PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 12 Februari 2012

Stanza cinta, ros merah dan tofi epal


Kota London hari ini sejuk menggigit. Telah beberapa hari salji turun dengan renyai. Baju kot hitam labuh yang aku beli dari Pasar Portobello kukepit erat-erat, tetapi sejuk masih mencucuk menembusi baju kurung sutera teluk belanga yang aku pakai hingga ke tulang belulangku. Jari-jemariku telah putih kemerahan menggigil kering digigit dingin salji.

Hari ini adalah hari yang amat istimewa bagiku. Aku mendapat A dalam tugasan kerja kursus ekonomi. Telah dua bulan aku bertungkus-lumus membuat kajian dan mengarangnya. Akhirnya aku mendapat hasil yang amat memuaskan. Tulisan yang aku sangka biasa-biasa sahaja rupanya telah menambat hati profesorku untuk mendapat markah yang tinggi.

Di hadapan mataku terbayang tofi epal dari Kedai Rose & Candy berhampiran universiti tempat pengajianku untuk menyambut kejayaan ini. Tidak pernah tercatat dalam sejarah universiti seorang pelajar melayu mendapat A dalam tugasan mata pelajaran itu.

Aku tersenyum sendirian.


Aku masuk ke kedai dan terus menuju ke bahagian yang sudah tidak asing lagi bagi aku.

Can I have one toffee apple please?” kata-kataku sambil menunding jari ke bahagian deretan epal bersalut gula-gula tofi yang dicucuk dengan batang seperti lolipop gergasi. Wanita inggeris berambut putih itu segera mencapai tofi epal yang aku tunjuk dan memasukkannya ke dalam beg kertas putih. Pipi dan hidungnya jelas kemerahan kerana kulit yang putih melepak kedinginan dek salji Kota London.

That’s one quid, love,” ujarnya sambil menghulur tofi epal kepadaku. “Cheerio.” Sambungnya sambil menyambut duit dari tanganku. Aku masih belum mengerti lafaz terakhir wanita inggeris itu sama ada maknanya terima kasih atau selamat tinggal. Begitu juga penggunaan “Love” di dalam percakapannya.

Aku sedang memasukkan tofi epal ke dalam beg ketika loceng pintu berbunyi. Aku lihat seorang lelaki dan seorang wanita masuk. Dari kulit sawa matang lelaki itu dan raut wajah mereka berdua aku agak mereka dari Asia. Mungkin Malaysia, mungkin Indonesia, atau mungkin Thailand. Sempat aku memerhatikan mereka sekilas pandang. Lelaki berkulit sawo matang itu agak tinggi, berbadan tegap berisi, berambut pendek ala rekrut askar, memakai jeket kulit hitam dan seluar jeans biru lusuh. Wanita itu pula berkulit putih mulus, berambut hitam keperangan, dan memakai cermin mata gelap yang diletakkan di atas dahi. Berdasarkan firasatku perempuan ini mungkin seorang model dan lelaki itu pengawal peribadinya. Tetapi daripada cara lengan mereka yang saling berpautan, aku kira mungkin mereka adalah pasangan kekasih. Sempat aku lihat wajah lelaki itu dari jarak agak dekat, agak manis berkumis nipis. Ingin aku tatap lama lagi aku khuatir wanita itu akan salah sangka, lalu aku bergegas keluar dari kedai itu.

***

“Apa istimewanya tofi epal, Mira?” tanya Erin, teman sebilikku sambil memerhatikan aku menikmati tofi epal dengan penuh perasaan.

“Cuba kau tengok lapisan gula tofi yang keras di luar ni. Susah hendak digigit. Tapi bila kau dapat pecahkan lapisan keras gula ni, kau akan dapat rasa nikmat kelembutan epal yang segar.” Aku menerangkan seperti pakar tofi epal, sambil mengunyah penuh selera.

“Macam cinta?” teka Erin.

“Mungkin juga. Tapi bagi aku lebih seperti subjek Perakaunan Perniagaan Mister Nick Richard. Susah hendak difaham kerana dialek Ireland yang pekat, tapi bila sudah faham, seronok dan menarik.” Aku menerangkan, sengaja mengelak daripada subjek cinta yang ditimbulkan oleh Erin.

'Cinta? Apa maksud cinta? Kalau cinta bermakna tarikan kepada kaum Adam, bagiku cinta adalah untuk lelaki yang aku jumpa di kedai tofi epal tadi.' Hatiku berceloteh sendirian membuat aku tersenyum sendiri. Dengan segera aku menutup senyuman dengan tangan, takut-takut Erin perasan akan perbuatanku yang seperti dilanda angau.

***

Selesai kuliah petang itu aku singgah ke kedai Rose & Candy, untuk mendapatkan bekalan tofi epal.

'Adakah aku sudah ketagih dengan tofi epal?' Hatiku berbisik. 'Apa agaknya yang diletak di dalamnya? Aku sudah bertanya kepada wanita inggeris itu, dan dia sudah memastikan kandungannya tiada lemak haiwan dan tiada bahan alkohol. Bagaimana kalau aku dijangkiti karies gigi? Atau berat ku bertambah kerana kalori di dalam gula tofi? Tapi bukankan pepatah inggeris an apple a day keeps the doctor away menekankan khasiat epal dari segi kesihatan?' Pelbagai soalan itu terus bermain di fikiranku sambil aku menuju ke bahagian tofi epal.

“Beli tofi epal lagi?” tiba-tiba suara garau lelaki menerjah telingaku. Daripada nada percakapannya aku pasti dia rakyat senegara denganku. Aku terpinga-pinga. Mataku yang asyik memilih tofi epal untuk menjadi habuanku kini tertumpu ke wajah lelaki yang berdiri dekat di sebelahku. Lelaki sama yang aku jumpa tempoh hari. Kali ini aku dapat melihat wajahnya dengan lebih dekat dan jelas, berkumis nipis sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih bersinar. Sungguh menarik hati. Aku senyum kembali.

Tiba-tiba hatiku bergelodak seperti ombak tsunami bergulung menuju ke pantai. Aku kalut, tidak tahu untuk memberi ekspresi yang sesuai dalam keadaan yang tidak pernah aku alami itu.

'Kenapa tiba-tiba aku jadi seperti ini. Ini bukan pertama kali aku berbual dengan lelaki yang tidak aku kenali, tetapi perasaanku hari ini sungguh berlainan.' Apa yang sedang aku fikirkan hanyalah mencapai tofi epal dan keluar dari kedai itu. Sedang aku sibuk mencari duit syiling dalam beg, lelaki itu telahpun meletakkan sekeping duit syiling di atas kaunter.

Cheerio.” Ucap wanita  Inggeris itu sambil mencapai duit syiling di atas kaunter dan mengenyit mata kepadaku. Aku dapat rasa darah menyirap ke wajahku, kerana perasaan malu yang tidak mampu aku bendung lagi.

“Terima kasih.” Ucapanku ringkas kepada lelaki berkumis nipis itu sebelum meluru keluar tanpa menoleh ke belakang. Aku menapak pantas dengan langkah yang deras jauh dari kedai tofi epal.

'Kalau cinta bermakna tarikan kepada kaum Adam, bagiku cinta adalah untuk lelaki yang aku jumpa di kedai tofi epal tadi.' Kata-kata yang pernah aku fikirkan bermain di minda, seakan-akan mengejek setelah apa yang berlaku.

'Kenapa aku jadi seperti ini? Adakah ini namanya cinta? Kalau benar ini cinta, kenapa di sekolah tidak diajar subjek cinta supaya dapat aku memberikan reaksi yang sesuai apabila berhadapan dengannya?' Soalan demi soalan bermain di fikiranku.



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA



Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI







7 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?