PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 29 Mei 2014

CERPEN: DI PENGHUJUNG BATAS WAKTU


Sebuah cerpen sempena ketibaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.


AZAN subuh mula berkumandang. Sayup kedengaran di langit yang gelita dengan hanya taburan bintang yang berkerlipan. Purnama sudah mula menghilangkan diri, menandakan penghujung bulan semakin hampir. Kedengaran salakan anjing di sana-sini melatari laungan azan. Setelah selesai azan, suasana kembali sunyi. Insan masih enak terlena berkelubung selimut masing-masing dalam kedinginan. Hanya beberapa kerat saja yang bergegas menuju ke rumah Allah untuk menunaikan kewajipan mereka.

Sebuah pub masih meriah dengan muzik yang berkumandang, walaupun hanya tinggal beberapa orang pengunjung sahaja.

"Eh, kalau tak silap aku tak lama lagi puasa kan?" Tanya Don, lelaki berkemeja putih. Tali leher sudah dilonggarkan dengan bahang cairan kekuningan yang diteguk dari gelas dengan air batu.

"Alah, tak ada bezanya bulan puasa dengan bulan biasa. Kita sama saja macam tahun-tahun lepas." Jawab lelaki berjambang bernama Ben.

"Betul kata korang berdua. Cuma yang tak syok kalau bulan puasa, susah nak cari makan tengah hari. Aku terpaksa suruh drebar aku cari nasi bungkus. Leceh betul!" Sampuk lelaki bertubuh gempal dan cerah bernama Jazrel. Nafasnya begitu ketara dengan bau cairan yang sudah berbotol-botol diteguk.

"Korang bertiga ni tak pernah terfikir nak insaf? Makin hari umur kita makin meningkat. Kubur dah semakin dekat. Tunggu masa nyawa kena cabut malaikat." Sampuk Faizol. Hanya dia seorang saja yang tidak mabuk. Kehadirannya sekadar meneman rakan bertiga.

"Eh, kau ulang sekali lagi. Macam pantun ah!" Don tergelak diikuti derai tawa rakan berdua. Faizol hanya menggeleng.

"Buat apa kau makan nasi bungkus. Lebih baik ikut macam aku, makan kedai Cina. Lagi sedap." Ben menyambung perbualan mereka.

"Aku tak beranilah. Kalau kedai tu jual binatang kaki pendek macam mana? Lagipun sekarang ni isu makanan ada DNA benda tu. Haram." Jazrel menambah.

"Habis yang korang bertiga teguk benda ni tak haram?" Sindir Faizol.

"Ha'ah. Betul juga kan?" Jazrel termalu diikuti derai tawanya bersama Don dan Ben.

"Kalau ikut hati aku, tak ingin aku ikut korang bertiga tau tak. Tapi bila aku memikirkan tanggung jawab aku, terpaksa aku temankan. Manalah tahu kalau hati korang terbuka nak berubah malam ni."

"Malam apa bro? Dah pagilah." Kata-kata Ben disambut tawa rakan berdua.

"Hah! Sebut pasal malam ni kan, aku teringat mimpi aku dua hari lepas." Jazrel bersuara dalam keadaan khayal.

"Apa mimpi kau?" Tanya Don.

Rabu, 28 Mei 2014

CERPEN: KELIPOP-KELIPOP CINTA

Sebuah cerpen komedi romantik

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Apa dah jadi dengan pokok lidah buaya aku ni? Habis semuanya kompot. Jin mana yang dah ranapkan pokok aku ni? Alahai..." Mak Ripah membebel seorang diri di laman.

"Nadira! Nadira!" Pekiknya pula.

"Ada apa mak?" Suara gadis dari ruang tamu yang sedang asyik membelek majalah.

"Kau ada nampak tak orang rosakkan pokok lidah buaya aku ni?"

"Nampak." Jawab Nadira selamba.

"Kau tahu siapa dia?"

"Tahu."

"Siapa?"

"Sayalah."

"Apa kejadah kau jahanamkan pokok aku ni?"

"Saya nak buat sapu muka."

"Ya Allah... Ya Tuhan... Ya Karim..." Mak Ripah mengeluh seorang diri. "Sudahlah bawang putih dengan bawang merah aku habis kau kerjakan. Sampai nak menumis pun tak ada yang tinggal lagi. Sekarang ni pokok lidah buaya aku pulak kau kerjakan."

"Alah mak ni. Itu pun nak bising. Nanti tumbuhlah balik pokok tu." Jawab Nadira.

"Senang kau cakap. Kau ingat kau potong malam ni, esok tumbuh merecup-recup? Dah berapa lama aku tanam baru tumbuh elok macam ni. Sekarang kau senang-senang ranapkan. Sampai rupa dah tak senonoh arah." Mak Ripah belum habis dengan mood berleter dia.

Sabtu, 24 Mei 2014

CERPEN: C.H.A.T.



DINGIN suasana di perkuburan begitu terasa. Embun masih lagi menitip di dedaunan hijau yang bergenang dengan cahaya kekuningan mentari pagi.

Aina Batrisya tidak mampu menahan sebak. Air mata sudah bercucuran dan dibiarkan tidak berseka.

"Selamat hari jadi mama," Aina meletakkan kad ucapan bersama sekuntum ros merah di tepi nisan putih.

"Aina tahu apa yang Aina beri ini tak dapat mama gunakan di sana. Hanya doa dan bingkisan nurani yang Aina hantar saja yang berharga. Tapi... Aina rasa seperti mama masih berada di sisi sekarang ni."

Akhirnya air mata di pipi diseka.

"Semenjak mama pergi Aina seperti hilang tempat bergantung. Aina tak tahu pada siapa Aina nak berkongsi masalah. Dengan kawan-kawan Aina bercerita juga, tapi tak sama kalau dengan mama. Aina rindukan mama. Papa macam tak pedulikan Aina. Dia selalu marah-marah. Aina tak tahu sama ada dia bencikan Aina atau dia sengaja menyibukkan diri selepas kehilangan mama. Kadang-kadang Aina rasa macam dia bencikan Aina. Apa salah Aina pun Aina tak tahu. Sebab itu Aina memilih untuk menjauhkan diri dari papa."

Angin bertiup lembut. Pipi Aina yang masih basah terasa dingin disapa bayu pagi. Dia memejamkan mata sambil membayangkan ibunya ada di sisi. Sedikitpun dia tidak sedar, hembusan angin itu hanya berlegar di sekitarnya. Dedaun pokok di sekeliling kelihatan kaku tidak bergerak.

Sabtu, 3 Mei 2014

CERPEN : MAWAR SEPULTURA



BAHANG Pesta Buku Kuala Lumpur begitu terasa. Kiosk pelbagai syarikat penerbitan tidak henti-henti menerima pengunjung. Di salah sebuah meja yang ada, seorang wanita sedang asyik menulis sesuatu. Di hadapannya kelihatan deretan panjang peminat yang menunggu giliran beramah mesra dengan novelis pujaan mereka.

Tangan wanita itu ligat memainkan pen di mukasurat awal naskhah, umpama tarian yang menitip bait-bait bersama tandatangan.

Selamat Mengembara dalam dunia penuh enigma Mawar Sepultura
~ Adelina Zulkiflie

Bait-bait sama dititip atas naskhah demi naskhah berkulit hitam berkilat bersama gambar sekuntum mawar merah. Tulisan putih MAWAR SEPULTURA terpampang di bahagian atas buku itu.

"Tahniah Adelina. Dah sepuluh novel awak akak simpan. Semuanya siap dengan tandatangan. Bangga akak." Suara wanita bertudung tiga tingkat dengan roma ungu dan jingga.

"Terima kasih kak. Jangan jemu beri sokongan pada saya ya?" Senyuman lebar wanita yang tidak henti-henti menurunkan autograf di atas naskhah demi naskhah berwarna hitam dengan gambar mawar merah.

“Insya-Allah.” Berseri-seri wajah pengunjung yang memeluk novel penulis pujaannya sebelum beredar.

***

Adelina membuka mata. Matanya seperti memberontak mencari cahaya dalam ruang gelap tanpa walau sebulir sinar. Segala-galanya gelita.

Suatu masa dulu tubuhnya lencun dengan peluh dalam ruang tidak berangin itu. Tapi kini tubuhnya sudah dapat menyesuaikan diri dengan kepayahan sebegitu. Bau meloyakan juga sudah lali baginya. Aroma memualkan najis dan urina.

Sukar untuk dia membezakan antara mimpi dan realiti dalam keadaan sebegitu. Tidur dan jaga sama saja baginya. Hanya ketika pintu dibuka baru dia pasti itu adalah realiti. Kerana mata yang pedih cuba menahan silau cahaya yang mengintai masuk dari luar.

Namun adakala dia mempertikaikan bahawa ini juga adalah mimpi. Mimpi dalam mimpi yang mengelirukan. Menguji kewarasan hingga dia rasakan mati adalah lebih baik daripada siksaan sebegini.

Dia cuba menggerakkan tangan dan kaki, tetapi sudah terpasung pada kerusi yang entah berapa lama menjadi tempat duduk dan tidur.

'Ini semua cuma mimpi. Mimpi yang aku tak tahu bila akan berakhir.' Adelina cuba memujuk dirinya agar kewarasan masih sabar bertamu dalam keadaan yang cukup menguji itu.

Selasa, 29 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 21)

BAB 21

 


Mona tiba lebih awal ke Suntec City Convention Centre pagi itu. Dia sengaja bermalam di hotel malam tadi bagi mengelakkan traffic jam. Ini pertama kali dia ke Singapura seorang diri, hanya berpandukan GPS yang terpasang dalam Honda City.

Setelah pendaftaran dan mendapat fail untuk setiap peserta, Mona menuju ke ruang dewan yang luas dengan skrin TV LED yang besar terpampang di depan. Cahaya lampu menerangi ruang yang luas itu hingga terang benderang. Hampir satu perempat ruang di situ telah dipenuhi.

Mona mengambil tempat di sebelah kerusi yang sudah berisi. Seorang lelaki Inggeris yang kelihatan segak memakai suit. Sememangnya ruang di dewan itu agak dingin. Tanpa jeket atau lapisan tambahan, tentu seseorang tidak mampu bertahan lama di situ.

Lelaki itu nampaknya begitu asyik membelek helaian yang terkandung di dalam fail. Hingga dia tidak perasan fail sudah melorot menuruni pehanya dan terjatuh ke lantai berhampiran Mona. Mona membongkok untuk mengambil fail itu. Sepantas kilat juga lelaki itu cuba mengambil fail itu. Tindakan refleks menyebabkan wajah mereka berdua hampir bertembung. Mona jadi tersipu-sipu. Lelaki itu juga nampak gelabah dengan insiden yang tidak dijangka.

Ahad, 27 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 20)

BAB 20



Mona tersengih seorang diri sambil merebahkan tubuh di katil. Peristiwa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas berlegar di fikiran seperti bebuih sabun yang berterbangan ditiup angin. Dia memilih satu di antara bebuih itu dan memecahkannya bersama emosi yang tergambar semasa peristiwa itu berlaku. Tambah berbunga-bunga perasaan Mona.

"Kau tengoklah tu. Angau dia dah datang balik." Suara Monique yang berpeluk tubuh.

Munira tidak menjawab. Hanya senyum simpul yang terukir ketika dia melihat telatah Mona.

Mona hanya mampu menjeling kedua watak berupa dirinya dalam cermin. Watak-watak yang merupakan projeksi sisi berlainan dalam dirinya yang tercipta semasa dia mengalami krisis besar di Master Creative Media dulu. Sekurang-kurang itulah saja penerangan yang mampu dia terima, setelah kewujudan dua makhluk yang tidak masuk akal dalam cermin.

"Kau rasa Mona dah jumpa Mister Right dia?" Munira bersuara.

Khamis, 24 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 19)

BAB 19



"Hai Sam!" Mona menelefon rakan lamanya pagi itu.

"Mona! How are you! I miss you so much!" Teruja sungguh suara Samantha.

"Me too. Selalu aku teringat kat kau dan semua di Master Creative Media."

"Ya ke ni?"

"Kenapa? Kau tak percaya?" Mona hairan.

"Teringat, aku percaya. Tapi semua, aku tak percaya." Samantha berteka-teki.

"Apa kau merepek ni?" Mona semakin terasa pelik.

"Aku rasa kau teringat pada Azli kan?"

"Apa maksud kau? Cuba terangkan sikit." Mona semakin tidak faham dengan telatah Samantha.

"Yalah, dulu kau asyik bergaduh dengan dia. Tiba-tiba sebelum kau pindah, kau dah baik dengan dia. Mungkin kau teringin nak catch up balik masa yang tersia-sia dulu."

Mona tidak pernah terfikir seperti itu. Kata-kata Samantha memberi dia satu perspektif baru.

Isnin, 21 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 18)

BAB 18

 



Sebuah kereta limousine menjalar di pekarangan deretan bangunan kedai. Balikan cahaya lampu jalan berwarna jingga jelas kelihatan pada permukaan kereta yang berkilat itu.

Lelaki berkaca mata hitam tadi membuka pintu limousine dan berdiri menunggu Mona masuk. Mona menjengah ke dalam. Seorang perempuan sedang duduk di hujung seat belakang.

"Masuk," suara lelaki yang berdiri menunggu Mona. Intonasinya antara arahan dan pelawaan yang sukar Mona pastikan.

"Cik Mona Rissa?" Suara wanita yang duduk di depan Mona. Mereka duduk bersetentang seperti seat dalam gerabak kereta api.

Mona angguk. Dia asyik mengamati pakaian wanita itu. Bukan calang-calang wanita yang mampu memperagakan busana seperti itu. Jeket lengan pendek kulit dihiasi dengan kolar dan hujung lengan bulu binatang warna putih salju. Mungkin mink atau chincila mengikut imaginasi Mona yang dia sendiri tidak pasti.

Mona dapat mengecam wajah itu, walaupun dia masih belum pasti dari mana.

"Saya Rafina. Masih ingat?" Suara lunak wanita itu sambil menyalakan rokok dengan alat pemegang yang panjang dan halus.

'Rafina?' Mona menggeledah kotak simpanan memori benaknya. Nama itu terasa biasa dia dengar.

Sabtu, 19 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 17)

BAB 17




Mona mengenakan blaus kasual bunga-bunga putih dan fuchsia. Skirt labuh putih menambahkan seri busana yang dipakai. Cermin mata Rayban dengan bingkai merah dicuba juga. Mona tersenyum puas. Kemudian topi berwarna putih dicuba pula. Semakin lebar senyum Mona.

Pulang dari majlis Ultra Vue malam tadi, Mona menerima panggilan dari Zamarul.

"Hai Mona."

"Err.. hai." Mona masih tertanya-tanya nombor yang masih asing baginya.

"Tak kenal? Ini Zamarul."

"Oh, Encik Zamarul." Mona masih keresahan walaupun dia kini tahu siapa di talian.

"Saya nak ajak awak keluar esok boleh? Awak cuti atau ada tugas di ofis?"

"Saya cuti esok.... err....," Mona serba-salah.

"Okay, good. Esok driver  saya akan jemput awak. Bila dia call, awak beritahu alamat rumah."

'Alamak! Apa aku nak jawab ni?' Mona masih teragak-agak.

"Okey, bye."

"Encik Zamarul..."

Tuuuuut......

Khamis, 17 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 16)

BAB 16

 


Semenjak pulang dari seminar, Mona membuat banyak rujukan tentang beberapa klien baru. Norman membincangkan beberapa idea baru untuk diketengahkan kepada klien semasa dalam perjalanan pulang tempoh hari, Tentang strategi kempen. Tentang teknik. Juga tentang menghadapi perang kempen saingan.

Fokus Mona sesekali terganggu dengan apa yang berlaku sepanjang seminar dua hari itu.

'Kenapa Norman nampak risau bila berdepan dengan Sheila Al-Bokhari? Benarkah Sheila merasakan Norman betul-betul saingan yang hebat? Apa yang dia mampu buat kalau betul sangkaan Norman?' Mona merenung jauh.

Kemudian kenangan di Merlion Park singgah. Mona terasa seperti benar-benar berada di tempat itu. Nuansa berada di kawasan takungan air seperti tasik yang luas. Suasana suram malam yang tenang dan damai dengan taburan halus bintang di bumbung langit. Cahaya-cahaya pelbagai warna memagari tempat itu umpama tabir malam. Duyung singa gergasi yang memancurkan air tanpa henti seperti meraikan kedatangannya ke negara yang pernah digelar Temasek suatu masa dahulu.

Keindahan itu begitu terasa kerana ditemani Norman. Entah mengapa Mona dapat rasakan sesuatu yang misteri tentang lelaki ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?