PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 28 Mac 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 22


Bab 22



"Syukur alhamdulillah, semuanya dah selesai. Abang dan Qiarra dah kembali ke rumah dengan selamat." Suara Datin Maznah lega setelah dia menanti di rumah dengan rasa cemas dan risau.

"Kita bernasib baik sebab Qiarra belum sempat diapa-apakan. Kalau tidak, mungkin seumur hidup kita akan rasa bersalah." Kata Datuk Hafizudin ketika dia bersandar di sofa.

Datin Maznah menuang air kopi yang dihidangkan oleh Bibik Ruslia.

"Abang tahu siapa yang merancang semua ni?"

"Budak-budak geng motor. Tapi polis beritahu ada dalang yang rancang semua ni. Sayangnya dia masih bebas lagi." Keluh Datuk Hafizudin dengan nada kesal.

"Habis kalau Qiarra kena culik lagi macam mana bang? Ih, risaulah saya macam ni." Air muka Datin Maznah mula berubah.

"Kita kena hati-hati lepas ni. Kita tak boleh biarkan Qiarra keluar sembarangan. Ini untuk kebaikan Qiarra." Datuk Hafizudin mengatur rancangan.

"Hai, cepatnya abang lupa."

"Lupa apa?"

"Abang tak ingat ke? Apa yang berlaku ni semua kerana sikap kita yang terlalu mengongkong Qiarra. Kita nak jauhkan dia daripada bahaya, tapi bala lagi besar datang bila dia memberontak. Abang dah lupa?"

Kata-kata Datin Maznah membuatkan Datuk Hafizudin terkedu. Dia mula sedar kesilapannya yang lampau.


"Mahu tak mahu kita kena berikan sedikit ruang untuk Qiarra bernafas. Dalam keadaan kita kawal dia, kita kena ambil kira pendapat dan perasaan dia juga bang." Kata-kata Datin Maznah dibalas dengan anggukan oleh suaminya.

Datuk Hafizudin tenggelam dalam fikirannya sendiri sambil dia menghirup air kopi di cawan.

"Jauh abang termenung. Apa yang abang fikirkan? Ada masalah lagi ke?" Datin Maznah menyentak lelaki itu dari lamunannya.

"Tak. Cuma abang teringat budak lelaki yang bang jumpa tadi."

"Kenapa dengan budak tu?"

"Dia ada bersama Qiarra lepas polis serbu kilang buruk tempat Qiarra diculik. Dia bahasakan dirinya dengan nama Eddie. Nama betul dia abang tak tahu pulak. Katanya dia kawan Qiarra."

"Kenapa dengan budak tu?" Datin Maznah masih belum dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.

"Abang kagum sebab dia sanggup bersama-sama polis sebab nak selamatkan Qiarra. Dia berani kejar ketua geng penculik sampai tertangkap."

"Ya ke bang? Eh, berani betul budak tu." Datin Maznah menunjukkan riak wajah terkejut.

"Itulah yang abang hairan. Abang rasa dia ni lebih daripada kawan Qiarra."

"Maksud abang?"

"Abang rasa dia ada hati pada Qiarra. Kalau tak, takkanlah sampai sanggup bahayakan diri semata-mata kerana Qiarra. Itu pendapat abang. Apa-apapun kita tanya Qiarra nanti bila dia dah pulih."

Datuk Hafizudin terus menyisip air kopi di cawan sambil diperhatikan oleh Datin Maznah yang masih tertanya-tanya dengan kisah tentang pemuda bernama Eddie.

***

"Macam mana Encik Rostam? Ada berita tentang Guntor?" Tanya Eddie semasa mereka menaiki kereta BMW biru yang dipandu oleh Shah.

"Belum. Itu yang buat saya risau. Yang saya hairan macam mana dia boleh tahu rancangan kita. Kita terpaksa lebih berhati-hati lepas ni. Mulai sekarang kita berjumpa dan berbincang semasa dalam perjalanan. Kita dah tak boleh berjumpa di tempat biasa."

"Saya rasa dia dah patah kaki sekarang sebab geng Azad dah tak ada. Mungkin dia tengah rancang strategi seterusnya." Eddie melahirkan pendapatnya.

"Mungkin juga. Kita pun kena sentiasa berjaga-jaga." Tambah Rostam. "Qiarra macam mana?"

"Nampaknya teruk juga dia diserang trauma. Saya rasa Azad cuba rogol dia sebelum polis serbu. Kalau kita lambat sikit, tak tahulah apa akan jadi pada dia." Jawab Eddie. "Kenapa Guntor pilih Qiarra, Encik Rostam? Adakah kerana saya? Macam yang dia buat pada ibu bapa saya dulu?"

Rostam terdiam. agak lama sebelum dia bersuara, "Ada perkara yang kamu akan tahu bila sampai masanya nanti. Buat masa ni, kejahilan itu adalah satu anugerah. Seperti pepatah Inggeris, ignorance is bliss."

"Kenapa saya rasa Encik Rostam macam nak rahsiakan banyak perkara daripada saya? Apa sebenarnya semua ni Encik Rostam?" Eddie mula memberontak.

"Saya faham awak memang ada hak untuk marah saya kerana rahsiakan banyak perkara. Saya buat semua ini kerana saya takut awak masih belum boleh terima hakikat sebenarnya kalau saya beritahu. Saya memang akan ceritakan segalanya bila masa yang sesuai tiba nanti. Saya tak mahu awak dilanda kejutan hingga perkara ini mempengaruhi kehidupan awak. Sukar untuk saya terangkan sekarang ni. Tapi percayalah Eddie, ini semua adalah untuk kebaikan awak. Tolonglah, saya pinta sekali lagi supaya awak beri kepercayaan kepada saya." Terang Rostam dengan rasa serba salah.

Eddie masih bengang dan tidak boleh menerima penerangan Rostam.

Apa yang aku boleh buat? Mahu tak mahu aku terpaksa percayakan Rostam sebab dia saja pertalian yang masa ada untuk aku tahu kisah silam aku. Keluhan hati Eddie dengan nada kesal.

***

"Assalamualaikum," jerit Eddie semasa berada di depan pintu pagar. "Assalamualaikum."

Kelihatan seorang wanita keluar dari pintu. "Waalaikumsalam. Nak cari siapa?"

"Ini rumah Qiarra ke? Datuk Hafizudin ada?" Tanya Eddie.

Sejurus selepas wanita itu masuk, seorang lelaki yang Eddie kenal keluar.

"Ah, Eddie!" Suara mesra Datuk Hafizudin ketika pagar terbuka dengan sendiri.

"Maaf datuk, saya datang nak melawat Qiarra."

"Tak apa. Masuk, masuk." Pelawa Datuk Hafizudin.

Usai mereka melabuhkan punggung di sofa ruang tamu, Eddie tidak membuang masa untuk bertanya. "Qiarra dah okey, datuk?"

"Belum. Dia masih takut-takut nak keluar bilik. Kadang-kadang tengah malam dia meracau tak tentu hala. Doktor dah datang ke rumah untuk tengokkan dia. Katanya Qiarra masih trauma. Bila makan ubat yang doktor bagi nampaknya dah ada perubahan sikit. Dia kena banyak berehat sekarang." terang Datuk Hafizudin.

Tidak lama kemudian Datin Maznah datang untuk duduk bersama mereka berdua.

"Eddie kerja di mana?" Tanya Datin Maznah tanpa berlengah.

"Saya pelayan kafe saja datin. Saya kenal Qiarra pun masa jumpa dia di kafe. Dia suka sangat dengan sherbet strawberi." Jawab Eddie.

Datuk Hafizudin ketawa kecil. "Memang kegemaran dia semenjak dia makan masa majlis hari jadi dia kecik-kecik dulu."

"Eddie berasal dari mana?" Tanya Datin Maznah lagi.

"Saya asal dari kampung aje datin. Saya tinggal dengan mak angkat saya." Jawab Eddie penuh rendah diri. Hakikatnya dia sendiri tidak tahu asal-usul dirnya yang sebenar.

"Dah lama kerja di kafe?" Datuk Hafizudin mengubah topik setelah dia melihat air muka Eddie berubah dengan pertanyaan isterinya.

"Taklah berapa lama sangat." Jawab Eddie ringkas.

"Kenapa tak cari kerja lain? Takkan nak kerja kafe sampai bila-bila." Soal Datin Maznah lagi.

"Apa salahnya kerja kafe? Janji rezeki halal." Datuk Hafizudin menjawab bagi pihak Eddie. Dia sedar soalan-soalan Datin Maznah agak 'panas'. Mungkin kerana dia memberitahu isterinya tentang hubungan Eddie dan Qiarra.

"Sebenarnya saya kerja kafe tu untuk sementara waktu saja Datuk, Datin. Saya tengah belajar part-time waktu malam. Bila dah habis belajar nanti, saya carilah kerja lain yang sesuai dengan kelulusan." Jawab Eddie telus.

"Oh... kalau macam tu, apa kata kamu kerja dengan saya. Esok pagi datang ke ofis saya untuk interview. Bawa resume dan sijil kamu sekali." Pelawa Datuk Hafizudin.

"Saya sebenarnya tak ada pengalaman kerja pejabat, datuk." Eddie rasa rendah diri.

"Itu tak jadi masalah. Lagipun ini sebagai tanda terima kasih saya sebab kamu tolong Qiarra hari tu. Kalau tak, mungkin penculik tu masih lagi terlepas."

Eddie tersenyum dengan jawapan Datuk Hafizudin. "Terima kasih datuk."

"Eh, jemputlah minum Eddie. Nanti kalau lambat sejuk pula airnya." Pelawa Datin Maznah.

***

Pagi-pagi lagi Eddie sudah bersiap. Sudah lama dia tidak mengenakan pakaian kemeja dengan seluar slack seperti itu.

Seperti biasa Mail mengambil peluang itu untuk mengusik Eddie.  "Sejak bila kau kerja di kafe kena pakai macam ni?"

"Aku ada interview lah."

"Kat mana?"

"Syarikat ayah Qiarra."

"Wah, tahniah!" Mail teruja sambil menepuk bahu Eddie. "Kerja betul-betul tau! Cerah masa depan jadi menantu datuk." Usik Mail lagi.

"Apalah engkau ni. Entah dia nak terima atau tak aku kerja di tempat dia." Kata Eddie beralas.

"Jangan risaulah Eddie. Aku yakin dia akan carikan kerja yang sesuai untuk kau. Dia dah terhutang budi dengan kau tu." Mail memberi perangsang.

"Mudah-mudahan." Jawab Eddie ringkas.

***

Eddie tiba awal di syarikat Datuk Hafizudin sebelum lelaki itu sampai lagi. Hampir sejam Eddie menunggu sebelum dia dipanggil untuk berjumpa bakal majikannya.

Datuk Hafizudin mengamati resume yang disediakan oleh Eddie.

"Buat permulaan ni saya akan bagi Eddie kerja-kerja kerani untuk sesuaikan dengan urusan di syarikat. Bila dah tunjuk prestasi nanti, saya akan tambah ikut kemampuan kamu. Boleh?"

"Boleh datuk. Saya tak ada masalah." Jawab Eddie.

"Lagipun awak tengah sambung belajar dalam bidang pengurusan perniagaan. Memang ada potensi untuk pergi jauh dalam syarikat ni." Puji Datuk Hafizudin.

"Saya akan cuba buat yang terbaik datuk," kata Eddie penuh semangat.

"Tentang yuran belajar kamu di kolej, syarikat akan tanggung sampai kamu habis belajar. Itupun kalau kamu terus berkhidmat di sini."

"Ya ke datuk? Terima kasih banyak-banyak."

Sebenarnya ada sesuatu tentang resume Eddie yang menangkap perhatian Datuk Hafizudin semenjak dia mula meneliti maklumat yang ada.

Nama dia Ruzaidi bin Minhad. Tarikh lahir sama dengan tarikh arwah anak sulung aku. Bisik hati Datuk Hafizudin.

"Kamu tak ada tulis tentang latar keluarga kamu?" Datuk Hafizudin meminta penjelasan.

"Untuk pengetahuan Datuk, saya diserahkan pada orang lain semasa saya berumur tiga tahun. Sampai sekarang saya belum tahu latar keluarga saya. Siapa ayah saya, siapa ibu saya, sama ada mereka masih hidup atau tak, semua saya tak tahu." Jawab Eddie telus.

Minhad? Fikiran Datuk Hafizudin cuba membuat pertalian dengan kisah silamnya sendiri.

"Okey, tak mengapa. Esok kamu boleh mula kerja. Nanti saya suruh setiausaha saya beri penerangan tentang syarikat." Kata Datuk Hafizudin sambl fikirannya masih giat memproses maklumat yang baru diterima tentang pemuda bernama Eddie.

"Terima kasih datuk," ujar Eddie sambil bersalaman dengan majikannya yang baru.

***

"Tahniah Eddie!" Ucap Ravi ketika Eddie ke kafe untuk menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Puan Ainon.

"Terima kasih Ravi. Aku mesti rindu dengan masa aku kerja di kafe ni. Terutamanya dengan kau."

"Eleh, rindu konon. Nanti bila dah kerja kat tempat baru entah-entah nama aku pun kau lupa. Kalau jumpa tengah jalan buat tak kenal aje." Usik Ravi.

"Aku bukan macam tu Ravi. Aku mesti datang sini nanti untuk jumpa semua staf kat sini." Jawab Eddie. "Termasuk harimau jadian Cecilia." Bisik Eddie diikut dengan tawa Ravi.

"Mula-mula jadi pekerja bapak Qiarra. Lepas ni jadi menantu dia kot?" Usik Ravi lagi.

"Kau dengan Mail sama saja, suka sangat nak mengenakan aku." Eddie bengang.

"Apa salahnya. Macam kata orang melayu, usik-usik bawa bahagia."

"Banyaklah kau punya bahagia!" Jawab Eddie. Ravi hanya mentertawakan kawannya itu.


***

"Kenapa saya tengok abang asyik termenung semenjak balik dari pejabat tadi? Macam mana interview dengan budak Eddie tu?" Datin Maznah bertanya semasa mereka sedang duduk bersantai di katil malam itu.

"Sebenarnya saya tengah fikir pasal dialah ni. Awak tahu tak? Nama dia Ruzaidi bin Minhad. Lepas tu tarikh lahir dia sama dengan arwah anak kita yang pertama. Awak nampak tak pertalian semua ni?" Datuk Hafizudin meluahkan apa yang terbuku di benaknya.

"Maksud abang?" Datin Maznah masih belum mengerti.

"Cuba awak bayangkan kalau bapak Eddie ni adalah Minhad yang kita kenal, sebelum tiba-tiba dia menghilangkan diri. Macam mana kalau ini semua perbuatan Si Malaun ynag nak perondak-peranda hidup keluarga saya dengan Minhad."

"Maksud abang Si ..."

"Dah, jangan awak sebut nama tu! Sakit hati saya kalau dengar nama dia!" Datuk Hafizudin memintas kata-kata isterinya.

"Saya syak ini semua ada kaitan dengan perbuatan Si Bedebah tu. Cuba awak bayangkan kalau anak Minhad yang lahir pada hari yang sama dengan anak kita tu sebenarnya ditukarkan. Macam mana kalau anak kita yang masih hidup ditukarkan dengan anak Minhad. Entahlah, dah berdenyut kepala saya memikirkannya."

"Abang ni berfikir jauh sangat. saya tahu abang masih belum boleh terima kematian anak kita selagi belum tengok kubur dia kan?"

"Tapi awak fikirlah. Logik tak kalau hospital kata mayat anak kita boleh hilang? Hospital apa macam tu? Dah buntu fikiran saya fikir pasal benda ni. Selagi saya tak dapat kepastian yang anak kita dah mati, saya tak akan berputus asa mencari anak kita yang hilang tu."

Datin Maznah sudah mula faham apa yang menghantui fikiran suaminya.

"Oh... jadi maksud abang... jangan-jangan..." kata-kata Datin Maznah cuba membuat deduksi selepas apa yang terjadi.



<< Akhir Bahagian 5 >>


2 ulasan:

  1. ehh? Jangan kata Eddie dengan Qiarra tu adik beradik pulaakkk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?