PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 21 Februari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 17


Bab 17


Hoi Eddie! Bangunlah. Dah pukul berapa ni. Kau tak kerja ke?”

Eddie duduk di katil sambil menggosok-gosok mata yang kelat setelah dia dikejutkan oleh suara lantang Mail.

“Aku tak kerja hari ni.” Jawab Eddie yang masih dikuasai rasa mengantuk.

“Kenapa tiba-tiba kau cuti? Mak kau sakit?” Mail kehairanan.

“Taklah.”

“Habis kenapa kau ambil cuti?” Mail masih menagih jawapan.

“Kau ni banyak tanyalah. Pergilah kerja. Nanti lewat baru padan muka kau.” Eddie cuba mengelak.

“Oh... kau gaduh dengan Qiarra lagi ya?” Pertanyaan Mail tidak dijawab oleh Eddie. Eddie hanya tunduk membisu.

“Aku dah agak dah... mesti ada problem dengan awek tu lagi.”

“Eh Mail. Kau ni penyibuk betul. Kau nak campur urusan aku buat apa?” Eddie bengang.

Mail yang berdiri di muka pintu tadi terus duduk di tepi katil Eddie.

“Aku tengok kau dan Qiarra memang sesuai. Kau jagalah hati dia baik-baik. Janganlah kau ikut perasaan kau saja.” Nasihat Mail.

‘Kerana memikirkan masa depan dialah aku buat macam ni.’ Hati Eddie mengeluh.

“Dah jangan kau nak berleter dengan aku pagi ni. Baik kau pergi kerja lagi bagus.”

Eddie menolak bahu Mail. Mail hanya menggeleng melihat telatah teman serumahnya.

***

Farouk tiba di rumah Datuk Hafizudin dengan Volvo S40 berwarna perak miliknya. Datin Maznah telah merancang makan tengah hari bersama Qiarra dan Farouk di Pavilion Kuala Lumpur.

Qiarra tidak banyak bersuara. Dia masih dilanda gundah akibat perubahan mendadak Eddie. Puas dia memikir kata-kata atau perbuatannya yang mungkin telah menyinggung perasaan Eddie, tapi masih buntu.

Apa sebenarnya punca perubahan mendadak pada diri Eddie? Kenapa dia tak mahu berbincang secara bersemuka dengan aku? Kenapa mesti dia hamburkan kata-kata sebegitu? Qiarra terus ditujah soalan demi soalan yang masih belum ada jawapan walaupun samar-samar.


Qiarra masih belum mengerti mengapa ibunya bersungguh-sungguh mahu mengajak dia dan Farouk keluar makan bersamanya. Adakah ibunya mahu melihat keserasian mereka berdua, atau sekadar memberi peluang untuk mereka bertiga mengeratkan lagi hubungan sebagai satu keluarga?

Soalan Qiarra terjawab apabila di Pavilion Datin Maznah membawa mereka ke Marry Merry dan Designer Bridal Room untuk melihat busana gaun pengantin.

“Mama, kenapa nak tengok gaun pengantin? Qiarra dan Farouk belum nak kahwin lagi!” Rungut Qiarra. Farouk yang melihat telatah Qiarra hanya tersenyum.

“Apa salahnya sayang kalau kita tengok rekaan yang ada. Manalah tahu kalau ada yang mama berkenan.” Pujuk Datin Maznah.

“Mama, dah cukuplah mama yang tentukan semua. Berilah peluang Qiarra pula yang tentukan.”

“Jangan risau Qiarra. Mama tahu apa yang sesuai dengan Qiarra. Mama dah rancang apa tema untuk majlis Qiarra nanti. Kalau rekaan gaun Qiarra tak sesuai, malu kita nanti. Habis jadi buah mulut orang. Dalam social network lagilah. Habis orang post gambar wedding disaster Qiarra nanti dalam facebook dan twitter. Siapa yang malu? Kita juga.” Datin Maznah masih tegar dengan pendiriannya.

Farouk hanya memandang gelagat anak-beranak berdua itu dengan ekor matanya.

Selesai menjamu mata dan membeli-belah, mereka bertiga ke Celadon Royal Thai Cuisine.

Mereka disajikan dengan hidangan Miang Kam. Beberapa helai daun hijau dihidangkan di dalam satu piring. Di dalam dulang terhidang pelbagai rencah seperti hirisan kelapa goreng, kacang tanah goreng, hirisan cili padi, bawang dan mangga. Di tengah-tengah ada mangkuk berisi sos berwarna gelap.

“Ayah dan mama memang suka ke sini sebab hidangan Miang Kam Celadon boleh letak perencah sendiri. Kalau di Bangkok House dah siap dibungkus.”

“Miang Kam? Apa tu?” Qiarra ingin tahu.

“Miang Kam ni appertizer orang Thai. Macam kita makan sirih, kita letak pinang kacip dan kapur di dalam. Tapi Miang Kam guna perencah-perencah ni. Lepas sapu sos pada daun kadok ni, kita letak bahan-bahan lain. Kalau nak ada kick letak cili padi lebih sikit.” Farouk menerangkan seperti pakar makanan Thai.

Qiarra begitu teruja dan mencuba Miang Kam.

“Hmm... sedap!” Puji Qiarra. Farouk tersenyum melihat Qiarra dengan Miang Kam pertama yang dijamah.

Datin Maznah hanya memerhatikan gelagat budak berdua itu. Setelah dilihat rancangannya berjalan lancar, dia pun meneruskan langkah kedua.

“Qiarra, mama nak keluar jumpa kawan mama. Kebetulan dia ada di Pavilion. Qiarra dan Farouk makanlah dulu sambil berbual-bual. Auntie minta diri dulu ya Farouk.”

Oh... ini rancangan mama rupanya. Kalau aku tahu, tak ingin aku ikut. Hati Qiarra merungut.

“Kita dah masuk perangkap mama awak.” Kata Farouk sambil tersenyum.

“Awak pun tak tahu? Atau awak berlakon tak tahu?” Tebak Qiarra.

“Eh, sumpah saya tak tahu! Betul!” Farouk cuba membela diri.

“Nasib baik kita ke Celadon. Dapat juga saya belajar makan Miang Kam.” Kata Qiarra sambil menyediakan Miang Kam kedua sebagai habuannya.

“Ayah saya selalu ke Thailand kerana urusan business. Itulah sebabnya dia tahu banyak tentang makanan Thai.

Pintu hati Qiarra masih dibuka lagi untuk Eddie. Tetapi kata-kata lelaki itu di kafe dahulu membuatkan dia berfikir sama ada untuk terus menunggu Eddie atau tidak. Adakah sia-sia sekiranya dia terus menunggu seseorang yang memang tidak akan kembali? Adakah dia perlu terus menurut telunjuk orang tuanya tanpa memberi pandangannya sendiri?

“Awak masih cintakan Eddie?” Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut Farouk.

Qiarra tergamam. Adakah tindakan berkongsi tentang perasaan dengan lelaki yang menjadi calon pasangan pilihan orang tuanya itu bijak?

“Kenapa awak tanya macam tu?” Qiarra rasa tidak senang.

“Saya minta maaf kalau saya bertanya. Sebenarnya saya boleh dikatakan rapat juga dengan Eddie. Kami belajar di kolej yang sama.” Jawab Farouk.

“Apa yang awak tahu tentang Eddie?” Tanya Qiarra.

“Dia seorang yang bijak, baik hati, rajin, bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi. Dia diserahkan pada orang lain pada usia tiga tahun, dan sekarang dia sedang mencari siapa orang tua dia yang sebenar. Dia tak tahu sama ada orang tua dia masih hidup atau tidak. Yang dia ada hanya dokumen yang diserahkan semasa dia masih kecil dulu.”

Qiarra sudah mula suka dengan Miang Kam dan dia ingin menyediakan habuan santapan yang ketiga. Tetapi cerita tentang Eddie membantutkan rancangan dan dia mendengar dengan khusyuk.

“Ada satu rahsia yang saya perlu kongsi dengan awak. Eddie ke masquerade party hari tu semata-mata kerana awak. Saya beri dia peluang untuk jumpa awak dengan mengambil tempat saya sebab saya tahu dia menyimpan perasaan pada awak.”

Qiarra mendengar dengan teliti setiap patah yang dituturkan oleh Farouk.

“Saya rasa bersalah sebab saya juga yang merampas awak daripada dia. Saya boleh menipu diri saya dengan mengatakan saya ikut kehendak orang tua saya kerana mahu jadi anak yang taat, tapi hakikatnya saya buat ini semua kerana kepentingan diri saya sendiri.”

“Maksud awak?” Qiarra inginkan penjelasan.

“Ayah saya sudah siapkan rancangan untuk masa depan saya dalam syarikat. Tapi saya mahu teruskan impian saya untuk berjaya sendiri, bukan mengikut kehendak ayah saya. Rancangan perkahwinan dengan awak adalah batu loncatan untuk saya capai impian itu.” Jawab Farouk. Qiarra cuba memahami apa yang sedang berlaku antara dia, Farouk dan Eddie.

“Memang nasib kita agaknya. Orang tua kita menyangka kita tak boleh tentukan haluan kita sendiri. Mereka sangka mereka tahu apa yang terbaik untuk kita.” Qiarra seperti dapat merasakan apa yang Farouk rasa.

“Kalaulah mereka boleh buka fikiran untuk mendengar dan menerima pandangan kita.” Jawab Farouk. Mereka berdua tenggelam dalam fikiran masing-masing.

“Saya rasa saya dah tahu sebab apa Eddie marahkan saya. Saya tahu kenapa dia cuba buat saya bencikan dia.” Qiarra tiba-tiba bersuara.

“Kenapa?” Tanya Farouk

“Dia tak mahu saya kecewakan harapan papa dan mama saya. Dia mahu hubungan kita diteruskan, dan dia tak mahu jadi penghalang.” Farouk mengangguk dengan pendapat Qiarra.

“Awak rasa perlukah kita teruskan hubungan ini? Semata-mata kerana mengikut kehendak orang tua kita?” Farouk terdiam dengan soalan Qiarra. Qiarra tahu lelaki itu juga serba-salah dengan dilema yang melanda diri masing-masing.

***

Petang itu Qiarra keluar bersama Sara dan Mimi. Apabila mereka menuju ke Beetle kuning Qiarra, mereka terlihat sehelai kertas berlipat terselit di pengelap cermin depan kereta.

Qiarra membuka lipatan kertas dan mereka bertiga sama-sama membacanya.

Aku tahu kau masih menyimpan perasaan pada Eddie.
Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini. Pergi cari dia di Kampung Seludang.
Lakaran peta ada di bawah.

G.

“G? Siapa tu?” Sara ingin tahu.

“Entah. Aku pun tak tahu.” Qiarra menjawab telus.

“Bahaya Qiarra. Jangan-jangan ini konspirasi untuk mengenakan kau.” Kata-kata Mimi berupa amaran.

Benarkah ini satu konspirasi? Atau ini peluang kedua untuk aku meneruskan hubungan cinta aku dan Eddie? Hati Qiarra cuba membuat deduksinya sendiri.

“Konspirasi? Siapa yang nak berkonspirasi dengan aku?”

“Baik kau laporkan pada polis, Qiarra. Manalah tahu ada orang jahat nak kenakan kau. Jangan-jangan geng motor hari tu tak? Qiarra, please..... jangan buat kerja gila lagi!” Pujuk Mimi dengan suara cemas.

Qiarra terdiam, cuba memproses maklumat di fikirannya.

Akhirnya dia tersenyum.

“Jom!” Kata Qiarra sebelum mereka meninggalkan tempat itu. Beetle kuning berderum laju meninggalkan kawasan parkir itu.


<<< Akhir Bahagian 4 >>>




4 ulasan:

  1. G? Adakah Guntor? Adeehh.. Saspen... Saspen...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, Dato' Salleh, mata kelat = mata ketat? muka kelat ok, mata kelat....hmmm
    mata ketat lebih sesuai kot, nak gambarkan susah nak bukak mata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila rujuk PRPM "mata kelat". Dah letak link tapi tak boleh copy+paste..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?