PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 14 Januari 2015

MENANTI BISIKAN TAKDIR (BAH.1)

MENANTI BISIKAN TAKDIR

BAHAGIAN 1









Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu
Pilihlah aku jika itu yang kau mahu
Ke manapun ku kan bersamamu
Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Aku rasa begitu kerdil
Aku tak mengerti
Hanya itu yang ku tahu

Berkali aku tersungkur
Aku masih merangkak
Belajar untuk mencintaimu

Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu
Maaf kerana aku tak memahamimu
Ke manapun ku kan bersamamu
Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Aku kan ketepikan egoku
Kaulah yang ku cinta
Dan aku ucapkan selamat tinggal

Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Katakan sesuatu...

~ Say Something (Pentatonix)



BERITA di media massa meramalkan banjir kilat di pelbagai lokasi menjelang musim tengkujuh yang bakal menjelma. Perubahan angin monsoon secara mendadak menimbulkan tanda tanya dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

***

RIZMAN menunggu di ruang tamu dalam keadaan resah gelisah. Matanya melingas melihat jam tangan, jam di dinding, pintu dan pagar menerusi tingkap yang tersingkap langsirnya bergilir-gilir.

Sukar untuk dia menumpukan perhatian kepada perkara lain. Keresahan ini tidak kunjung surut selagi dia tidak melihat insan yang ditunggu itu tiba.


Kedengaran riuh bunyi motosikal di luar. Dari tingkap kelihatan sekumpulan muda-mudi bermotosikal berhenti di depan pagar. Seorang gadis turun dari motosikal yang dibonceng dan menjerit, "Bye bye!"

Bersama deruman motosikal yang semakin pudar, gadis itu melangkah masuk.

"Ke mana tadi? Siapa budak-budak tu? Alissa dah lupa pesan ayah?" Sergah Rizman dari sofa ruang tamu ketika gadis itu melangkah naik tangga beralas parket.

Alissa hanya melirik mata dengan bosan sambil mengunyah gula-gula getah. "Keluar dengan kawan." Ringkas jawapannya walaupun tidak semua soalan tadi berjawab.

"Alissa dah banyak berubah sekarang. Semakin lama, semakin banyak arahan ayah Alissa langgar. Nasihat pun dah tak boleh pakai." Rungut Rizman.

"Alissa bosanlah ayah! Alissa dah tujuh belas tahun tahu tak? Tapi ayah layan macam budak sekolah rendah." Rungut gadis yang masih tega mengunyah Wringleys.

"Cuba Alissa faham keadaan ayah. Ayah terpaksa besarkan Alissa tanpa mak..."

Dengan lekas kata-katanya dipintas. "Tapi itu bukan alasan untuk ayah kongkong Alissa. Semua nak ikut telunjuk ayah. Alissa nak naik. Penat!"

Alissa terus melangkah naik tangga dengan pantas.

"Alissa, ayah belum habis cakap lagi ni. Alissa. Alissa!"

Kata-kata Rizman sia-sia belaka apabila dia terdengar pintu dihempas dengan kuat.

Itulah kali terakhir Rizman melihat Alissa sebelum musim hujan lebat mula melanda. Hanya sepucuk surat yang ditinggalkan di ruang tamu.

Ayah,
Jangan cari Alissa lagi. Alissa ingin mulakan hidup baru. Alissa mahu berdikari, bukan mengikut telunjuk ayah sepanjang masa. Mungkin sudah tiba masanya Alissa ikut cara Alissa selepas mama pergi meninggalkan kita.

~ Alissa

Perasaan Rizman bercampur baur. Dia marah dengan tindakan anak tunggalnya yang terlalu mengikut perasaan. Namun ada rasa ragu dan risau memikirkan keadaan anaknya itu. Kehidupan di luar sana penuh dengan kedurjanaan yang cuba dia lindungi daripada Alissa selama ini. Namun sikap terlalu mengongkong itu juga telah membawa pergi Alissa, jauh dari sisinya.

Potret arwah isterinya ditatap lama. Saat-saat terakhir bersama isterinya singgah di mata.

"Abang, berjanjilah yang abang akan jaga Alissa dengan baik. Dialah satu-satunya anak kita dan zuriat abang. Ida tak ada lagi untuk bersama abang dan dia nanti." Suara lemah isterinya Zaidah menjelang detik-detik akhir pertarungannya dengan kanser rahim.

"Abang berjanji sayang. Abang akan jaga dia dengan baik." Entah mengapa mata Rizman terasa hangat walaupun dia cuba mengawal perasaan.

"Ida pergi dulu bang," suara isterinya dengan dada yang mula berombak.

"Ida... Ida... doktor!... Misi!... Zaidah!" suara Rizman tersekat-sekat dengan fikiran yang bercelaru.

Tangan dingin Zaidah terkulai di dalam genggaman hangat Rizman. Akhirnya wanita itu tewas dan pergi dalam keadaan yang amat menyayat hati.

Kenangan yang datang sekilas lalu di benaknya menguasai emosi Rizman. Air mata hangat diseka bersama dada yang sebak.

"Ida, abang akan cuba tunaikan janji abang." Bisikannya lirih sambil menatap potret di dinding.

'Semakin aku berjanji, semakin aku sedar bahawa ia hanya beban yang menyusahkan jika tidak ditunaikan. Tanggungjawab yang bakal memakan diri kerana aku hanya manusia biasa... dan seorang hamba.'

Rizman menarik nafas dalam-dalam sambil melempar pandangan ke luar. Hujan renyai sudah mula turun.

***

RAZLINA mengesat air mata yang berjurai. Entah kali keberapa hari ini dia sudah tidak mampu mengira lagi. Setiap hari ia tumpah, sebagaimana hujan renyai yang mula turun sejak pagi tadi.

"Ina! Inaaaaa!" suara garau dari bilik tidur. Suara lelaki yang dia gelar suami. Suara Marzuki.

Lekas-lekas air mata dikesat dengan mata yang masih jelas kemerahan.

"Kau masak ini je? Ikan kering! Aku dah muak makan ikan kering! Aku nak makan ayam! Sayur! Daging!" Jerkah lelaki itu tanpa menahan perasaan.

"Ini saja yang ada bang." Lembut suara Razlina memujuk.

Pinggan plastik berisi nasi dan lauk itu dibaling ke dinding oleh Marzuki. Wajah kusamnya kemerahan dengan mata yang terbuntang menahan marah.

Razlina mengesat air mata dengan lengan baju yang sudah lencun.

"Kau menangis apasal? Dari dulu aku dah suruh kau tinggalkan aku. Degil! Sekarang tanggunglah semuanya." Bebel lelaki itu sambil memusingkan kerusi roda menuju ke tingkap.

Razlina melutut lemah. Dia mengutip sisa nasi dan lauk yang masih bersisa ke dalam pinggan.

Memori silam dengan gelodak rasa menghantui dirinya ketika ini.

Semuanya bermula ketika Marzuki menjadi mangsa langgar lari semasa menunggang motosikal. Kakinya digilis lori tanpa mendapat sebarang pampasan daripada pihak yang terlibat. Semenjak itu dia jadi pemarah dan panas baran.

Razlina ke dapur bersama pinggan dan sisa makanan yang dikutip tadi. Di sinki dia berdiri sambil membelek cincin di jari. Cincin yang menjadi perjanjian antara dia dan Marzuki. Untuk bersama ketika susah dan senang, sakit dan sihat, bahagia dan derita. Namun sesekali terlintas rasa kecewa dengan segala yang berlaku. Dia tidak menyangka bahawa segalanya akan jadi sesukar ini, setelah Marzuki berubah.

Hanya air mata mampu diseka sambil memerhati percikan air hujan di tingkap.

***

ADI tunduk membisu, seolah-olah sedang menunggu keputusan hukuman juri di mahkamah. Seekor kucing kelabu tembam berbulu gebu menggesel-gesel kakinya sambil mengiau dengan suara yang manja.

Sebentar tadi kucing itu terikat seluruh kakinya dengan pita pelekat duct tape. Kesan-kesan bulu yang tertanggal di bahagian yang terkena pelekat masih ketara, walalupun bulunya agak gebu dan tebal.

"Mengaku atau tidak Adi yang seksa Boboi dengan benda ni tadi?" suara tegas Safwan, ayah Adi sambil memegang pita pelekat berwarna kelabu-perak.

Adi tunduk tidak bersuara. Dia menggetap bibir sambil menjeling kucing yang masih tidak serik walaupun terikat seluruh kakinya. Ia mengiau nyaring sehingga ayahnya terdengar dan menyelamatkan kucing itu.

"Mengaku atau tidak?" Safwan cuba mengawal suara. Dia tidak mahu menyergah Adi dan pada masa yang sama dia tidak mahu menunjukkan sisi berlembut dengan anaknya itu.

Adi terasa pelik dengan kucing bernama Boboi ini. Kucing itu ditemui lebih setahun lepas di dalam kotak di pasar. Umpama cinta pandang pertama, Adi terus memeluknya dengan rasa kasih. Hinggalah Safwan setuju membawa pulang anak kucing kelabu berbulu gebu itu sebagai haiwan peliharaan mereka.

Adi memang sayang dengan kucing itu, sehinggalah Sofia adiknya lahir. Tumpuan ramai yang beralih kepada bayi comel itu menyebabkan Adi memberontak dalam diam.

Hinggalah Boboi menjadi sasaran untuk dia melepaskan geram. Sudah berbagai cara dia gunakan untuk menyeksa boboi.

Pernah Adi mengurung Boboi di dalam bilik stor yang gelap pada malam hari raya. Kemudian dia mencampak mercun yang bingit dengan cahaya terang benderang ke dalam ruang gelap itu. Akibatnya berhari-hari Boboi trauma dan ketakutan.

Dia juga pernah membalut badan Boboi dengan plastik pembalut hingga ia tidah boleh bergerak, hanya mampu mengiau meminta belas kasihan. Namun Adi tega membiarkan kucing itu terseksa hinggalah ada orang ternampak apa yang berlaku. Adi dihukum seperti biasa.

Adi tidak pernah serik sehinggalah dia terus menerus menjadikan Boboi tempat melepaskan geram. Sudah menjadi kebiasaan Boboi dikejar keliling rumah dengan penyembur air. Berkali-kali Adi dihukum tetapi dia tidak pernah serik, sebagaimana Boboi tidak pernah serik menggesel manja tubuh Adi walau apapun perbuatan Adi kepadanya.

"Cepat mengaku. Adi yang buat Boboi tadi kan?" Pujuk Safwan.

Akhirnya Adi tewas. Dia mengangguk lesu.

"Bermakna ayah terpaksa hukum Adi macam biasa kan?"

Adi mengangguk lagi. Namun hatinya bergelodak melihat Boboi di kakinya. Mahu rasanya dia menyepak kucing itu. Biar sampai terpelanting keluar melalui pintu gelangsar.

"Adi tak boleh keluar main bola setiap petang selama tiga hari. Kalau Adi buat lagi, ayah tambah tiga hari lagi. Boleh?"

Adi mengangguk macam burung belatuk. Suara mengiau Boboi di kakinya dirasakan seperti ketawa mengejek atas hukuman yang diterima.


'Tunggulah nasib kau lepas ni Boboi. Kucing tak guna!' Bisik hati Boboi yang sedang menggelegak.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?