PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 21 Julai 2014

CERPEN: MAMAT SELFIE COVENTRY NAK BALIK RAYA



MAMAT SELFIE COVENTRY NAK BALIK RAYA


FAQREL selesai mengira duit. Berkeping-keping wang kertas berbagai warna dan bentuk tersusun dalam kelompok masing-masing. Duit syiling pun ada.

"Selesai! Dah cukup duit aku. Dah lepas beli tiket return flight.. Tak sia-sia aku kerja part time. Sampai kena kutuk selalu tertidur dalam kelas." Faqrel menyimpan semula wang dalam tin kosong Danish Butter Cookies. Tin itu disorok di celah-celah kotak kasut dan barang tak berguna di bawah katil.

Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk bersama tombol yang dipulas-pulas.

"Faqrel! Kau buat apa dalam tu? Siap kunci pintu lagi. Bukalah, aku ada benda nak cakap ni!" Suara dari luar.

"Kejap kejap!" Faqrel menurunkan cadar dan mengemaskannya. Biar tak ada orang perasan apa yang dia sorok di bawah katil.

"Cepatlah! Kau makan eh? Dah tua-tua pun nak tipu lagi ke?" Usik rakan serumah di luar.

"Saborlah! Hoi! Bulan puasa mana boleh mulut longkang! Main tuduh sebarang je kau ni! Choi!" Faqrel memandang sekeliling, memastikan tiada apa yang menimbulkan syak atau clue tentang wang yang dia simpan. Setelah berpuas hati dia buka pintu.

"Apa kau buat sorang-sorang dalam bilik ni hah? Sampai kunci pintu bagai! Kau..." Usik rakannya yang bersandar di muka pintu sambil terjengok-jengok ke dalam bilik Faqrel.

Sabtu, 5 Julai 2014

CERPEN: MALAM TUJUH LIKUR


MALAM TUJUH LIKUR

Sebuah cerpen tentang Ramadan dan keinsafan oleh Salleh Kausari



Shamrel tercabar. Dia benar-benar tercabar.

"Kurang hajaq punya Ghazi. Habis dia post status lebih mengancam daripada aku."

Shamrel skrol newsfeed  Facebook. Kenalan FB bernama Ghazi baru saja memuat naik pelbagai gambar di Instagram bersama komen yang membakar semangatnya.

Raya tahun ini aku pakai baju Melayu warna gold dengan samping songket hitam.
Inilah saja yang aku mampu. LOL

Berbuka puasa dengan buddies di Holiday Villa Subang. Habis dekat RM300. Lepas tu shopping di Subang Parade. I can't help it! Sangkut Dr Martens satu untuk raya. Tak mahal bro... RM500 aje. Hiu hiu

Esok birthday girlfriend aku. Tak tau nak beli apa. Beg Gucci limited edition pun dah kira okey lah kan. Ngeee.....
Siapa share dengan GF aku, aku unfriend. Aku nak surprise dia okey! GRRR...

Gua ingat nak tukar keretalah. GF gua segan nak naik sebab BFF dia dapat pakwe pakai kereta sport. Apa ada hal... Mastercard Gold gua boleh bayar deposit.
My future car, here I come... Ihiks

Shamrel sukar bernafas. Seperti ada tenaga luar biasa dalam dirinya yang ingin meledak.  Dia rasa begitu kecil dengan status-status yang ditulis oleh Ghazi. Apa yang telah dia post dirasakan malap. Seperti lampu meja dipasang ketika mentari sedang menyinar terik di tengah hari.

"Aku kena buat sesuatu. Mana boleh aku biarkan Ghazi menang. Mesti ada yang sindir aku sebab status Ghazi lebih mengancam. Tak boleh jadi. Aku kena buka puasa di hotel eksklusif. Setakat buffet Ramadan harga diskaun lima puluh hengget tak main ah." Omel Shamrel sendirian.

***

Shamrel puas hati. Dia benar-benar puas hati.

Selasa, 1 Julai 2014

Cerpen Majalah Mingguan Wanita : Menunggu Mastura

MINGGUAN WANITA  
4 - 10 JULAI 2014 
6 - 12 RAMADAN 1435H
(BIL: 1598)





Alhamdulillah, rezeki awal Ramadan. Cerpen berjudul MENUNGGU MASTURA yang menyentuh isu yang tidak pernah pudar - penculikan kanak-kanak. Semoga bermanfaat. 

Terima kasih kepada Team Mingguan Wanita yang tidak pernah jemu menyiarkan hasil tulisan saya. Juga kepada yang sudi mendapatkan naskhah Mingguan Wanita kali ini. 

Isnin, 9 Jun 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 24)

BAB 24
  


Minggu baru ini sememangnya penuh dengan kejutan buat Mona. Pertama tentang Steven yang sudah memeluk Islam dengan nama barunya Abdul Rahman. Kemudian peristiwa dia terlihat Azhan menerima cek daripada Sheila.

Hari ini ada kejutan yang lebih besar untuk Mona dan team di Ad-Vantage.

"Mona, Norman nak jumpa." Suara Amanda tergesa-gesa di pintu.

"Ada apa?"

"Pasal projek Ultra Vue."

"Ada masalah?"

"Memang. Huge problem." Kata-kata Amanda menimbulkan teka-teki dalam fikiran Mona.

Mereka terus ke bilik Norman.

"Kita ada masalah besar sekarang." Norman juga berteka-teki sambil dia menutup pintu.

"Apa masalahnya?" Mona cemas.

Norman tidak menjawab, sebaliknya dia memainkan video di laptop.

Sabtu, 7 Jun 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 23)

BAB 23


Hujung minggu itu Mona ke Singapura. Menyeberang menerusi Tambak Johor seperti perjalanan merentas masa silam bersama kenangan indah. Kenangan bersama Norman di Merlion Park. Percutian bersama Azhan dan Shahila di Sentosa. Juga rancangan Steve untuk melamar Mona selepas Persidangan di Suntec City.

Mona mengeluh. Perjalanan hidupnya menjadi tunggang-langgang selepas majlis hari jadi yang ke-35 tempoh hari.

'Aku pun tak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang. Selepas majlis hari tu, terlalu banyak benda yang berlaku. Monique dan Munira muncul dalam cermin. Sampai bila pun aku tak tahu. Aku dapat kekuatan dan suntikan semangat baru. Seolah-olah aku yang sekarang bukan Mona yang dulu. Macam lagu Tegar. Kemudian aku berjumpa seorang demi seorang lelaki yang aku rasa layak jadi calon Mister Right aku.' Mona melayan perasaan.

'Tapi antara yang aku jumpa hanya memiliki sebahagian daripada ciri-ciri yang aku inginkan. Ada juga yang sesuai, tapi sikap aku menyebabkan peluang aku berlalu macam tu saja.' Keluh Mona.

'Aku rasa ini semua seperti pengajaran yang sedang aku lalui. Cuma aku masih belum faham apa maksudnya. Apa  yang perlu aku pelajari juga aku masih belum faham sepenuhnya.' Mona memandang kosong ke depan.

'Adakah ini semua disebabkan permintaan aku semasa hari jadi dulu? Atau ini semua lantaran doa abah, supaya aku belajar dari kesilapan kerana tidak menurut jodoh yang dia pilih dulu? Macam yang Azhan beritahu. Aku masih belum faham. Aku betul-betul buntu.'

Mona ke Singapura kerana dia menerima panggilan dari Steven beberapa hari lepas.

Rabu, 4 Jun 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 22)

BAB 22



Mona meneliti proposal yang dibuat oleh Amanda untuk iklan Chameleon Ultra Vue. Sambil memeriksa frame demi frame storyboard yang disediakan oleh Aizat, dia membayangkan hasil akhir di kaca TV dengan Aaron sebagai model iklan.

Berdasarkan konsep iklan yang dicadangkan, Aaron akan bermula dari babak bangun tidur dan mengenakan cernim mata Chameleon. Dengan menggunakan teknik CGI, dia akan menanggalkan pakaian dan mendedahkan pakaian untuk latar seterusnya. Ini untuk menggambarkan suasana dan pakaian yang berubah, tetapi Aaron tetap akan mengenakan cermin mata Chameleon sebagai simbolik unsur versatil cermin mata itu.

Tagline yang digunakan adalah "Chameleon. Serasi dengan dunia anda."

'Hmm.. menarik idea ni. Kreatif juga Amanda.'

Tidak lama kemudian Amanda tercongok di pintu, seperti mengetahui Mona sedang melihat proposal yang dibuat. "Macam mana dengan proposal tu? Okey tak?" Tanya Amanda.

"Very good. I like." Jawab Mona.

Kemudian dia menulis komen ringkas bersama tandatangan dan menyerahkan dokumen kepada Amanda. "Boleh proceed."

Amanda ke bilik Norman untuk berbincang setelah mendapat pengesahan dari Mona.

Setelah itu, Marsha pula tercongok di pintu Mona. "Cik Mona, boleh kita bincang kejap."

Mona rasa malas hendak melayan Marsha, tetapi dia terpaksa melawan perasaan itu. "Ada apa?"

"Tentang shooting iklan Ultra Vue. Boleh tak kalau saya hadir ke tapak shooting nanti?"

"Kenapa awak nak pergi?"

"Dalam kertas kerja saya nanti, saya kena tulis tentang persiapan untuk sesebuah iklan. Jadi saya nak dapatkan pengalaman untuk tulisan saya."

'Nak pengalaman atau nak menggatal dengan Aaron?' Selar Mona dalam diam.

Khamis, 29 Mei 2014

CERPEN: DI PENGHUJUNG BATAS WAKTU


Sebuah cerpen sempena ketibaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.


AZAN subuh mula berkumandang. Sayup kedengaran di langit yang gelita dengan hanya taburan bintang yang berkerlipan. Purnama sudah mula menghilangkan diri, menandakan penghujung bulan semakin hampir. Kedengaran salakan anjing di sana-sini melatari laungan azan. Setelah selesai azan, suasana kembali sunyi. Insan masih enak terlena berkelubung selimut masing-masing dalam kedinginan. Hanya beberapa kerat saja yang bergegas menuju ke rumah Allah untuk menunaikan kewajipan mereka.

Sebuah pub masih meriah dengan muzik yang berkumandang, walaupun hanya tinggal beberapa orang pengunjung sahaja.

"Eh, kalau tak silap aku tak lama lagi puasa kan?" Tanya Don, lelaki berkemeja putih. Tali leher sudah dilonggarkan dengan bahang cairan kekuningan yang diteguk dari gelas dengan air batu.

"Alah, tak ada bezanya bulan puasa dengan bulan biasa. Kita sama saja macam tahun-tahun lepas." Jawab lelaki berjambang bernama Ben.

"Betul kata korang berdua. Cuma yang tak syok kalau bulan puasa, susah nak cari makan tengah hari. Aku terpaksa suruh drebar aku cari nasi bungkus. Leceh betul!" Sampuk lelaki bertubuh gempal dan cerah bernama Jazrel. Nafasnya begitu ketara dengan bau cairan yang sudah berbotol-botol diteguk.

"Korang bertiga ni tak pernah terfikir nak insaf? Makin hari umur kita makin meningkat. Kubur dah semakin dekat. Tunggu masa nyawa kena cabut malaikat." Sampuk Faizol. Hanya dia seorang saja yang tidak mabuk. Kehadirannya sekadar meneman rakan bertiga.

"Eh, kau ulang sekali lagi. Macam pantun ah!" Don tergelak diikuti derai tawa rakan berdua. Faizol hanya menggeleng.

"Buat apa kau makan nasi bungkus. Lebih baik ikut macam aku, makan kedai Cina. Lagi sedap." Ben menyambung perbualan mereka.

"Aku tak beranilah. Kalau kedai tu jual binatang kaki pendek macam mana? Lagipun sekarang ni isu makanan ada DNA benda tu. Haram." Jazrel menambah.

"Habis yang korang bertiga teguk benda ni tak haram?" Sindir Faizol.

"Ha'ah. Betul juga kan?" Jazrel termalu diikuti derai tawanya bersama Don dan Ben.

"Kalau ikut hati aku, tak ingin aku ikut korang bertiga tau tak. Tapi bila aku memikirkan tanggung jawab aku, terpaksa aku temankan. Manalah tahu kalau hati korang terbuka nak berubah malam ni."

"Malam apa bro? Dah pagilah." Kata-kata Ben disambut tawa rakan berdua.

"Hah! Sebut pasal malam ni kan, aku teringat mimpi aku dua hari lepas." Jazrel bersuara dalam keadaan khayal.

"Apa mimpi kau?" Tanya Don.

Rabu, 28 Mei 2014

CERPEN: KELIPOP-KELIPOP CINTA

Sebuah cerpen komedi romantik

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Apa dah jadi dengan pokok lidah buaya aku ni? Habis semuanya kompot. Jin mana yang dah ranapkan pokok aku ni? Alahai..." Mak Ripah membebel seorang diri di laman.

"Nadira! Nadira!" Pekiknya pula.

"Ada apa mak?" Suara gadis dari ruang tamu yang sedang asyik membelek majalah.

"Kau ada nampak tak orang rosakkan pokok lidah buaya aku ni?"

"Nampak." Jawab Nadira selamba.

"Kau tahu siapa dia?"

"Tahu."

"Siapa?"

"Sayalah."

"Apa kejadah kau jahanamkan pokok aku ni?"

"Saya nak buat sapu muka."

"Ya Allah... Ya Tuhan... Ya Karim..." Mak Ripah mengeluh seorang diri. "Sudahlah bawang putih dengan bawang merah aku habis kau kerjakan. Sampai nak menumis pun tak ada yang tinggal lagi. Sekarang ni pokok lidah buaya aku pulak kau kerjakan."

"Alah mak ni. Itu pun nak bising. Nanti tumbuhlah balik pokok tu." Jawab Nadira.

"Senang kau cakap. Kau ingat kau potong malam ni, esok tumbuh merecup-recup? Dah berapa lama aku tanam baru tumbuh elok macam ni. Sekarang kau senang-senang ranapkan. Sampai rupa dah tak senonoh arah." Mak Ripah belum habis dengan mood berleter dia.

Sabtu, 24 Mei 2014

CERPEN: C.H.A.T.



DINGIN suasana di perkuburan begitu terasa. Embun masih lagi menitip di dedaunan hijau yang bergenang dengan cahaya kekuningan mentari pagi.

Aina Batrisya tidak mampu menahan sebak. Air mata sudah bercucuran dan dibiarkan tidak berseka.

"Selamat hari jadi mama," Aina meletakkan kad ucapan bersama sekuntum ros merah di tepi nisan putih.

"Aina tahu apa yang Aina beri ini tak dapat mama gunakan di sana. Hanya doa dan bingkisan nurani yang Aina hantar saja yang berharga. Tapi... Aina rasa seperti mama masih berada di sisi sekarang ni."

Akhirnya air mata di pipi diseka.

"Semenjak mama pergi Aina seperti hilang tempat bergantung. Aina tak tahu pada siapa Aina nak berkongsi masalah. Dengan kawan-kawan Aina bercerita juga, tapi tak sama kalau dengan mama. Aina rindukan mama. Papa macam tak pedulikan Aina. Dia selalu marah-marah. Aina tak tahu sama ada dia bencikan Aina atau dia sengaja menyibukkan diri selepas kehilangan mama. Kadang-kadang Aina rasa macam dia bencikan Aina. Apa salah Aina pun Aina tak tahu. Sebab itu Aina memilih untuk menjauhkan diri dari papa."

Angin bertiup lembut. Pipi Aina yang masih basah terasa dingin disapa bayu pagi. Dia memejamkan mata sambil membayangkan ibunya ada di sisi. Sedikitpun dia tidak sedar, hembusan angin itu hanya berlegar di sekitarnya. Dedaun pokok di sekeliling kelihatan kaku tidak bergerak.

Sabtu, 3 Mei 2014

CERPEN : MAWAR SEPULTURA



BAHANG Pesta Buku Kuala Lumpur begitu terasa. Kiosk pelbagai syarikat penerbitan tidak henti-henti menerima pengunjung. Di salah sebuah meja yang ada, seorang wanita sedang asyik menulis sesuatu. Di hadapannya kelihatan deretan panjang peminat yang menunggu giliran beramah mesra dengan novelis pujaan mereka.

Tangan wanita itu ligat memainkan pen di mukasurat awal naskhah, umpama tarian yang menitip bait-bait bersama tandatangan.

Selamat Mengembara dalam dunia penuh enigma Mawar Sepultura
~ Adelina Zulkiflie

Bait-bait sama dititip atas naskhah demi naskhah berkulit hitam berkilat bersama gambar sekuntum mawar merah. Tulisan putih MAWAR SEPULTURA terpampang di bahagian atas buku itu.

"Tahniah Adelina. Dah sepuluh novel awak akak simpan. Semuanya siap dengan tandatangan. Bangga akak." Suara wanita bertudung tiga tingkat dengan roma ungu dan jingga.

"Terima kasih kak. Jangan jemu beri sokongan pada saya ya?" Senyuman lebar wanita yang tidak henti-henti menurunkan autograf di atas naskhah demi naskhah berwarna hitam dengan gambar mawar merah.

“Insya-Allah.” Berseri-seri wajah pengunjung yang memeluk novel penulis pujaannya sebelum beredar.

***

Adelina membuka mata. Matanya seperti memberontak mencari cahaya dalam ruang gelap tanpa walau sebulir sinar. Segala-galanya gelita.

Suatu masa dulu tubuhnya lencun dengan peluh dalam ruang tidak berangin itu. Tapi kini tubuhnya sudah dapat menyesuaikan diri dengan kepayahan sebegitu. Bau meloyakan juga sudah lali baginya. Aroma memualkan najis dan urina.

Sukar untuk dia membezakan antara mimpi dan realiti dalam keadaan sebegitu. Tidur dan jaga sama saja baginya. Hanya ketika pintu dibuka baru dia pasti itu adalah realiti. Kerana mata yang pedih cuba menahan silau cahaya yang mengintai masuk dari luar.

Namun adakala dia mempertikaikan bahawa ini juga adalah mimpi. Mimpi dalam mimpi yang mengelirukan. Menguji kewarasan hingga dia rasakan mati adalah lebih baik daripada siksaan sebegini.

Dia cuba menggerakkan tangan dan kaki, tetapi sudah terpasung pada kerusi yang entah berapa lama menjadi tempat duduk dan tidur.

'Ini semua cuma mimpi. Mimpi yang aku tak tahu bila akan berakhir.' Adelina cuba memujuk dirinya agar kewarasan masih sabar bertamu dalam keadaan yang cukup menguji itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?