PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 16 Jun 2015

CERPEN: MANUSKRIP - BAHAGIAN 1




CERPEN: MANUSKRIP

I

DEMI merenung skrin kosong. Lama. Sesekali matanya berkelip. Kemudian dia renung lagi. Dia garu hidung. Dia sambung renung skrin dengan kursor berkelip-kelip menunggu aksara disusun berderet menjadi ayat.

“Ah! Sampai bila aku nak terus macam ni?”

Jemarinya menari di atas keyboard.


NADA DERING PUAKA
Oleh Demi Daniel

Dia terkaku lagi. Skrin direnung. “Masaklah kalau macam ni! Bila nak siap manuskrip aku?”
Rasa cemas mula merayap di segenap tubuhnya. Jam di dinding dijeling. Angin yang menampar dari tingkap dengan langsir polos nipis terasa nyaman, tetapi tidak dapat mententeramkan jiwa yang sedang bergelodak ini.

Dia menaip tanpa sebarang rasa yang hadir. Kosong, sebagaimana sebahagian besar skrin di laptop. Jemarinya menari buat seketika.

Riiing!

Kemudian tubuhnya membeku lagi, sebagaimana otak yang enggan berkerjasama. Kemudian dia melepas geram.

Ddsdlksd;lsdkskpdkblfdflhpfdjp[knfllnmfdlh

Keyboard ditekan secara rawak sebelum dia menghempaskan panel skrin laptop hingga rata seperti meja di keyboard. Dia bingkas bangun untuk membancuh kopi di dapur.

“Apa kena dengan kau ni?” tanya Emilya di meja dapur dengan muka bertepek bedak sejuk. Di tangannya novel bersiri Bercakap Dengan Jin.

Demi diam tidak bersuara.

“Stres tak dapat menulislah tu.” Tebak Emilya.

Demi duduk di depan Emilya sambil menyisip dengan hujung bibir kopi yang masih panas.

“Ceritalah. Manalah tahu aku boleh tolong.” Pujuk Emilya.

Demi mengeluh.“Kau tahu tak, dah tiga hari aku cuba mulakan novel seram aku. Hujung bulan ni dah nak kena hantar. Tapi idea aku kosong. Zero. Nada. Ilek.”

“Dah tak ada idea, kau nak paksa diri buat apa? Kalau kau stres, aku yang tengok pun stres, kau tahu tak?”

Demi merengus. “Itu aku tahu. Tapi… aku tak bolehlah! Kalau aku terasa nak buat, aku kena siapkan jugak. Kalau tak kerja yang lain semua tergendala. Sebab asyik nak fikirkan benda ni.”

Emilya geleng. “Dulu masa kau belum menulis, aku tengok kau happy-go-lucky je. Rajin berborak. Ketawa-ketawa. Tapi sekarang ni dah lain. Asyik menekun menyiapkan manuskrip kau tu. Bila keluar bilik, muka ketat je macam skin tight jeans.”

Demi memicingkan mata. “Aku nampak kau sekarang ni macam semut je tau. Rasa nak picit-picit dengan tangan aku.”

Emilya buat muka seposen. “Sebenarnya aku rindu dengan kau yang dulu. Rajin berborak.  Suka buat lawak. Sekarang ni asyik memerap dalam bilik. Keluar pun sekali-sekala je. Pelik tau tengok awek macam kau tulis cerita seram.”

“Habis kau tu. Malam-malam buta baca buku seram macam tu. Tak apa?”

Emilya tersengih. Muka bertepek bedak sejuk sama putih dengan giginya. “Hehe… ini lain.”

“Eleh!” Demi tarik muka.

Emilya senyap. Dia sambung membaca.

“Kalaulah aku ada cara supaya dapat keluarkan idea aku ni. Merecup-recup macam pucuk biji benih. Melimpah-limpah macam air terjun. Hmmm… best nya!” Demi membebel. “Tak kiralah sama ada doa penerang hati ke, ayat special ke…”

“Eh!” Emilya memintas. “Aku ada terbaca dalam satu buku yang aku beli tentang fenomena pelik. Ada satu mantera amalan untuk lancarkan ilham.”

“Hish! Kau ni percaya sangat dengan benda-benda macam tu. Entah tahyul. Silap-silap boleh jadi khurafat.”

Emilya tidak endahkan Demi. Dia terus ke bilik. Tidak lama kemudian dia kembali bersama sebuah buku. Mukasurat diselak dengan pantas.

“Hah! Ini dia.” Emilya meneliti mukasurat yang dimaksudkan.

Demi turut memanjangkan leher. Dia membaca serangkap tulisan di dalam buku itu.

Wahai aksara
Dari puncak gunung
Dari celah bumi
Dari dasar mata air
Dari dasar samudera
Kau kuseru
Berdampinglah dengan aku
Menitilah di segenap pembuluh darahku
Menarilah di segenap liang romaku
Berdampinglah dengan aku
Hidupkanlah semangatku
Lancarkan tutur kataku
Bukalah pintu makrifat buatku
Limpahkan ilham buatku
Agar menari jemariku
Dan petah lidahku
Hingga tercapai segala hasratku

Entah mengapa bulu roma Demi meremang setelah membaca rangkap itu dalam diam.

“Hish! Tak nak lah aku. Entah apa yang akan jadi nanti kalau aku baca. Hiii… seram!” kata Demi.

“Cubalah. Manalah tahu kalau berkesan. Lagipun belum tentu berhasil. Entah-entah penulis buku ni auta je lebih. Entah-entah dia reka je mantera ni untuk suka-suka.”

Emilya sambung membaca novel. Demi menghabiskan kopi yang dihirup sambil menatap buku di atas meja. Fikirannya jauh melayang.

Emilya menguap. “Aku nak masuk tidur. Nanti kau tutup semua lampu. Jangan biar terpasang. Bil tinggi nanti.”

Emilya menonong, meninggalkan buku yang baru dibawa tadi. Demi ingin menjerit supaya Emilya simpan semula buku itu, tetapi idea tiba-tiba menyinggah.

‘Betul juga kata Emilya. Entah-entah penulis buku ni propa je. Manteranya pun bukan ada apa sangatpun. Seru aksara. Aksaru tu kan huruf, mana ada apa-apa yang pelik. Lagipun… tak salah kalau aku cuba kan?’

Setelah pasti Emilya tidak mengintai perbuatannya, Demi menyelak mukasurat yang dilihat tadi. Kemudian dia membaca dengan suara yang lirih.
 
Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.

Harap maklum... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?