PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Friday, 6 October 2017

MISTIQ: RAHSIA BAKAWALI BAH.5

BAHAGIAN 5


“KENAPA anak nak datang ke sini waktu malam?” Wak Karno berkerut dahi dengan rasa pelik.
Manap tersengih. “Rugi rasanya kalau tak dapat tengok bunga ni dalam keadaan berkembang. Sebab tu saya gagahkan diri ke sini.”
“Betul Encik Manap nak tunggu kat sini sampai bunga tu berkembang. Saya sebenarnya… tak berapa berani dengan hal macam ni.”
“Kenapa? Tanya Manap.”
“Ada kisah di sebalik pokok ni sebelum saya bela.”
“Apa kisahnya?”

“Dulu ada pakar silat bela pokok ni. Dia memang hebat dengan persilatan menggunakan keris. Guru Mokhtar namanya. Pada satu hari, isteri dia meninggal. Dia selalu habiskan masa dengan pokok ni, siang dan malam. Satu hari orang kata dia hilang macam tu aje.”
“Hilang?” Manap terasa pelik.
“Hmm.. ada yang kata, pokok ni ada pintu ke dunia seberang. Dunia bunian.”
Manap terdiam.
Setiap kali bulan mengambang, satu bau yang sangat harum datang dari bunga yang berkembang kelopaknya. Pada masa tu kata orang, ada puteri bunian turun ke sini untuk menjaga pokok ni. Itu lagenda saja. Mitos yang tak mampu dibuktikan.
“Wak percaya?” tanya Manap, menguji.
“Ya dan tak. Wak rasa mungkin dia wujud. Tapi wak tak sanggup tunggu untuk melihat dia. Kalau encik setuju, tinggallah di wakaf ni sampai dia muncul. Itupun kalau dia muncul.” Wak Karno mengekeh ketawa.
Seperti yang dijangka, bunga-bunga bakawali di pokok berkembang dengan bauan yang amat menyenangkan tetapi aneh pada malam itu.
Bulan mengambang menyebabkan keharuman luar biasa bunga-bunga di pokok.
Waktu masih awal. Ketika melayan telefon, Manap dilanda rasa mengantuk.
Ketika dia tersedar, bunga sedang berkembang dengan suara perempuan tidak jauh dari situ sedang menyanyi secara humming.
Manap bangkit dan mencari suara itu. Dia terlihat wanita berpakaian aneh seperti di pejabat dulu. Déjà vu yang sungguh pelik.
Wanita itu memalingkan wajah ke arah Manap dengan lirikan mata bundar yang galak. Senyumannya merah saga. Matanya dilirk dengan gaya menggoda. Dia berjalan di balik pokok bakawali dan kelibatnya tidak muncul lagi.
Manap terasa berat hati ingin menuruti wanita itu. Ia dalam dilema.

JIKA MANAP TIDAK MENURUTI GADIS ITU,
BACA BAHAGIAN 6

JIKA MANAP INGIN MENURUTI GADIS ITU,
BACA BAHAGIAN 7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?