PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 16 Disember 2015

MELYA


~ Eins ~

Tasik Constance, Jerman.

Sinar purnama berbayang pada permukaan tasik nan tenang. Sesekali refleksi itu bergoyang dek sapaan bayu malam dan serangga yang melintas di permukaannya. Dalam suasana malam yang suram, irama di pinggir hutan seakan menguasai suasana hingga bergema dan begitu ketara. Nyanyian cengkerik, geseran dedaunan dan deruan angin bersatu menjadi orkestra malam yang begitu mendamaikan.

Melya memandang dari celah tingkap bersama langsir polos yang melambai-lambai disisir bayu malam. Suasana suram yang mendamaikan itu gagal memadamkan keresahan di hati. Umpama bara yang terus membara biarpun air telah berkali-kali disimbah. Masih berbahang di lubuk hati.

Malam-malam hangat yang telah lama berlalu menyapa ingatan. Bagaikan kapsul memori yang pecah dan melayangkan semerbak aroma silam yang pernah bertamu. Membangkitkan rindu kepada insan bernama Hanz.


Rumah ini, laman ini, tasik ini, pernah menjadi saksi cinta yang mekar bersama lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya. Pertemuan di Copenhagen memateri cinta bersama lelaki berambut perang, bermata kelabu kebiruan dan bertubuh tinggi sasa bernama Hanzel Reinhard.

"Jangan pernah tinggalkan aku Hanz," bisik Melya suatu masa dulu.

"Kenapa mesti aku tinggalkan wanita secantik kau? Permaisuri hatiku untuk selama-lamanya." Kata Hanz sambil membelai rambut Melya yang terurai di katil.

"Aku takut Hanz. Aku takut kalau aku bangkit tanpa kau di sisi. Aku bimbang aku tak cukup kuat untuk hadapi semua itu." Melya menggenggam lengan Hanz.

"Aku akan tetap bersama kau, walau apapun terjadi. Kita akan hadapi kepayahan bersama. Kita akan raikan keindahan bersama. Dalam dunia kau dan aku, Mel."

Melya ingin percaya dan mendakap erat setiap kata-kata Hanz. Tetapi jauh di lubuk hatinya ada rasa yang sukar dipadamkan. Seolah-olah nalurinya mengatakan bahawa masa bersama Hanz sudah semakin singkat.

Apa yang menyebabkan rasa gundah di hati akhirnya menjadi kenyataan. Suatu pagi dia bangkit tanpa Hanz di sisi. Ruang katil di sebelahnya kosong. Cadar rapi dan kemas. Bantal tegang dan tidak berkedut. Seolah-olah telah lama tiada siapa berada di sisinya.

Dia menunggu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Malangnya Hanz tidak muncul. Tiada perkhabaran berita sama ada melalui surat atau panggilan telefon. Dirinya kini sepi dan gersang tanpa Hanz. Sebagaimana sepinya kabin di tepi tasik ini tanpa sesiapa melainkan dirinya.

Keresahan menjadi-jadi dengan perkara aneh yang berlaku akhir-akhir ini. Seolah-olah dia bukan tinggal bersendirian lagi. Ada tetamu asing yang tidak diundang. Lebih merisaukan Melya apabila kehadiran mereka hanya dapat dirasai, tetapi tidak kelihatan pada mata kasar.

Pagi tadi Melya mengambil angin di tepi tasik. Sambil menikmati kicau burung dan gemersik dedaunan, dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Udara segar menghidupkan semangat dan memancarkan kegirangan dalam hatinya.

Rasa itu sirna apabila dia terdengar suara berhampiran dengannya. Perbualan lelaki dan perempuan bersama gelak tawa. Dalam keadaan cemas dia berlari anak menuju ke rumah.

Alangkah terkejutnya apabila dia dapati katil sudah berselerak. Seolah-olah baru digunakan oleh seseorang. Duvet sudah terselak. Cadar berkedut dan bantal tidak tegang seperti biasa.

Dam!
Melya dikejutkan oleh hentaman pintu ke dinding. Rasa cemas mula menular. Setelah dia kehilangan Hanz, kini ada seseorang atau sesuatu yang cuba mengganggunya.

Melya berlari menuju ke almari baju yang menyimpan jeket dan pakaian musim sejuk. Dia bersembunyi di sebalik pakaian yang sudah mula berbau hapak kerana terlalu lama tidak digunakan itu. Nafasnya jelas kedengaran dalam keadaan trauma yang tidak terucap. Dia memejamkan mata sambil berharap semua kegilaan ini akan selesai. Suara dan bukti kehadiran sesuatu yang asing di rumah ini.

Setelah masa berlalu agak lama, dia keluar untuk memeriksa. Katil telah kemas seperti biasa. Tiada bunyi suara aneh atau pintu dibuka dan ditutup. Dia duduk di katil bersama persoalan yang bermain di minda.

"Siapa yang aku dengar tadi? Apa yang mereka mahu datang ke sini? Ke mana Hanz yang menghilang terlalu lama? Apa kaitan semua ini?"

Soalan demi soalan menujah benaknya hingga tanpa disedari dia berbaring dan terlena, lalu dikunjungi sebuah mimpi.

***

Hanz berdiri di tepi tasik sambil membaling batu kecil. Batu itu melantun beberapa kali di permukaan air sebelum hilang di dasar tasik.

Melya hanya memerhatikannya sambil duduk di atas rumput yang hijau dan segar.

"Aku ingin ajak kau pergi dari tempat ini," kata Hanz.

"Kenapa? Aku bahagia di sini." Kata Melya.

"Aku sudah pindah ke tempat yang jauh lebih baik. Tempat ini hanya menguburkan memori silam yang suram dan menyayat hati."

Melya tidak mengerti kata-kata kiasan Hanz.

"Apa maksud kau? Kita bahagia di sini. Kau dan aku." Melya cuba menyangkal.


Hanz tidak menjawab. Sebaliknya dia senyum, seperti sedang menyimpan satu rahsia yang amat sulit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?