dengan sepakan lutut di perut sebelum membiarkan lelaki itu tumbang. Kemudian dia akan memikirkan serangan seterusnya.

Belum sempat Jack memulakan langkah, lelaki itu menyerangnya dengan sondolan persis badak sumbu. Dia tidak sempat bertindak dan terbaring di gelanggang. Kepala berpinar-pinar seketika.

Wajah Yazid dan Murad terbayang lagi.

Dia bangun dan cuba mencari peluang untuk mengatur serangan. Malangnya dia gagal bertahan dengan serangan sondolan badak sumbu buat kali kedua. Ketika dia terlantar buat kali kedua, lelaki itu menghentam muka dan dadanya bertubi-tubi.

Bunyi sorakan dan sensasi dibedil dengan tumbukan padu lelaki badak sumbu dirasakan ketika tubuhnya terawang-awang. Terbang jauh dari tempat itu. Hinggalah dia tidak merasakan apa-apa lagi. Segalanya gelap pekat.

Bersambung di grup LAMAN INSPIRASI PENA VR…

Nota:

Ini adalah siri ketiga dalam novel/novelet yang masih belum bernama. Buat masa ini ia disiarkan sebagai cerpen bersiri. 

Post ini disiarkan di blog PENA VR hingga setakat ini saja.
Konklusi kisah ini hanya disiarkan di grup Facebook LAMAN INSPIRASI PENA VR



>>KLIK DI SINI

2 ulasan:

  1. tuan, boleh anto ke FIXI...
    aloh nak masuk fb pulak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah..
      Kena siapkan dulu... perjalanan masih jauh lagi.. huhu
      Dalam blog ni preview je... siapa yang berminat nak tahu sambungan kena baca di grup ^_-

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?