PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 24 Mei 2015

MANTERA CERMIN PUAKA BAHAGIAN 1


MANTERA CERMIN PUAKA

 [ I ]





Kelas Profesor Riyaz gamat setelah kelas selesai.

"Nanti dulu. Saya ada satu pengumuman." Katanya.

Kelas kembali senyap. Profesor Riyaz menulis di papan putih.

"Projek kursus untuk semester ni, saya bagi tugasan untuk kamu semua siapkan video dengan tempoh lima minit. Skopnya adalah tentang urban legend yang ada di sekeliling kita. Buat dalam bentuk drama pendek dengan elemen saspens dan teknik yang telah kamu pelajari selama ini."

Kelas kembali riuh apabila pelajar-pelajar tidak sabar memulakan sesi brainstorming.

"Nanti dulu. Ada berita baik untuk dijadikan pembakar semangat kamu. Konsep video terbaik mungkin akan digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan untuk dijadikan drama atau filem."

Kelas kembali gamat. Lebih gamat lagi.

"Untuk projek kali ini saya nak kamu pecah dalam grup empat atau lima orang. Boleh pilih partner kamu sendiri. Sebelum bersurai, saya nak senarai kumpulan kamu. Boleh bentuk grup sekarang. Pilih ketua kumpulan sekali."

Kedengaran riuh bunyi kerusi ditarik ke merata tempat. Akhirnya empat kumpulan terbentuk. Cuma kumpulan yang terakhir masih belum berkumpul dalam kelompok mereka sendiri.

Tiga kumpulan lagi sudah mula rancak berbincang. Kumpulan keempat kelihatan tidak bersemangat.

"Nampaknya kita terpaksa jadi kumpulan keempat." Suara lesu Efrad, jejaka bertubuh sasa. Dia bersandar dengan malas.


"Biar aku tulis nama kumpulan kita." Seorang pelajar lelaki bertubuh kurus mengeluarkan kertas dan pen. Cara berpakaiannya stylo dan trendy. Siap dengan fedora putih. Gabungan warna pakaiannya dipilih dengan berhati-hati. Nama jolokannya Kai.

Efrad memandangnya dengan rasa bosan.

"Tak ada orang pun panggil kita masuk kumpulan dia orang." Rungut Ameera. Rambutnya diwarnakan hijau dan biru di bahagian hujung. Maskaranya agak tebal dengan gaya emo dan gothik.

"Kau tengoklah cara kau berpakaian. Siapa yang nak ajak kau?" selar Elina, pelajar dengan rambut paras bahu. Mekap menambahkan seri wajahnya yang jelita.

"Habis kau tu, kenapa tak ada yang ajak? Hmm... agaknya sebab kau tu bossy agaknya kan?" Balas Ameera.

Belum sempat Elina menjawab, Efrad sudah memintas. "Sudah! Sudah! Jangan nak bergaduh pulak."

Ameera senyum sinis. Elina tarik muka panjang.

Hanya seorang saja yang masih belum bersuara. Gadis itu bersandar malas dengan wajah tertunduk.

"Kenapa senyap je Rubi?" tanya Kai. Tiada jawapan atau reaksi.

"Putus cinta lagilah tu," sindir Elina. Sinis senyumannya.

Rubi menjeling Elina tapi untuk seketika saja.

"Muka bajet lawa tapi mulut mengalahkan puaka," sindir Ameera sambil melihat ke arah lain.

"Woi! Apa kau kata tadi ha? Ulang sekali lagi!" Elina mula menyinga.

Suara lantang Elina menyebabkan semua ahli kumpulan lain berpaling melihatnya. Mungkin itu sebabnya dia tidak dipilih untuk masuk dalam kumpulan mereka. Begitu juga dengan ahli kumpulannya yang lain. Masing-masing ada sebab tersendiri.

"Shhh... malulah kau buat perangai macam ni. Semua orang tengok." Tegur Kai. Lelaki lembut dengan penampilan metroseksual.

"Ah! Kau apa tahu! Gaya je ada tapi..." Elina buat gaya tangan patah dengan ekspresi mengejek. "Pergilah gilap Kancil pink Hello Kitty kau tu!" Elina belum sedia untuk menutup mulut.

Efrad memegang rambut, tapi bukan bahagian jambul depan yang dirapikan dengan gel rambut. "Hadoi... cukuplah tu. Kalau macam ni baik kita minta prof serap kita masuk dalam kumpulan lain. Tak ada makna dalam satu kumpulan kalau macam anjing dengan kucing."

Mendengar kata-kata Efrad, Elina diam. Walaupun masih jelas rasa tidak puas hati dengan muka muncung sambil berpeluk tubuh.

"So, ada idea untuk kita buat video projek ni?" tanya Kai.

"Sebelum tu, siapa ketua kumpulan kita?" tanya Ameera.

"Aku cadangkan... Efrad." Kata Kai. "Semua setuju?"

Ameera jungkit bahu. "Well... why not?"

Rubi angguk.

Elina tarik muka. "Whatev..."

"Kalau macam tu, Efrad ketua. Boleh?" Kai inginkan kepastian.

Efrad angguk. "Bagilah cadangan untuk projek kita."

"Kita kena cari idea kaw kaw. Biar sampai menang. Boleh jadi drama atau filem." Ameera bersemangat.

"Huh! Berangan ajelah." Sindir Elina.

"Elina!" Sergah Efrad.

"Urban legend... hmm... banyak yang klise. Makhluk halus, pontianak, rumah berhantu, saka..." Kai buat brainstorm dengan suara nyaring.

"Kita kena cari sesuatu yang unik. Yang belum pernah orang guna." Kata Efrad.

"Cermin," Rubi yang tidak berkata apa-apa akhirnya bersuara.

"Cermin?" Ameera tertarik.

"Datuk aku pernah ceritakan pada aku. Dia bomoh. Masa dia berguru dulu dia dapat tahu tentang sebuah cermin antik. Cermin tu berpuaka." Rubi memulakan cerita.

"Seorang lelaki kaya beli cermin tu. Di belakang cermin tu ada tulis serangkap mantera. Siapa baca akan termasuk dalam dunia balik cermin."

Elina ketawa nyaring. Ramai berpaling melihatnya. Rubi hanya mampu menjeling.

"Nonsense! Jangan nak merepek dengan cerita tak masuk akal macam tu." Elina ketawa lagi.

Rubi buat muka selamba. Dia menyambung lagi. "Orang kaya tu tertarik dengan mantera yang dia sangka macam klu. Dia bercerita dengan ahli rumah itu tentang hasratnya untuk memecahkan kod dalam rangkap tu."

"Apa jadi pada dia?" Kai tidak sabar.

"Satu hari dia berdiri depan cermin tu macam orang hilang akal. Tak bergerak-gerak, tapi masih hidup. Ahli rumah tu syak dia baca mantera tu depan cermin."

Efrad dan Ameera terpaku mendengar. Elina memandang sekeliling dengan lagak bosan, walaupun dia sebenarnya memasang telinga. Kai menggosok lengan yang tiba-tiba merinding.

"Ada orang kata dia menghabiskan masa di rumah sakit jiwa... sampai akhir hayat dia."

Kelima-lima pelajar menyepi. Hanya kedengaran meriah sesi brainstorm kumpulan lain.

"Ah! Aku tak percaya. Tapi aku setuju gunakan bahan ni. Sebab lain daripada yang lain." Elina memecah kebisuan mereka berlima.

"A-aku pun setuju." Kai masih mengusap lengan sekali-sekala.

"Yang lain?" tanya Efrad.

"Set!" kata Ameera.

"Tapi!" Rubi beremosi. "Walau apapun terjadi, jangan ada sesiapa baca mantera tu depan cermin."

"Okey, kita ubah rangkap mantera untuk sesuaikan dengan kisah dalam klip video kita." Kata Efrad.


"Kelas! Kamu semua boleh pergi sekarang. Sebelum keluar, bagi saya senarai ahli dan nama ketua kumpulan kamu." Suara Profesor Riyaz menamatkan sesi hari itu.




Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?