PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Friday, 18 September 2015

SAYANG MUSTIKA (BAH.1)



Sayang Mustika
Sebuah cerpen oleh Salleh Kausari


I

ADHAM termenung di salah sebuah bangku logam yang berderet di platform itu. Derum enjin bas dan hiruk-pikuk suara manusia berbaur dalam bahang dan bau asap. Sesekali matanya menjeling jam di tangan. Kadang-kadang dia membelek tiket yang tersemat di dalam poket baju. Keresahan menanti ketibaan bas yang akan membawanya pulang ke kampung.

Sebenarnya bukan bas itu yang menjadi punca keresahannya. Banyak lagi. Segulung ijazah yang baru dimiliki. Tempoh beberapa bulan yang dihabiskan kerana menganggur dan gagal mendapatkan kerja yang sesuai. Lelah naik turun bangunan dan masuk keluar pejabat untuk temuduga masih terasa. Namun belum ada satu pun yang menyangkut.

'Apa lagi yang boleh aku buat? Apa guna ijazah kalau tak boleh digunakan? Bukan aku memilih sangat. Tapi kalau boleh biarlah yang menjanjikan masa depan yang baik dengan apa yang aku ada. Sayang kalau aku terpilih yang bukan dalam bidang aku.' Celoteh hatinya setelah apa yang berlaku.

Setelah penantian belum membuahkan hasil, dia buat keputusan untuk pulang ke kampung.

'Baik aku tenangkan fikiran sekejap sebelum menyambung usaha mencari kerja. Mudah-mudahan ada kekuatan untuk fikirkan strategi baru memikat hati bakal majikan. Manalah tahu kali ni ada yang berminat ambil aku.' Dia menyedapkan hati.

Dia melihat jam. Bas sudah hampir tiba.

"Nak, nak beli gambar. Cantik. Pak cik jual murah je." Suara lelaki dalam separuh abad di sebelahnya. Wajahnya kusam dibakar mentari. Baju kemeja lusuh yang dipakai tidak bergosok dan nampak sudah dimakan usia. Songkok hitam yang dipakai juga nampak lusuh. Jambang putih yang mengintai keluar dari dagu jantannya nampak selekeh.


"Tak apalah pak cik. Saya tak berminat." Adham cuba mengelak.

"Cantik nak. Gambar ni dah berpuluh tahun lamanya, tapi masih elok." Pujuk lelaki tua itu.

'Hish orang tua ni. Aku kata tak nak, bermakna aku tak nak lah. Nak paksa-paksa pulak.' Gerutu hati Adham yang mula panas. Dia tidak selesa didesak begitu.

"Pak cik jual murah je nak. Lima puluh ringgit." Lelaki itu menyelak kain putih yang membalut gambar itu. Wajah seorang wanita yang ayu. Berdasarkan pakaiannya, gambar itu diambil atau dilukis berpuluh tahun yang lalu. Sukar untuk Adham pastikan sama ada gambar itu lukisan atau diambil menggunakan kamera lama.

Adham merenung gambar itu. Mata, bibir dan senyuman gadis dalam gambar itu amat memukau.

"Boleh nak? Lima puluh ringgit."

Adham memujuk diri. 'Apa yang boleh aku buat dengan gambar ni? Kerja pun aku belum ada. Membazir duit yang dah ciput. Tapi... aku kesian dengan orang tua ni. Mungkin dia perlukan duit.'

"Boleh?" desak lelaki itu lagi.

Ketika itu bas yang ditunggu tiba.

"Pak cik, bas saya dah sampai. Saya minta diri dulu."

"Ambillah nak. Pak jual empat puluh je."

Adham sudah bersedia untuk bangun sambil menyandang beg.

"Tiga puluh."

Adham bangun.

"Dua puluh."

Adham angkat tangan tanda dia tak mahu.

"Sepuluh."

Adham mula melangkah.

"Nah ambil ajelah nak."

Adham tergamam. Tadi lelaki itu ingin menjual. Sekarang dia ingin beri percuma pula.

"Ambillah nak. Pak cik beri percuma je." Wajah lelaki itu menampakkan kerisauan yang amat. Riak terdesak itu bukan kerana inginkan wang, tetapi kerana ingin melepaskan gambar itu. Agar hak milik bertukar kepada orang lain.

Adham berfikir sejenak. Kemudian dia mengeluarkan wang lima puluh dan menyerahkan kepada lelaki itu. Gambar berbalut kain putih itu disambut.

"Terima kasih nak." Lelaki itu tunduk hormat dan berdiri tercegat melihat Adham.

'Pelik betul orang tua ni. Tadi beria nak jual. Lepas tu nak beri aje.' Dia melangkah menaiki tangga bas.

Sebelum hilang dalam perut bas, dia menoleh untuk melihat lelaki itu. Anehnya tiada sesiapa di situ. Dia menoleh melihat platform itu. Tiada kelibat lelaki yang ingin dicari. Seolah-olah lelaki itu telah lenyap dalam sekelip mata.

Adham melihat mereka yang duduk di dalam bas. Mereka tidak mengendahkannya. Seolah-olah perbualannya dengan lelaki tua tadi tidak menarik perhatian mereka. Atau mereka tidak lihat perkara pelik, kalau-kalau lelaki itu ghaib dengan sekelip mata.


Dia ingin bertanya mereka, tapi dia membatalkan hasrat itu. Dia terus mencari tempat duduk bersama gambar berbalut kain putih di tangan.

Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?