PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 12 Mac 2015

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: BAB 3



BAB 3
Priiit!  

Pak Baha meniup wisel sekuat hati. Rasa kecewa makin menebal. Semakin lama semakin menebal.

Sudah bertahun-tahun dia ditugaskan melatih pasukan futsal untuk berbagai jenis pertandingan, tetapi dia tidak pernah rasa kecewa seperti sekarang ini. Melatih pasukan futsal Kolej Angsana benar-benar menguji kemampuannya.

Dia memerhatikan wajah sembilan orang pelajar lelaki yang ada di depannya dengan perasaan bercampur baur. Sembilan individu dengan sembilan karakter berbeza. Rasa kecewa dengan hasil yang tidak tercapai. Rasa marah kerana mereka sukar dibentuk. Rasa risau kerana pertandingan yang sudah semakin hampir.

"Rehat sepuluh minit." Arah Pak Baha kepada pemain yang berkeliaran di gelanggang. Dia hanya mampu mengeluh sambil diperhatikan oleh Encik Johar selaku pengurus pasukan.

"Macam mana?" Encik Johar nampak resah.


Pak Baha menggeleng. "Kalau macam inilah, tipis harapan untuk masuk semi final."

Isnin, 9 Mac 2015

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: BAB 2


BAB 2

"Jom kita pergi minum." Arjun mengajak rakan-rakan lain.

"Kau nak belanja?" usik Syed.

"Kita kumpul duit, nanti aku tolong bayarkan." Jawab Arjun.

"Loyar buruk betul kau ni!" Syed bengang.

"Boleh juga. Aku dah penat gila. Intensif sesi pemilihan tadi." Kata Lim.

"Mestilah intensif. Dia nak bentuk pasukan yang terbaik." Celah Hazrel.

"Aku harap pasukan kita boleh menyumbang kepada kolej yang ketandusan trofi selama ni." Tambah Ammar.

"Yang itu aku tak pasti. Pasukan kita baru lagi kalau nak dibandingkan dengan pasukan lain yang dah lama. Mesti lebih hebat daripada kita." Kata Khair.


"Khair, kau tutup mulut boleh tak? Setiap kali kau bercakap, mesti ada perkara yang boleh melemahkan semangat." Selar Mael.

Khamis, 5 Mac 2015

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: BAB 1


BAB 1

Papan tanda kegiatan ko-korikulum Kolej Angsana diserbu pelajar hari ini.

"Apa kecoh-kecoh ni?" tanya Arjun, tanya pelajar India yang bertubuh agak gempal.

"Kolej nak tubuhkan pasukan futsal." Jawab Syed, pelajar yang berada di depannya.

"Futsal?" Lim garu kepala yang tak gatal.

Ketika itu beberapa orang pelajar tiba di situ.

"Ada berita baru?" tanya Hazrel.

"Wah, ada tryout futsal. Aku nak join." Ammar teruja.

"Alah, kalau tubuhkan pun sia-sia je. Kolej ni bukan pernah menang apa-apa pertandingan pun. Buat penat." Rungut Khair.

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: PROLOG



PROLOG

Razali menukar gear Honda Prelude dan terus memecut laju di tengah jalan lengang dinihari itu. Lagu Back In Time versi remix oleh rapper Pitbull berdentum melalui pembesar suara Sony, bersama jemari Razali yang turut bergendang.

Baby, my sweet baby
You're the one

Irama akustik dan hentakan bass memang menjadi kegemaran Razali. Apatah lagi buat peneman ketika memandu dalam keadaan begitu lewat. Razali memang sudah biasa memandu lewat begini. Cuma hari ini lebih lewat daripada biasa.

Razali bermula sebagai jurujual sambilan. Kelebihannya adalah kefasihan berkata-kata dan sifat mudah mesra dengan orang yang baru dia kenal. Kerana itu dia pantas mendaki tangga kerjaya dalam bidang pemasaran. Kini dia sudah memiliki perniagaan sendiri di samping mengadakan kursus motivasi buat mereka yang bercita-cita ingin berjaya sepertinya.

Namun sebagai manusia, Razali tidak lepas daripada membuat kesilapan. Kejayaan yang dia kecapi menyebabkan dia tidak lagi memiliki masa senggang yang banyak seperti dulu. Dengan keadaan terkejar-kejar, dia sering terlepas pandang perkara yang dianggap kecil dalam hidup. Seperti yang berlaku siang tadi.

Baby, my sweet baby
You're the one

Rabu, 25 Februari 2015

E-NOVEL BARU BULAN MAC!!!


Teaser:


Baby, my sweet baby
You're the one

Jemari Razali terus bergendang di stereng. Dia cuba mengikis perasaan cuak yang bersarang. Hari ini lain daripada yang biasa.

'Mula-mula dompet aku hilang. Lepas tu handphone terjatuh dalam parit.' Razali mengimbau peristiwa yang berlaku.

'Ah! Mustahil ini satu kebetulan. Kalau bukan kerana...'

Sepantas kilat Razali memulas stereng. Seekor kucing tiba-tiba melintas di jalan raya dan berhenti. Memang selalu terjadi begitu apabila haiwan itu tergamam dengan silau cahaya lampu hingga kaku tak bergerak. Akibatnya ia akan menjadi mangsa digilis kenderaan dan bangkainya dibiarkan mereput di tepi jalan. Lebih mengerikan lagi apabila ia terus digilis dan digilis lagi hingga rata seperti jalan aspalth dengan hanya tompokan darah dan daging yang hancur berkecai.

Kali ini kucing itu terselamat.

"Memang belum ajal kau lagi wahai kucing oi!" ujar Razali.

Perasaan cuak datang lagi. Mata kucing hitam itu bersinar dengan cahaya hijau kekuningan apabila disuluh lampu depan kereta.

Baby, my sweet baby
You're the one

Jemari digendang lagi untuk menghilangkan rasa risau. Perlahan-lahan mindanya mengimbau satu persatu peristiwa yang berlaku.

'Nyaris aku kemalangan disebabkan kucing tadi. Kalau aku langgar dia pun tak ada hal, tapi ini kucing hitam.' Mindanya jadi berserabut memikirkan apa yang berlaku dengan segala pantang-larang tentang nasib malang.

Ketika itu dia teringat artikel yang dibaca tentang kepercayaan orang Barat. Tentang ladam kuda, daun clover dengan empat kelopak dan ekor arnab yang boleh mendatangkan nasib baik. Berlawanan pula dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan nasib malang, termasuk kucing hitam.

Petikan Prolog SPT
https://www.facebook.com/groups/penavr/permalink/918641561513177/

Ahad, 15 Februari 2015

POCONG VOGUE HANTAR CHEESECAKE (BAHAGIAN 1)

POCONG VOGUE HANTAR CHEESECAKE



Bahagian 1

"Fesyen pakaian beragam? Tema seram Halloween? Malam Jumaat?" Bertalu-talu soalan Naufara dengan nada terkejut berbaur marah. "Gila ke hapa buat program macam tu malam Jumaat?!"

Seorang tua dan seorang gadis sebaya umur dengannya hanya memerhati reaksi Naufara sambil terkebil-kebil.

"Yalah! Itu yang aku cakap tadi kan? Kau ulang balik semuanya apa hal?" Kata gadis yang bernama Lisdayanti.

"Masalahnya... hish! Aku pun tak tahulah apa nak jadi dengan kampung kita ni. Sudahlah tapak sebelah kubur lama tu dijadikan pasar raya. Sekarang dianjurkan pulak pertandingan macam ni. Malam Halloween. Malam Jumaat!" Naufara nampak berang.

"Betul kata kau Fara. Mak cik sempat kerja tukang cuci kat pasar raya tu. Hiii... serik mak cik! Biarlah rugi sebab tinggalkan kerja dengan gaji mahal macam tu." Kata Mak cik Bibiana, ibu Lisdayanti.

"Nasib baik mak tak kerja situ lagi. Segan tau Lis nak shopping kalau terserempak dengan mak. Nama je glamor Bibiana, tapi kerja cleaner." Mencebik bibir Lisdayanti.

"Amboi amboi! Sedapnya mulut kau! Mak kerja cari makan cara halal, walaupun orang macam kau pandang hina. Nama mak ni arwah nenek kau yang beri. Sempena nama artis ngetop zaman dulu, Bibiana Loyola." Jawab wanita itu.

Naufara tidak terkesan dengan topik yang diperbincangkan anak-beranak berdua itu.

"Ini masalah besar. Buat pertandingan macam tu malam Jumaat satu hal. Lepas tu anjurkan program berbau budaya Barat macam tu. Kita mesti protes." Naufara masih bertegas.

"Aku dengar ada hadiah tunai dan hamper barangan pasar raya diberikan untuk pemenang. Sekejap aku cari flyer yang aku kutip tadi." Lisdayanti menggeledah beg tangan.

Naufara terdiam. Hadiah wang tunai yang disebut oleh rakan karibnya itu menarik perhatian.

"Hah! Ini dia." Lisdayanti membaca lembaran fotostat berlipat-lipat dari dalam begnya. "Hadiah pertama satu ribu dengan baucer barangan bernilai dua ratus ringgit. Hadiah kedua lima ratus dengan baucer seratus ringgit. Hadiah ketiga..."

"Sampai seribu ringgit hadiah tunai?" Naufara teruja tanpa membiarkan Lisdayanti menghabiskan apa yang dibaca.

Lisdayanti angguk macam burung belatuk.

"Ah! Tak ada maknanya terpengaruh dengan tawaran macam tu. Masalah yang disebabkan pertandingan tu lebih besar dan lebih bahaya!" Naufara menguatkan semangat untuk menentang rancangan yang dianjurkan oleh Pasar Raya Taxco yang dibina berhampiran Kampung Belimbing tempat mereka tinggal.

"Aku dengar Sharmiela pun nak masuk." Selamba kata-kata Lisdayanti sambil melirik ke arah Naufara.

Spontan Naufara berpaling. "Miela pun masuk? Mana boleh! Dia tu selalu nak buat aku mendidih tau. Sengaja nak berlagak. Mentang-mentang bapak dia orang berpengaruh. Entah-entah semua disogok supaya dia menang. Ini tak boleh jadi!"

Lisdayanti tersenyum sinis, seolah-olah reaksi itu sudah dijangka. Sama seperti waktu-waktu lain ketika nama Sharmiela disebut.

"Aku ada misi lebih penting. Aku kena tewaskan Sharmiela. Aku tak boleh benarkan dia terus menang."


Kata-kata Naufara menyebabkan Lisdayanti dan Mak cik Bibiana saling berpandangan. Sinis sungguh senyuman Lisdayanti!

Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

Rabu, 14 Januari 2015

MENANTI BISIKAN TAKDIR (BAH.1)

MENANTI BISIKAN TAKDIR

BAHAGIAN 1









Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu
Pilihlah aku jika itu yang kau mahu
Ke manapun ku kan bersamamu
Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Aku rasa begitu kerdil
Aku tak mengerti
Hanya itu yang ku tahu

Berkali aku tersungkur
Aku masih merangkak
Belajar untuk mencintaimu

Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu
Maaf kerana aku tak memahamimu
Ke manapun ku kan bersamamu
Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Aku kan ketepikan egoku
Kaulah yang ku cinta
Dan aku ucapkan selamat tinggal

Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Katakan sesuatu...

~ Say Something (Pentatonix)



BERITA di media massa meramalkan banjir kilat di pelbagai lokasi menjelang musim tengkujuh yang bakal menjelma. Perubahan angin monsoon secara mendadak menimbulkan tanda tanya dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

***

RIZMAN menunggu di ruang tamu dalam keadaan resah gelisah. Matanya melingas melihat jam tangan, jam di dinding, pintu dan pagar menerusi tingkap yang tersingkap langsirnya bergilir-gilir.

Sukar untuk dia menumpukan perhatian kepada perkara lain. Keresahan ini tidak kunjung surut selagi dia tidak melihat insan yang ditunggu itu tiba.


Isnin, 15 Disember 2014

SATU MALAM JUMAAT, SEBUAH STOR GAS (BAHAGIAN 1)

SATU MALAM JUMAAT, SEBUAH STOR GAS

BAHAGIAN 1



Nota Penulis:
Cerpen ini adalah berdasarkan kisah benar. Namun tidak semua kisah yang dipaparkan benar-benar berlaku walaupun ia dirasakan seperti benar-benar telah berlaku.
(Dey, berapa banyak benar da…)


Stor Gas Rumbia semakin maju akhir-akhir ini. Kalau dulu hanya suku atau separuh bahagian ruang penyimpanan tong digunakan, kini sudah hampir seluruh kawasan itu dipenuhi tong gas. Ruang bersisa hanya cukup untuk pekerja lalu-lalang dan menjalankan tugas memindahkan tong. Ada ketika tong kosong terpaksa disusun tiga tingkat sekaligus bagi memaksimakan penggunaan ruang.

Semenjak kehadiran tiga orang pekerja harapan syarikat, perniagaan semakin maju.

Ahad, 7 Disember 2014

TEASER CERPEN YANG BAKAL DIMUATKAN DALAM ANTOLOGI KEMBARA MENCARI CINTA


JOM LAYAN!!! HANYA DI ...
LAMAN INSPIRASI PENA VR
KLIK DI SINI 

Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI

Isnin, 1 Disember 2014

AKAN DATANG!!!


Kisah di sebalik tabir dan teaser cerpen yang bakal disiarkan dalam antologi ini ada di grup Facebook LAMAN INSPIRASI PENA VR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?