PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 7 Disember 2016

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.3

BAHAGIAN 3

MANAP menunggu di kawasan rehat yang terletak di kaki gunung. Terdapat kawasan parkir dan kedai untuk mendapatkan bekalan sebelum mula mendaki. Terdapat jalan di lereng bukit yang digunakan untuk kenderaan menuju ke pusat rekreasi beberapa kilometer dari lereng bukit. Namun selepas itu, pengunjung terpaksa menapak menggunakan tangga yang dibina menuju ke puncak.
Terdapat kawasan tanah liat yang digunakan oleh pengusaha labu sayong untuk mendapatkan bekalan bahan mentah. Lori bermuatan kecil itu adalah antara pengguna jalan raya menuju ke bahagian atas gunung, di samping lori kontraktor dan pembekal barangan ke kawasan rekreasi itu.
Setelah membuat keputusan untuk mendaki bersama ekspedisi pelajar, Manap membuat persiapan. Dia menunggu di kaki gunung bersama peralatan yang diperlukan. Kereta diparkir di ruangan yang disediakan.
Sambil menunggu, Manap menemuramah pengunjung dan pengusaha kedai di situ tentang pelbagai kisah yang mereka dengar tentang gunung itu. Kebanyakannya memberitahu tentang pengalaman seram yang telah Manap ketahui melalui fail wartawan sebelum ini dan carian google.
Antaranya adalah kelibat makhluk gergasi bertubuh menggalah tingginya. Juga kelibat sekumpulan manusia berpakaian serba putih menapak di tepi jalan raya menuju ke bahagian atas gunung. Begitu juga dengan legenda Mahaguru Said dengan makhluk belaannya dan keris puaka.
“Aku perlukan kisah yang lebih unik, bukan yang dah biasa orang dengar. Harap-harap aku akan temui jawapannya di atas nanti.” Manap berbisik sendirian semasa dia berseorangan. Rasa lelah menunggu semakin ketara.
Jam demi jam telah berlalu. Dari awal pagi hingga matahari sudah mula meninggi.
“Mana budak-budak ni? Janji apa kalau macam ni?” Manap mula bengang.
Puas dia cuba membuat panggilan, tapi tidak berjawab.
“Apa masalah dia orang ni?” Gerutu Manap sendirian.
Ketika itu dia ternampak lori pengusaha labu sayong melalui maklumat pada pintu bahagian depan. Lelaki yang memandunya turun untuk ke tandas awam sebelum membeli sesuatu di kedai. Setelah mereka kembali, Manap menghampirinya.
“Tumpang tanya bang. Nak naik ke atas ke?” Manap menegur lelaki itu.
“Ya, baru nak naik. Encik ni siapa?” jawab lelaki dengan rambut ala komando bersama misai tebal. Tubuhnya agak gempal dan kelihatan lasak.
 “Saya Manap, wartawan dari majalah Mistiq. Boleh saya nak tanya sikit tentang pengalaman selama naik ke kawasan gunung ni?”
Lelaki itu melihat jam. “Saya sebenarnya mengejar masa ni. Petang ni ada kenduri arwah di rumah. Nak kena buat persiapan. Err… kalau kita bercerita dalam lori boleh? Saya nak angkut tanah untuk buat labu sayong. Dalam perjalanan naik dan turun sempat kalau kita nak bercerita.”
Manap giat berfikir. Dia masih menunggu ketiga pelajar untuk ekspedisi mendaki gunung yang belum dapat dihubungi hingga kini. Pada masa yang sama, peluang menemubual pemandu lori ini sukar dilepaskan begitu saja.
Kalau aku tunggu budak-budak ni, entah bila baru sampai. Apa salahnya kalau aku ikut lelaki ni sekejap. Apa-apapun aku akan turun semula. Manap cuba membuat keputusan.
“Macam mana? Boleh? Saya kena pergi cepat ni.” Lelaki itu nampak resah setelah Manap berdiam diri agak lama.
Manap akhirnya terpaksa membuat keputusan.

JIKA MANAP INGIN MENUNGGU PELAJAR-PELAJAR UNTUK EKSPEDISI MENDAKI, BACA BAHAGIAN 4


JIKA MANAP INGIN MENGIKUT LELAKI DENGAN LORI, BACA BAHAGIAN 5


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?