PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 7 Oktober 2017

MISTIQ: RAHSIA BAKAWALI BAH.2

BAHAGIAN 2


MANAP bertolak awal pagi itu untuk berjumpa dengan Wak Karno, pemilik bunga itu. Dia terpaksa berhenti beberapa kali untuk mengisi minyak, buang air dan mengisi perut.
Anehnya dia terdengar sesuatu tentang dirinya.
“Wartawan Mistiq…”
“Ramai wartawan hilang..”
Manap terasa aneh. Dia cuba mengamati perbualan mereka yang hanya beberapa kaki darinya. Perbualan itu tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Pada masa yang lain, dia terdengar lagi.
“Wartawan gila..”
“Cari ajal…”


Manap sudah tidak mampu menahan sabar lagi. Dia menghampiri mereka. “Maafkan saya, boleh saya tahu encik berbual pasal apa tadi? Pasal saya ke?”
“Awak siapa? Kami tak kenal pun awak.” Kata seorang lelaki bertubuh gempal.
Manap berlalu dengan rasa sangsi.
Pada waktu lain dia rasa dia ditertawakan, tapi dia malas ambil pusing. Dia meneruskan langkah menuju ke tempat lain.
“Woi wartawan gila! Berhentikan siasatan kau!” Lontaran suara yang kedengaran dari jauh.
Manap melihat sekeliling. Tiada sesiapa di situ.
Perasaan aneh itu menyebabkan Manap terasa ingin membatalkan rancangan menyiasat kes-kes terbengkalai Mistiq. Namun narulinya kuat mengatakan ada rahsia besar yang akan dia dedahkan jika dia meneruskan siasatan.
Akhirnya dia tiba ke rumah Wak Karno. Tanpa berlengah, mereka terus menuju ke laman di mana pokok bunga bakawali di tanam.
Pokoknya seperti kaktus gergasi dengan bunga kuncup agak kemerahan.
“Kenapa muka anak ni nampak lain?” tanya Wak Karno.
“Tak ada apa-apa. Penat nak ke sini tadi.” Manap berdalih. Hakikatnya dia masih terasa gangguan tadi.
Wak Karno mula bercerita tentang cara dia menjaga pokok bunga bakawali di rumahnya.
Semasa Wak Karno bercerita, kelihatan seorang lelaki bertubuh kurus dengan kemeja kasual memandang mereka dari jauh. Riak wajah lelaki berkumis tebal itu mencurigakan Manap. Apabila Manap dan dia bertentang mata, lekas-lekas lelaki itu mengalihkan pandangan.
“Siapa tu?” tanya Manap.
Wak Karno berkalih pandangan ke arah lelaki itu. “Itu Idris. Orang kampung panggil dia Deris. Dia tu memang pelik sikit. Selalu bising-bising pasal aku tanam pokok ni. Kalau dengar apa dia cakap, buat tak layan je.”
Setelah mengambil gambar dan berbual sambil menghadap hidangan teh dan kuih, Manap meminta diri.
Idris sudah menunggunya di luar pagar rumah Wak Karno.
“K-ke-kenapa kau nak tahu sangat pasal pokok tu?” Riak wajah Idris penuh curiga.
“Saya Manap, wartawan dari majalah Mistiq. Saya nak tulis pasal po…”
“Jangan cari pasal! Pokok tu berpenunggu! Menanggung kau nanti macam yang lain!”
Manap senyum tawar. “Penunggu?”
Idris mengangguk dengan wajah yang begitu serius.
“Jangan tulis pasal pokok tu. Jangan datang dekat dengan pokok tu tepat jam dua belas malam.” Amaran Idris.
Sudah menjadi resmi manusia, semakin dilarang, semakin kuat naluri untuk melakukannya.
Idris berlalu tanpa berkata apa-apa lagi, membiarkan Manap dengan perasaan yang begitu pelik.
“Datang dekat dengan pokok tu tepat jam dua  belas malam?” kata Manap sambil berfikir.
Sesuatu bermain di fikirannya.

JIKA MANAP BUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGABAIKAN KATA-KATA IDRIS,

JIKA MANAP PERGI PADA WAKTU MALAM,
BACA BAHAGIAN 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?