PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 7 Disember 2016

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.4


BAHAGIAN 4

MANAP menjawab, “Tak apalah bang. Saya sebenarnya tengah tunggu kawan-kawan untuk mendaki ni. Boleh bagi nombor telefon? Untuk saya hubungi kemudian. Mungkin kita boleh berbual dalam telefon nanti.”
Setelah mendapatkan nombor telefon lelaki itu, Manap hanya mampu melihat lori itu berlalu dengan hampa. Ada rasa terkilan kerana tidak dapat mendengar pengalaman pemandu lori itu.
Dia cuba menelefon pelajar yang akan menyertai ekspedisi bersamanya.
“Helo,” suara di talian.
“Afiq, kat mana ni? Dah lama saya tunggu ni.” Manap cuba menahan marah.
“Encik Manap, minta maaf. Kami kemalangan tadi. Ini baru lepas buat laporan kat balai polis. Nampaknya kami terpaksa tangguh dulu ekspedisi ni.”
“Teruk ke?” Manap mula terasa cuak.
“Kami okey. Cuma kereta Kancil tu kena masuk bengkel. Saya minta maaf banyak-banyak Encik Manap. Nanti kami beritahu bila baru dapat teruskan rancangan ekspedisi ni.”
“Tak apa. Yang penting kamu bertiga selamat.”
Setelah menamatkan panggilan, Manap terasa menyesal.
“Kalau aku ikut lelaki naik lori tadi kan bagus. Eiii… buang masa betul!” Rungut Manap sebelum menuju ke kereta untuk pulang.


Seminggu kemudian.
MANAP bertemu dengan Afiq dan rakan-rakannya selepas setengah jam menunggu di kaki gunung. Afiq memperkenalkan Rais dan Saiful kepada Manap.
“Akhirnya dapat juga kita pergi kan? Mula-mula macam dah tawar hati lepas accident hari tu.” Kata Rais sambil membetulkan beg galas di belakangnya.
“Adalah khair yang tersirat tu. Ada kebaikan yang terselindung, tak nampak dengan mata kasar.” Jawab Saiful.
“Dah biasa pergi ekspedisi mendaki macam ni?” tanya Manap.
“Selalu juga. Kat gunung ni, kali kedua.” Jawab Afiq.
Mereka memulakan pendakian. Tangga yang disediakan memudahkan mereka pada peringkat permulaan.
“Apa yang awak dengar tentang gunung ni?” tanya Manap.
“Tempat ni memang keras. Tapi tetap menjadi tarikan. Mungkin sebab suasana pemandangan yang cantik bila dah sampai kat atas. Lagipun yang kena tu biasanya kalau ada buat benda tak elok. Yalah, tempat macam ni mesti ada penghuni yang kita tak nampak.” Jawab Afiq.
“Apa tarikan di kawasan gunung ni?” tanya Manap. Dia sempat mencoret sesuatu dalam buku catitannya walaupun dalam keadaan berdiri dan berjalan seperti itu.
 “Ada gua yang menjadi tapak persilatan orang dulu. Mahagurunya orang kenal sebagai Pak Said.” Jawab Rais.
Terus Manap teringat akan artikel yang dibaca tentang keris dan saka yang dibuang di gunung itu.
“Betul kisah yang ada saka dibuang di gunung ni… dengan keris puaka sekali?” tanya Manap.
“Ramai yang kata macam tu. Ada yang kata benda tu dah pedaya manusia dengan menyangka tanah yang dibuat labu sayong boleh mengubat penyakit berkaitan dengan jin.” Jawab Saiful.
“Tapi memang air dari labu sayong boleh mengubat penyakit kan?” Manap sekadar menduga.
“Memang. Tapi disebabkan kedinginan air yang disimpan dalam labu sayong. Contohnya untuk mengawal suhu demam panas. Tak lebih dari itu.” Jawab Saiful lagi.
“Macam mana awak tahu semua ni?” tanya Manap.
“Saya ada buat kajian pasal labu sayong untuk pengajian saya.” Saiful tersengih.
“Ooo…” Manap ketawa.
Setelah sejam lebih berjalan, mereka tiba di papan tanda untuk menuju ke kawasan gua yang dimaksudkan. Ada kawasan lapang yang hanya ditumbuhi pokok-pokok renek seperti senduduk.
“Inilah tapak ilmu persilatan dulu. Selepas kedatangan Islam, ilmu silat hitam beransur bertukar menjadi ilmu silat putih.” Terang Rais.
“Macam mana tu?” Manap giat menonyoh di atas buku.
“Ilmu silat hitam berasaskan kepada ilmu hitam. Kepercayaan karut yang bersandarkan pada kekuatan makhluk ghaib. Jin, Iblis dan syaitan. Ilmu silat putih pula berpandukan pada syariat. Guna ayat Quran dan kepercayaan mutlak pada kekuasaan Allah.” Terang Rais.
“Bermakna… pendapat yang mengatakan mahaguru tu membuang sakanya di gunung ni… ada kebenarannya, begitu?” tanya Manap.
“Mungkin juga. Kalau ia berlaku lepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selagi belum dapat dibuktikan, semuanya sekadar andaian saja.” Jawab Rais.
Banyak maklumat yang Manap dapat bersama ketiga pelajar universiti ini. Dia rasa tidak sia-sia dia menunggu mereka hingga seminggu berlalu. Musibah yang menimpa ada rahmat yang tersembunyi.
Setelah meneroka ke dalam gua dan mengambil gambar untuk artikel yang ditulis, Manap rasa puas hati.
“Untung saya ke sini dengan kamu bertiga. Banyak maklumat dan footage dapat saya ambil untuk artikel nanti.”
“Tak nak teruskan ke bahagian atas lagi?” tanya Afiq.
“Nak teruskan pun boleh. Tapi saya rasa dah cukup untuk artikel saya.”
Mereka kemudiannya mencari arah untuk ke arah tangga yang membawa mereka ke sini. Namun setelah puas mereka berjalan, tetap tidak ketemu. Seolah-olah kawasan itu telah berubah keadaan muka buminya.
Wajah Afiq juga menunjukkan riak cemas. “Kita nampaknya… dah sesat.”
Rakan berdua juga nampak terpinga-pinga. Manap sukar menghadam apa yang berlaku. Mereka bertiga sudah berpengalaman ke sini, tetapi boleh sesat.
Berjam-jam mereka meredah kawasan itu, tetapi masih tidah berjumpa jalan keluar.
Manap mula rasa tidak sedap hati.
“Banyakkan baca ayat kursi,” pesan Rais. Kata-kata itu sudah cukup menerangkan apa yang telah berlaku.
Beberapa minit kemudian, mereka terlihat sekumpulan manusia berjubah dan berserban putih. Rasa pelik berbaur dengan rasa lega dalam hati Manap.
“Assalamualaikum,” pamit Afiq.
“Waalaikumussalam warahmatullah,” jawab kelompok itu sambil berpaling melihat mereka berempat. Wajah mereka menampakkan riak bersih dan tenang. Bukan seperti pengembara yang biasa dilihat.
Manap terfikir mungkin ada jemaah yang merantau ke kawasan ini. Cuma yang anehnya mereka memilih kawasan yang tiada perkampungan manusia berdekatan. Mungkin untuk tujuan islah atau beribadat mencari ketenangan.
“Kami dah tersesat. Boleh tunjukkan jalan keluar?” tanya Afiq.
“Boleh. Mari.” Jawab lelaki berjambang tanpa misai. Matanya seperti dicelak dengan surma.
“Tuan-tuan semua tinggal di kawasan ni?” tanya Manap.
“Bumi Allah luas. Di mana-mana pun kami boleh tinggal.” Jawapan lelaki berjambang dan bersurma. Kiasannya terlalu mendalam.
Manap terasa itu peluang keemasan untuk bertanya tentang gunung itu.
“Apa yang saudara tahu tentang gunung ni?” tanya Manap dengan buku catitan dan pen di tangan.
“Sebenarnya banyak soalan yang boleh kita tanya. Tapi akhirnya kita kena tanya diri sendiri, kenapa kita tanya semua soalan tu? Adakah kita mampu menerima hakikat sebenar setelah mengetahui perkara sebenar? Ada soalan yang tak perlu kita tahu jawapannya.”
Kata-kata lelaki itu menyebabkan Manap keliru.
“Maksud saya, ada perkara yang tak perlu kita tahu jawapannya. Lebih baik dibiarkan misteri dan tidak diketahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Mungkin dengan mengetahuinya, akan ada keburukan berlaku pada diri kita.”
“Maksud saudara?” Manap inginkan penjelasan.
“Kita tahu racun itu memudaratkan. Adakah bijak kalau kita minum racun untuk mengetahui bagaimana ia memudaratkan?” jawab lelaki itu dengan senyuman yang menampakkan gigi yang putih berseri.
Manap angguk tanda faham.
Akhirnya mereka tiba di jalan yang menuju ke tangga. Manap masih rasa terlalu pelik. Bagaimana mereka boleh tidak perasan jalan menuju ke situ. Sedangkkan ia bukan jauh sangat dari tempat mereka berjumpa kumpulan lelaki berjubah putih itu tadi.
Mereka bersalaman sebelum berpisah. Setelah memberi salam dan mengucapkan selamat tinggal, Manap dan anggota ekspedisi yang lain menuju ke tangga.
Manap berpaling untuk bertanya soalan akhir. Dia teringin mengetahui ke mana kumpulan lelaki itu hendak pergi. Namun hanya kehampaan dengan rasa terkejut yang amat sangat. Mereka semua telah ghaib dalam sekelip mata. Bulu roma Manap dirasakan terapung dan amat tidak selesa.
“Siapa dia orang tu?” tanya Saiful yang kebingungan.
“Mungkin orang bunian. Kawasan ni mungkin perkampungan mereka.” Jawab Rais.
Tanpa berfikir panjang, mereka menuruni cerun untuk ke kaki gunung.
Manap telah dapat lebih dapripada yang dia inginkan. Bukan setakat bahan untuk artikel yang ditulis, tapi bertemu dengan makhluk Tuhan yang tidak kelihatan pada pandangan manusia. Mungkin apa yang dilihat bukan rupa sebenar mereka, tetapi peluang berbual untuk seketika itu dirasakan begitu sureal.
Timbul rasa bersyukur kerana terselamat hari itu. Pesanan lelaki tadi terngiang-ngiang di telinga. Manap tersenyum lebar. “Alhamdulillah.”


Tahniah! Anda telah berjaya membantu Manap mendapatkan bahan yang dinginkan… tanpa ada kecelakaan yang menimpa dirinya.

BERSAMBUNG...



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?