PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 15 Disember 2014

SATU MALAM JUMAAT, SEBUAH STOR GAS (BAHAGIAN 1)

SATU MALAM JUMAAT, SEBUAH STOR GAS

BAHAGIAN 1



Nota Penulis:
Cerpen ini adalah berdasarkan kisah benar. Namun tidak semua kisah yang dipaparkan benar-benar berlaku walaupun ia dirasakan seperti benar-benar telah berlaku.
(Dey, berapa banyak benar da…)


Stor Gas Rumbia semakin maju akhir-akhir ini. Kalau dulu hanya suku atau separuh bahagian ruang penyimpanan tong digunakan, kini sudah hampir seluruh kawasan itu dipenuhi tong gas. Ruang bersisa hanya cukup untuk pekerja lalu-lalang dan menjalankan tugas memindahkan tong. Ada ketika tong kosong terpaksa disusun tiga tingkat sekaligus bagi memaksimakan penggunaan ruang.

Semenjak kehadiran tiga orang pekerja harapan syarikat, perniagaan semakin maju.


Hisham adalah satu-satunya pemandu yang memiliki lesen untuk lori besar. Dengan kehadirannya, pengambilan stok baru semakin mudah dan efisien. Beratus tong kosong dapat dihantar dan digantikan dengan tong berisi sekali gus.

Azmel diambil bertugas setelah pemandu lori sebelumnya berhenti kerja kerana tidak tahan dengan cara pengurusan syarikat. Azmel tidak banyak merungut. Tambahan pula dia memang telah berkawan lama dengan Hisham. Hisham banyak memberi Azmel panduan dan tunjuk ajar terutamanya untuk menyesuaikan diri dengan cara bekerja di bawah majikan bernama Encik Yusman. Encik Yusman begitu cerewet dan tidak ramai yang dapat bekerja dengan selesa di bawah pengurusannya.

Zaidin sudah lama bertugas di bahagian pentadbiran. Pada permulaannya dia bertugas di pejabat sebelum dipindahkan ke stor. Skop tugasnya adalah menguruskan laporan pengambilan stok, penghantaran dan jualan. Zaidin lebih suka bertugas di situ kerana dia tidak perlu memakai pakaian kemas, cukup sekadar t-shirt uniform dan seluar panjang. Tugas menggolek dan memindahkan tong dianggap sebagai senaman tanpa perlu ke gym.

Perniagaan yang semakin maju menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa terutamanya semasa proses menukar tong kosong untuk stok baru. Tugas memunggah tong terpaksa dilakukan selepas waktu perniagaan kerana kekurangan kakitangan. Bagi Hisham, Azmel dan Zaidin itu bukan masalah besar kerana sudah menjadi rutin mereka sejak beberapa bulan yang lepas.

Malam ini mereka terpaksa bekerja lebih masa lagi kerana stok sudah hampir habis. Cawangan di Gelang Patah dan Segamat terpaksa mengambil stok dari stor Rumbia kerana permintaan mendadak menjelang musim perayaan.

Lokasi Stor Gas Rumbia terletak lebih satu kilometer dari jalan utama. Kawasan terpencil itu dikelilingi oleh pokok-pokok hutan yang sudah menggalah tinggi. Mungkin kerana faktor keselamatan jika berlaku kejadian yang tidak diingini. Suasana agak sunyi pada siang hari sekiranya tiada lori yang datang untuk mengambil stok atau membuat penghantaran. Apatah lagi pada waktu malam.

Zaidin dan Azmel bertugas pada waktu pejabat biasa. Cuma Azmel kadangkala terpaksa pulang lewat jika ada penghantaran jauh. Pada waktu malam Hisham akan mengambil alih tugas menjaga stor merangkap pengawal sekuriti. Sekali sekala Encik Yusman datang ke pejabat untuk membuat lawatan mengejut. Kadang-kadang dia menghabiskan masa beberapa jam pada waktu malam di dalam pejabat.

Malam ini Encik Yusman tidak ada. Hanya pekerja bertiga ada di stor untuk memunggah naik tong-tong kosong ke dalam lori yang begitu besar.

"Hari ni hari apa?" tanya Hisham.

"Khamis," jawab Zaidin.

"Bermakna ini malam Jumaatlah?" Hisham bertanya soalan yang sudah dia tahu jawapannya.

"Kenapa?" tanya Zaidin, seperti cuba mengorek rahsia.

"Tak ada apa-apa."

Hisham menyeka peluh. Mereka baru selesai memenuhkan beratus tong kosong ke dalam lori.

"Hendak ku nangiiiiiis..... tiadaaaaa berair mata!" suara nyaring Azmel mengalunkan lagu P. Ramlee.

Hisham menggeleng. Melihat keadaannya Zaidin membuat isyarat mata, ingin tahu sebab reaksi rakan sekerjanya.

"Hujanlah malam ni." Sindir Hisham. Zaidin mengekeh ketawa.

Azmel berpaling, seolah-olah perasan reaksi sahabat berdua. Kemudian dia sambung menyanyi.

"Dunia terang menjadi gelita, cahaya indah tiada...."

Nyanyian Azmel terhenti dengan suara yang kedengaran dari dahan-dahan pokok yang menggalah tinggi berhampiran stor. Pokok yang samar-samar kelihatan dengan simbahan cahaya dari stor.

"Akakakakaka..."

Suara itu nyaring. Sekali dengar ia seperti suara ungka dari atas pokok. Tetapi jika diamati, ia seperti suara manusia yang sedang tertawa.

"Suara apa tu?" Zaidin ingin tahu.

Hisham dan Azmel berpandangan tanpa sepatah kata.

Kebisuan mereka menyebabkan bulu roma Zaidin meremang.

Azmel berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Segera dia duduk di atas tong gas bersama yang lain.

"Rokok?" Hisham mengajukan kotak merah Gudang Garam. Di tiang berhampiran mereka terpampang papan tanda Dilarang Merokok.


Azmel capai sebatang.

Zaidin tunjuk isyarat tangan. "Aku tak merokok.”

"Aku pun tak suka merokok sebenarnya, tapi terpaksa. Memandu malam-malam mengantuk." Jawab Hisham.

Zaidin malas menjawab atau berhujah. Dia tidak berada di tempat Hisham dan tidak menghadapi skop kerja seperti rakannya. Tambahan pula bunyi tadi masih menghantui mindanya.

"Kau tau cerita pasal stor ni?" Tiba-tiba Hisham buka mulut. Asap berkepul keluar memenuhi ruang, seperti entiti yang kelihatan dalam siri dokumentari My Ghost Story di kaca televisyen yang ditonton oleh Zaidin.

Azmel diam. Zaidin juga. Tiada jawapan. Mungkin kerana malas menjawab, atau masing-masing tidak berminat.

Hisham menyedut rokok dalam-dalam.

"Aku ada satu cerita." Kata Hisham.

Azmel menoleh melihat Zaidin yang sedang menggosok-gosok lengan. Malam itu memang agak dingin walapun mereka masih berpeluh selepas menggolek tong-tong kosong tadi.

"Nak dengar tak?" Hisham perasan reaksi hambar rakan-rakan lain.

"Cerita ah," jawab Azmel selepas menghembus keluar asap.

Zaidin menjeling dengan pandangan semacam. Mungkin dia tidak setuju dengan Azmel yang membuka jalan untuk Hisham bercerita pada malam seperti ini. Malam Jumaat.

"Cerita ni berlaku masa aku mula-mula bekerja di stor. Masa tu Encik Yus selalu datang cek kerja aku." Hisham memulakan cerita.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?