PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 21 Julai 2014

CERPEN: MAMAT SELFIE COVENTRY NAK BALIK RAYA



MAMAT SELFIE COVENTRY NAK BALIK RAYA


FAQREL selesai mengira duit. Berkeping-keping wang kertas berbagai warna dan bentuk tersusun dalam kelompok masing-masing. Duit syiling pun ada.

"Selesai! Dah cukup duit aku. Dah lepas beli tiket return flight.. Tak sia-sia aku kerja part time. Sampai kena kutuk selalu tertidur dalam kelas." Faqrel menyimpan semula wang dalam tin kosong Danish Butter Cookies. Tin itu disorok di celah-celah kotak kasut dan barang tak berguna di bawah katil.

Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk bersama tombol yang dipulas-pulas.

"Faqrel! Kau buat apa dalam tu? Siap kunci pintu lagi. Bukalah, aku ada benda nak cakap ni!" Suara dari luar.

"Kejap kejap!" Faqrel menurunkan cadar dan mengemaskannya. Biar tak ada orang perasan apa yang dia sorok di bawah katil.

"Cepatlah! Kau makan eh? Dah tua-tua pun nak tipu lagi ke?" Usik rakan serumah di luar.

"Saborlah! Hoi! Bulan puasa mana boleh mulut longkang! Main tuduh sebarang je kau ni! Choi!" Faqrel memandang sekeliling, memastikan tiada apa yang menimbulkan syak atau clue tentang wang yang dia simpan. Setelah berpuas hati dia buka pintu.

"Apa kau buat sorang-sorang dalam bilik ni hah? Sampai kunci pintu bagai! Kau..." Usik rakannya yang bersandar di muka pintu sambil terjengok-jengok ke dalam bilik Faqrel.


Bilik itu lebih kecil sedikit berbanding dengan bilik-bilik lain di rumah sewa pelajar Malaysia di Coventry itu. Ia selayaknya dijadikan bilik setor dengan saiz yang hanya muat sebuah katil bujang, almari plastik dan meja bersama ruang berjalan lebih kurang beberapa kaki.

"Kau ni kan Riff, tak habis-habis sangka bukan-bukan dengan aku. Tak ada apa-apalah. Yang kau tercongok kat pintu aku macam busy body ni apahal?" Faqrel buat muka bad mood.

"Oh, terlupa pulak aku. Macam ni. Cuti raya tahun ni kan panjang sikit sebab serentak dengan cuti U." Riff baru teringat sebab dia berdiri tercegat di situ. Namanya Arif, tapi lebih mesra dengan panggilan Riff oleh pelajar Malaysia di kawasan itu.

"So?" Faqrel berpeluk tubuh.

"So, Aku, Mael dan Chong rancang nak ke London. Nak jumpa Badique dengan Zizie. Chong nak jumpa saudara dia kat sana. Kita orang rancang nak solat Aidil Fitri kat Central Mosque Regents Park. Badique cerita tahun lepas dia sembahyang kat sana. Macam-macam gaya orang Islam satu dunia berkumpul kat sana. Afrika, China, Eropah dan macam-macam lagi. Berbagai gaya, berbagai fesyen." Riff hanyut dengan penerangan berjela.

"Oh, jadi kau nak ajak aku sekalilah ya?" Tebak Faqrel.

"Yalah, apa lagi! So, kau nak ikut?"

Faqrel terdiam sebentar sebelum menjawab, "Tak bolehlah. Aku dah ada plan."

"Kau nak buat apa? Kerja? Kumpul duit lagi? Eh, raya ni besar maknanya. Lepas sebulan kita puasa, inilah masa untuk kita raikan kemenangan. Itupun kalau tak ada ponteng atau terkantoi." Riff berbisik dengan bahagian akhir kata-katanya.

Faqrel tak endahkan gurauan Riff. Dia terus menjawab. "Aku tak boleh ikut. Aku nak balik Malaysia raya ni."

Terbuntang mata Riff. "Kau? Nak balik? Malaysia?" Gayanya seperti menyindir atau mungkin juga dia sukar untuk percaya kata-kata Faqrel.

"Yalah! Kenapa? Kau tak percaya?" Faqrel tercabar.

"Banyak duit kau! Biasiswa pun bukan banyak sangat. Dengan kos yang semakin meningkat sekarang ni."

"Sebab tu aku bertungkus-lumus kerja sana-sini. Part-time lain. Weekend job lain. Sampai kerja beberapa jam pun aku sambar."

"Aku hairanlah Rel. Macam mana kau bagi masa belajar dengan kerja?"

"Kalau kau dah terdesak macam aku, semua benda boleh jadi. Sampai tertidur dalam kelas. Tapi aku memang rindu gila dengan kampung aku. Dah dekat dua tahun kita tak balik. Duit biasiswa aku tak berani guna. Untuk emergency. Manalah tahu kan?"

"Bermakna memang confirm kau tak nak join kita oranglah ya?"

Faqrel angguk.

"Okey. In case kau tukar fikiran, beritahu awal-awal tau."

Faqrel angguk lagi.

***

Faqrel rasa bangga. Kasut Converse yang baru dibeli dengan harga hampir lima puluh pound sterling dipakai. Kasut berwarna biru tua dengan bendera United Kingdom dan tulisan LONDON dibelek-belek untuk mencari angle terbaik.

Kemudian kakinya diletakkan ke atas sinki. Dia mencari angle terbaik untuk selfie. Yang penting wajah dan kasut Converse itu perlu ada dalam foto yang sama. Pintu bilik air dibiarkan tidak bertutup.

"Astaghfirullah! Apa kau buat ni Rel?" Suara Mael di muka pintu.

"Kau diamlah! Sibuk aje!" Faqrel sentap. Dia terasa begitu payah untuk mencari sudut yang sesuai.

"Aduuuh! Buruknya rupa kau. Terkangkang terkiap depan cermin. Macam orang tak betul kau tau tak?"

"Mael, kalau tak apa benda penting kau nak cakap dengan aku, sila beredar ya. Aku punya hal kau nak sibuk buat apa?"

"Rel, orang lain pun selfie juga. Tapi tak adalah sampai macam kau ni. Macam maksud hidup pulak dah." Tegur Mael.

"Kau faham tak? Selfie ni dah jadi macam hobi aku. Kalau satu hari tak selfie, rasanya macam tak makan sebulan."

"Itu aku tahu. Tapi kes kau ni kan, dah macam ketagih. Macam mat fit ketagih daun ketum." Usik Mael dengan ketawa sini.

"Mael, kau sayang muka kau tak?"

"Sayang. Kenapa?" Mael masih tega mentertawakan Faqrel.

"Kalau sayang, baik kau belah sebelum berbekas dengan tapak Converse aku ni. Haaa... amacam? Teringin?"

Mael hanya menggeleng sebelum meninggalkan Faqrel dengan obsesinya.

***

Riff, Mael dan Chong sedang asyik berbincang tentang kertas projek. Faqrel sedang mencari angle sesuai dengan pancaran matahari dan pemandangan sekeliling di padang lapang bersebelahan bangunan perpustakaan Lanchester di Coventry University..

Mereka berempat mengambil kursus kejuruteraan yang sama di universiti itu. Mereka menjejakkan kaki di England pada hari yang sama dan ditakdirkan menjadi rakan serumah bersama seorang pelajar senior yang mengambil kursus Industrial Design.

Perbincangan mereka bertiga terhenti apabila melihat Faqrel memulakan sesi selfie. Masing-masing mula mengemas dan ingin angkat kaki.

"Hoi! Korang nak pergi mana?" tegur Faqrel.

"Belah ah, apa lagi." Jawab Riff.

"Apasal?"

"Kau nak mula dengan selfie kau tu. Silap haribulan muka kita orang pun masuk."

"Kalau masuk apasal? Tak boleh?"

Mael geleng. Chong hanya diam.

"Kau ni kan Rel, terpengaruh sangat dengan budaya selfie ni." Riff mula menegur.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Orang lain pun ramai yang selfie. Tapi kau ni dah macam pesakit kronik."

"Memanglah. Aku kalau tak selfie sehari rasanya macam..."

"Tak makan sebulan. Itulah tagline kau. Tapi kau sedar tak Rel. Mula-mula kau post semua gambar kau tu dalam media sosial. Lepas tu kau tag orang tu orang ni. Bahaya!"

"Hah! Bahaya? Kenapa bahaya?" Berkerut dahi Faqrel.

"Kalau kau tag, semua friend orang yang kau tag boleh tengok."

"Baguslah. Bertambah famous aku. Kenapa? Kau jealous?" Faqrel ketawa sinis.

"Tak ada makna nak jealous dengan kau. Kau sedar tak, macam-macam jenis orang guna Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi laman media sosial ni. Ada yang baik, tapi ada juga yang simpan niat tak baik." Sambung Riff.

"Oh, aku faham. Kau takut kalau ada yang superimpose gambar aku. Kepala aku, badan orang lain. Macam tu?"

"Bukan itu aje.... hish, aku pun tak tahu macam mana nak terang pada kau ni."

"Kalau tak tahu, tak payah susah-susah. Buang masa kau aje." Sindir Faqrel. Selamba.

"Kalau dah kena batang hidung kau, baru kau faham nanti agaknya Rel." Mael mencelah.

Telinga Faqrel mula panas. Tadi Riff, sekarang Mael pula.

"Korang semua ni apa hal hah? Buruk sangat ke selfie ni? Hina sangat ke?" Faqrel mula sentap.

Rakan yang lain hanya berdiam.

"Sekurang-kurangnya aku tak kacau orang lain. Aku bukan macam sesetengah manusia kat Facebook tu. Bila sentap, mula sindir secara umum. Dia tujukan pada sorang aje, tapi habis berpuluh-puluh yang lain terasa. Lepas tu yang sentap mula sindir balik. Bila sindir, berpuluh entah-entah beratus pulak yang terasa. Akhirnya semua mula bersangka buruk antara satu sama lain. Bagus ke macam tu?" Faqrel mula bersyarah.

"Ada juga yang konon-kononnya prihatin dengan isu yang timbul. Isu yang berlawanan dengan undang-undang atau hukum agama. Tapi bila tulis komen maki-hamun secukup rasa. Elok ke macam tu? Kata-kata bukan main kesat pulak tu. Bagus ke imej sebagai orang Islam atau rakyat Malaysia?" Hentam Faqrel melepas geram.

"Sekurang-kurangnya aku tak melibatkan orang lain. Aku mungkin nampak macam khayal dalam dunia aku sendiri, tapi aku ada niat yang baik. Ada yang tertarik dengan lokasi dalam gambar yang aku ambil. Aku pun terangkanlah. Macam kat Coventry ni. Ada cathedral, ada patung Lady Godiva yang tuuuut tu. Ada Peeping Tom." Faqrel sempat berseloroh tentang kisah Lady Godiva dan lelaki pengintai yang diberi gelaran Peeping Tom.

"Boleh dikatakan gambar semua lokasi aku dah ambil. Di U, lokasi-lokasi menarik, rumah kita sekali kau tau. Aku siap berikan sedikit maklumat tentang semua tempat tu. Aku menyebarkan ilmu dengan cara santai dan selamba. Korang perasan tak?" Faqrel bersuara dengan yakin.

"Suka hati kaulah Rel. Tapi kalau jadi apa-apa, jangan kata kami tak ada tegur kau ya?... Eh, lecture dah nak mula. Profesor Coggins tu cerewet sikit. Kalau masuk lewat mesti kena sembur. Jom!" Riff angkat punggung, diikuti rakan-rakan yang lain.

***

Faqrel terasa penat. Benar-benar penat. Ramai sungguh pelanggan di Doner Kebab tadi. Macam lipas kudung tangannya melayan pelanggan di kedai kebab lelaki Turki bernama Ahmed. Ditambah pula dengan haba dari menara daging panggang yang berpusing tanpa henti menjelang iftar tadi. Dia sempat berbuka dengan beberapa biji kurma dan air barli sejuk.

Tapi semua kepenatan itu berbaloi. Memang berbaloi.

Esok dia akan pulang ke tanah air, untuk bertemu keluarga. Ayah, ibu, adik-beradik dan sanak-saudara. Terasa seperti bertahun tidak beraya bersama mereka. Pasti akan terubat rindu apabila menatap wajah mereka, walaupun buat seketika.

"Raya tahun ni memang bermakna. Penat berhempas pulas cari duit dan kena kutuk sebab tertidur dalam kelas memang balik modal. Tak sabar rasanya nak cium tangan abah dan mak. Aku nak peluk semua. Kuat-kuat." Faqrel melayan perasaan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Tak payah bagi duit rayalah. Aku dah beli souvernir dari sini, walaupun murah. Itu kira dah ganti sebagai angpau raya. Hehehe."

Faqrel terasa cuak apabila tiba di rumah. Pintu depan agak renggang, seperti telah diumpil. Kawasan rumahnya memang agak gelap pada waktu malam. Pokok besar di depan rumah menghalang cahaya lampu jalan.

Dengan hati berdebar-debar dia menapak masuk. Dia memeriksa seluruh kawasan rumah. Bilik Riff, Mael dan Chong semua bertutup rapat dan berkunci. Begitu juga bilik senior yang tiada di situ. Tiada tanda barang digeledah atau diserakkan. Semuanya nampak kemas. Pelajar senior telah pergi entah ke mana. Rakan-rakan lain telah ke London untuk beraya di sana.

Matanya terbeliak apabila melihat pintu biliknya yang sudah ternganga.

Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 


Pesanan Penulis:
Cerpen ini adalah sekadar peringatan, utamanya buat diri sendiri, dan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Semoga musim raya ini kita tidak lupa bahwa ada insan yang sedang berduka nestapa. Termasuk mangsa tragedi yang menimpa MH370 dan MH17. Juga saudara Islam yang mempertahankan keamanan negara mereka di Gaza, Palestin.

Semoga mereka semua cekal, tabah dan dikurniakan kesabaran yang luar biasa.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran buat semua yang sudi berkunjung ke laman blog ini. Salah silap, terkasar bahasa, terguris terasa, saya harap kalian sudi maafkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?