PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 31 Januari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 14


Bab 14


Qiarra melihat jam tangan Bonia. Sudah jam 12.17 pagi.

“Mati aku kalau papa dan mama tahu!” Suara cemas Qiarra sambil menunggu pintu pagar terbuka luas.

Bilik orang tuanya jauh dari bahagian hadapan rumah, tetapi malang tidak berbau. Mungkin kebetulan mereka menjenguk ke garaj dan mendapati Beetle kuning tiada di sebelah Mercedes hitam bapanya dan Honda CRV putih ibunya.

‘Masaklah aku kalau kena kantoi. Aku harap Sara dan Mimi akan cakap benda yang sama. Kalau dia orang salah cakap siap!’ Qiarra masuk ke pekarangan rumah dan terus menuju ke garaj.

Setakat ini nasib masih menyebelahinya.

Malam itu memang malam yang mendebarkan. Dia tidak dapat bayangkan sekiranya lelaki itu dan kumpulan motosikalnya berjaya memasuki kereta. Lekas-lekas ditepis bayangan yang mengerikan itu dari benaknya.

‘Siapa lelaki itu? Namanya pun aku tah tahu.’ Tiba-tiba Qiarra terfikir.

Dengan hati-hati Qiarra membuka pintu belakang. Hanya lampu jalan menyinari kawasan belakang rumah dengan simbahan cahaya jingga.

Nasibnya masih baik. Tiada sesiapa di kawasan dalam rumah yang gelap. Hanya lampu kecil dipasang dengan cahaya putih yang suram.

Qiarra berjalan berhati-hati menuju tangga untuk naik ke atas. Rasa lega mula terasa kerana dia sudah berjaya sampai ke peringkat itu. ‘Fuh! Selamat. Semua sudah tidur. Lepas ni aku nak mandi air panas. Lepas tu masuk ti...’

“Dari mana?” Satu suara mengejutkan Qiarra dari belakang. Dia dapat rasa jantungnya seperti berhenti berdegup beberapa saat. Dia berpaling melihat kepada sumber suara itu.


“Bibik Rusila! Boleh tak lain kali jangan buat Qiarra terkejut macam tu. Suara tu perlahankan sikit, nanti papa dan mama dengar.” Qiarra bersuara separuh berbisik.

“Oh, minta maaf ya Cik Qiarra.” Wanita indonesia dalam lingkungan awal tiga puluhan itu bersuara. Rambutnya agak kerinting dengan tubuh yang agak berisi.

Qiarra kemudian menarik tangan Rusila ke bahagian rumah yang agak tersembunyi.

“Papa dan mama tahu saya keluar?” Tanya Qiarra.

“Tak. Tadi dia tanya mana Cik Qiarra, saya beritahu dia sudah tidur dan tak mahu diganggu. Nasib baik mereka tak pergi ke tempat kereta.” Suara Rusila dengan pelat indonesia.

“Bagus. Nah!” Qiarra menyerahkan not lima puluh ringgit kepada Rusila.

“Ini untuk apa Cik Qiarra? Wang rasuah ya?” Tanya Rusila.

“Kalau rasuah saya bagi sebelum pergi. Ini kira upahlah. Kalau banyak cakap, bagi sini balik!”

“Eh, terima kasih Cik Qiarra.” Rusila tersengih sambil memasukkan wang itu di dalam poket baju.

“Cik Qiarra mahu minum apa? Milo? Susu?”

“Tak payah. Saya nak masuk tidur.”

Setelah Qiarra masuk ke bilik, dia menutup pintu dan bersandar dengan rasa lega. Dia sudah boleh menarik nafas lega walaupun degup jantung masih terasa lebih kencang daripada biasa.


***

Azad dan gengnya melepak di lorong yang suram dan hanya disinari lampu jalan. Kelihatan beberapa ekor kelkatu sedang mengerumun lampu putih itu dengan rakus. Mereka membisu dan tidak meriah seperti biasa selepas kes di kejar polis tadi, hingga kedengaran bunyi air paip bocor yang menitis di kawasan itu dengan gema yang menyeramkan. Bau asap Gudang Garam yang maung mengisi ruang di situ bersama asap yang samar-samar meliputi Azad dan gengnya.

“Bro, ada orang datang.” Suara Modred membuatkan Azad berpaling ke arah bayangan lelaki dalam samar lampu yang dikerumuni kelkatu.

Azad hanya tenang menyedut rokok dan menghembus asap seperti biasa.

Setelah lelaki itu hampir, barulah jelas dia memakai jeket kulit labuh berwarna hitam bersama hud. Jarang kelihatan orang di Malaysia mengenakan pakaian seperti itu. Jeket hitam berkilat itu kelihatan seperti jeket Neo di dalam filem Matrix. Tetapi hud yang menutup kepala lelaki itu membuatkan dia seperti ahli sihir di dalam siri seperti Merlin.

Azad tenang menunggu lelaki itu hampir.

“Aku ada tawaran lumayan untuk kau.” Suara lelaki itu. Wajahnya tidak jelas kerana dilindung hud dalam keadaan suram seperti itu.

“Kau ni siapa? Tiba-tiba datang tak kenalkan diri. Kami nak tahu juga, sama ada yang bercakap ni hantu ke? Manusia ke?” Azad sempat berseloroh.

“Itu kau tak perlu tahu. Sekarang ni kau nak atau tidak. Kalau tak nak, tak payah aku membazir masa di sini.” Jawab lelaki misteri itu.

“Cakaplah.” Jawab Azad ringkas.

“Aku tahu kau selalu mengintip anak orang kaya yang selalu pakai Beetle kuning. Kalau kau setuju dengan tawaran ini, aku mahu kau intip sekali semua orang yang ada berkaitan dengan dia. Tak kira di mana, semua aku nak tahu.” Jawab lelaki itu.

Azad ketawa sinis. “Hei brader. Aku rasa kau salah tempatlah. Ini bukan pejabat perisik persendirian.”

“Okey, tak apalah. Aku akan cari orang lain yang sanggup terima wang pendahuluan dua ribu ini untuk laksanakan tugas yang aku beri.” Suara lelaki itu sebelum dia berpaling untuk meninggalkan tempat itu.

“Nanti! Kau nak bagi dua ribu? Tunai? Sekarang?” Azad kelihatan berminat.

“Kau setuju?”

“Kenapa tak cakap awal-awal lagi.” Azad tersengih lalu menghulurkan tangan. “Azad.”
“Guntor.” Jawab lelaki misteri itu.

***

Qiarra duduk bersama Eddie di sudut Kafe Strawberi Fairyland. Sara dan Mimi sedang berbual dengan Ravi di kaunter semasa membuat bayaran, walaupun pada kebiasaannya mereka menjelaskan pembayaran di meja makan melalui pelayan.

Sebenarnya mereka sengaja memberi peluang kepada Eddie dan Qiarra untuk berbual.

“Terima kasih sebab awak tolong terangkan pada Puan Ainon. Dah malu saya nak mengadap muka dia lagi. Nasib baiklah dia jenis sporting. Susah nak cari majikan macam tu.” Kata Eddie.

“Saya rasa dia perasan saya pelanggan tetap kedai ni. Atau mungkin dia tahu papa saya Datuk Hafizudin.” Jawab Qiarra.

“Macam mana semalam? Teruk kena ‘belasah’ dengan papa dan mama awak?” Usik Eddie.

“Nasib baik ada Bibik Rusila tolong cover. Lega betul.Tapi terbanglah RM50 buat upah.” Jelas Qiarra.

“Ai!.. bibik pun awak rasuah?” Eddie mengusik lagi.

“Bukan rasuah. Upah.” Jawab Qiarra dengan muka selamba.

“Mana Eddie!” Suara nyaring dari belakang kaunter.

Wanita cina itu melingas melihat sekeliling. Ravi segera menunjuk ke arah Eddie.

“Alamak, rimau sudah mengaum...” Suara Eddie perlahan.

“Eddie! Kerja di dapur banyak, tapi awak mengular di sini ya. Saya beritahu Puan Ainon baru awak tahu.” Marah Cecilia.

“Okey, okey, saya ke dapur sekarang.” Eddie bingkas bangun.

“Padan muka.” Suara Qiarra sambil tersenyum.

‘Senyuman itu lagi.’ Bisik hati Eddie sambil menatap wajah Qiarra.

“Eddie!” Cecilia bercekak pinggang. Mujurlah pelanggan kedai yang ada hanyalah gadis bertiga. Eddie terpaksa memendekkan sesi menatap senyuman Qiarra.

“Hsssss....” Suara Ravi sambil membuat gaya tangan seperti ular tedung semasa Eddie lalu di sebelahnya.

***

Selepas kelas malam itu, Eddie dan Farouk berbual di warung mamak sambil ketawa berdekah-dekah.

“Tak sangka ya, cerita dongeng kau boleh berakhir macam ni.” Suara Farouk sambil menyisip teh halia di gelas selepas penat ketawa.

“Itulah. Aku pun tak sangka. Tapi aku ucapkan terima kasih pada kau. Kau banyak tolong aku. Kalau tak kerana idea gila kau tu, aku tak dapat kenal Qiarra lebih dekat.” Eddie bersuara.

“Aku buat ni pun sebab aku malas nak layan majlis macam tu. Kau pun kira penyelamat aku. Malas aku nak campur dengan golongan kelas tinggi ni. Macam-macam etiquette. Rimas aku dibuatnya.” Jawab Farouk selamba.

“Aku pun. Nasib baik kau cerita pasal balkoni tu. Ada tempat aku bersembunyi lepas aku tak berjaya jumpa Qiarra. Tapi tak sangka dia datang jumpa aku di situ.” Jawab Eddie.

“Jadi dah selesailah urusan kau sekarang. Dah boleh tidur nyenyak malam-malam.” Usik Farouk.

“Belum. Ada satu hal lagi.”

“Apa dia?” Dahi Farouk berkerut.

“Pasal dokumen tulah.”

“Kau masih belum dapat cari kuncinya lagi?”

“Belum. Nak pecah kepala aku dibuatnya.”

“Hmmm... cuba kau fikir apa yang hanya kau saja yang tahu dan orang lain tak tahu. Mungkin juga nama penuh kau. Tarikh lahir. Apa lagi ya?” Farouk cuba memberi cadangan.

“Huh! Kau memang geniuslah Farouk. Nanti balik aku cuba tengok. ”

***

Eddie memeriksa lagi dokumen yang diserahkan oleh ibu angkatnya. Dia menulis di atas kertas kecil nama dan nombor yang melambangkan tarikh lahirnya.

Mula-mula dia melihat pada gambar budak lelaki bertiga. Masih belum dapat melihat apa-apa pertalian. Kemudian dia membelek helaian kertas memo. Juga tiada pertalian yang boleh dihubung kait.

Akhirnya Eddie menyerah kalah.

‘Mungkin aku perlukan seseorang untuk melihat pertalian semua ini. Mungkin ada satu maklumat yang tiada di sini. Maklumat itu mungkin ada pada seseorang. Tapi siapa?’ Eddie membuat deduksi.

***

Azad dan gengnya menunggu di belakang bangunan kilang yang terbiar. Semenjak kebakaran dua tahun lepas, kilang itu telah terbengkalai dengan struktur batunya masih bersisa dengan kesan hitam terbakar walaupun masih dalam keadaan sempurna. Kawasan di belakangnya agak terlindung oleh semak dan pokok menjalar.

Azad menunggu dengan tenang sambil menyedut asap Gudang Garam. Perbualannya dengan Guntor di telefon membawa kepada titik pertemuan mereka di situ.

Tidak lama kemudian Guntor muncul.

“Ini senarai nama mereka yang berkaitan dengan budak perempuan tu. Siap dengan hubungan mereka sekali dengan budak perempuan.” Suara Azad sambil menyerahkan helaian kertas bertulis tangan.

“Cepat siap.” Komen Guntor.

“Pasukan kami besar beb. Lagipun motivasi kuat lepas dapat habuan.” Jawab Azad.

“Bagus. Nah ini bakinya.” Suara Guntor sambil menyerahkan sampul kertas yang tebal berisi.

“Kalau ada tugas lagi, kau mahu?” Tanya Guntor.

“Pulau Pandan jauh ke tengah. Lu sediakan duit, kamu buat kerja bro.” Jawab Azad diikuti tawa gengnya dengan ‘lawak pantun’ Azad seperti selalu.

“Bagus.” Suara Guntor mendengar jawapan Azad, walaupun dia masih belum faham kenapa pantun sekerat itu digunakan.

Guntor melihat kertas yang diserahkan oleh Azad. Matanya tertancap pada baris yang terakhir di dalam senarai itu yang bertulis “Ruzaidi Minhad / Eddie – Teman lelaki”.

Senyuman Guntor begitu lebar hingga menampakkan barisan giginya.


2 ulasan:

  1. And the plot start to thickens...
    Waahh.. Ada Guntor pulak... Fuuuhhh~~

    Tak boleh cerita banyak, excited sudah. Next chapter pleaseeee... Hahahahah :P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?