PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Jumaat, 10 Julai 2015

MENDAKAP SALJU SURATAN (BAH.1)




MENDAKAP SALJU SURATAN

I
Nurul Aini merengus sambil menanggalkan helmet. Mentari dirasakan seperti api pemanggang gril yang berada tepat di atas kepala. Sambil menanggalkan jeket dia mengomel sendirian.

"Kenapa aku bodoh sangat pilih bidang ni. Tengok, dapat kerja wartawan cabuk je. Hari-hari kena kerja luar. Ke sana-sini naik motor dalam keadaan tak kira cuaca. Nak meredah trafik jem yang tak habis-habis di KL ni. Kena pulak panas terik dalam bulan puasa ni. Sampai muka aku dah tak ada rupa pompuan lagi dah. Kusam semacam je. Member yang ambil jurusan lain syok bekerja di ofis dengan aircond. Bukan macam aku."

Dia melangkah dengan hati yang panas. Ditambah pula dengan tekak yang kering dan perut yang berkeroncong sebab terlepas bersahur awal pagi tadi.


"Aku rasa macam nak berhenti kerjalah. Nak cari kerja lain. Biar duduk dalam aircond. Tak payah berpanas terik macam ni. Silap haribulan membujang sampai ke tua sebab tak ada orang nak dengan aku. Kalau dah rupa macam ni, aku takut tak ada lelaki yang nak pandang aku walau sebelah mata." Nurul terus merungut dalam lirih sepanjang perjalanan menuju ke bangunan itu.

“Tugasan pun tak mencabar langsung. Ada ke patut suruh aku temuramah orang buta. Tak mencabar langsung. Kalau interview Lisa Surihani, Keith Foo, Norman atau Fizo Omar okey juga. Paling kurang pun Ben Ashaari. Ada makna jugak.”

Nurul menuju ke kaunter penyambut tetamu. Kemudian dia dibawa menuju ke sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik mesyuarat. Seorang lelaki dalam lingkungan akhir tiga puluhan sedang menunggu seorang diri. Dia memakai cermin mata hitam. Dia tidak menoleh apabila Nurul masuk ke bilik. Sebaliknya dia hanya tersenyum. Tenang.

“Maafkan saya terlewat,” kata Nurul sambil menjeling jam di dinding. Temujanji pada jam dua petang. Dia telah terlewat hampir setengah jam.

“Tak mengapa,” jawab lelaki itu sambil menyeringai menampakkan barisan gigi putih berseri.

Nurul menyelak buku nota kecil bersama pen. Dia menyediakan perakam di smartphone untuk sesi temuramah bersama Saiful Iqram, penyanyi buta yang sedang melonjak naik namanya dalam sekelip mata. Kemunculan dalam Anugerah Juara Lagu untuk menggantikan seorang artis popular yang tidak dapat membuat persembahan malam itu merupakan durian runtuh baginya.

Nurul sudah sedia dengan pelbagai soalan untuk lelaki itu. Tentang latar kehidupannya, tentang cabaran hidup, cinta dan motivasi hidup. Namun semuanya bukan didorong oleh rasa ingin tahu. Sekadar menjalankan tugas tanpa rasa bersemangat, seperti melepaskan batuk di tangga.

Saiful kelihatan tenang menunggu. Tiada tanda resah atau keluh kesah walaupun telah lama menunggu. Bukan seperti sesetengah selebriti yang mula tarik muka atau merungut. Mungkin juga mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

‘Lebih cepat aku habiskan interview ni lebih baik. Boleh aku singgah ke bazar Ramadan cari juadah berbuka.Dah lama tak makan murtabak dengan laksa penang. Dapat pekena air kathira, pergh!’ Mindanya sempat melayang sejenak sebelum memulakan sesi soal jawab bersama selebriti segera, Saiful Iqram.

“Nama saya Nurul Aini, wartawan dari akhbar Kosmopolitan. Terlebih dulu saya ucapkan tahniah atas jualan mendadak album Encik Saiful Iqram hingga mencecah platinum.”

Saiful tersenyum lebar, “Alhamdulillah. Terima kasih.”

“Apa perasaan Encik Saiful bila menerima semua ini dalam masa yang singkat? Tak sampai setahun. Menang persembahan terbaik masa Juara Lagu. Lepas tu dapat tawaran jadi artis rakaman dengan VRU Records. Sambutan menggalakkan sampai ke tahap sekarang ni.”

“Bagi saya itu semua biasa-biasa je. Saya tetap Saiful Iqram yang dulu.”

Berkerut dahi Nurul. Dia tahu lelaki itu tidak nampak ekspresi wajahnya yang sebegitu. ‘Ramai orang tergila-gila nak jadi macam dia. Tiba-tiba bila dia dah sampai ke tahap ini, itu je jawapan dia?’

“Maksud Encik Iqram, semua ni tak ada apa-apa nilai bagi encik?”

Saiful tergelak kecil. “Bukan itu maksud saya. Saya bersyukur dan hargai sambutan ramai, tapi bagi saya itu tidak menunjukkan kehebatan saya. Semuanya sekadar satu kenyataan dari Tuhan. Bahawa jika nak beri sesuatu, orang seperti saya pun boleh berjaya.”

Nurul semakin terasa pelik dengan selebriti buta bernama Saiful Iqram. Dia buat keputusan untuk bertanya tentang masa silam lelaki itu.

“Encik Saiful dilahirkan tanpa penglihatan atau setelah beberapa lama?” soalan wartawan amatur Nurul Aini.

“Maksud Cik Nurul, saya born blind atau adult blind? Saya born blind. Sejak lahir saya nampak alam sekeliling gelap gelita. Saya tak pernah tahu macam mana rupanya warna merah, hijau, biru atau kuning. Saya menonton TV hanya dengan mendengar menggunakan telinga. Macam orang dengar radio. Tapi saya tak boleh nikmati silent comedy macam Charlie Chaplin. Atau Mister Bean. Saya hanya boleh dengar muzik latar dan bunyi orang ketawa. Tapi saya tak faham.” Wajah berseri Saiful tiba-tiba diselubungi muram. Seolah-olah dia mengimbau peristiwa yang pernah hadir dalam riwayat hidupnya.


Nurul menunggu bicara Saiful Iqram yang seterusnya.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 


Cerpen ini diinspirasikan daripada buku Dari Gelap Menuju Terang tulisan Zulaikha Adam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?