PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 6 Februari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 15


Bab 15



Eddie membersihkan meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggan. Sambil mengutip tisu dan peralatan lain ke dalam dulang, matanya menjeling ke arah lelaki yang sedang duduk di sudut kafe. Telah hampir sejam lelaki itu duduk di situ. Dari ketika kafe itu dipenuhi pelanggan hinggalah ke waktu sekarang dengan hanya dua orang yang tinggal. Dia hanya minum secawan kopi, tetapi tidak berganjak sehingga sekarang.

Apa hal dengan lelaki ni? Dari tadi asyik pandang aku saja. Macam ada sesuatu yang tak kena. Bisik hati Eddie.

Lelaki itu berumur dalam lingkungan lima puluhan. Dia hanya duduk di meja sambil memerhatikan Eddie dengan ekor matanya. Apabila Eddie melihat ke arahnya, dia segera mengalihkan pandangan.

Selesai dengan tugas, Eddie membuat keputusan untuk berjumpa lelaki itu.

Ada apa-apa lagi yang encik nak?” Lelaki itu menggeleng dengan pertanyaan Eddie. Raut wajahnya menampakkan keresahan.

“Kamu Eddie?” Tiba-tiba terpacul perkataan dari mulut lelaki itu.

“Ya.” Jawab Eddie ringkas.

“Nama penuh kamu?” Tanya lelaki itu lagi.

Apa ni? Tak pasal-pasal tanya nama aku. Eddie serba salah untuk menjawab.

“Kenapa encik nak tahu?”

“Nama kamu Ruzaidi Minhad?”
Biar betul dia ni? Dah tahu tapi tanya lagi. Gerutu hati Eddie.

           
“Ya. Kenapa?”

“Kamu dalam bahaya.” Jawab lelaki itu selepas Eddie mengesahkan. Sambil itu matanya melingas melihat sekeliling.

Eddie terus duduk di sebelahnya bersama pelbagai soalan yang menujah benaknya. “Apa maksud encik? Encik ni siapa?”

“Nama saya Rostam.” Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Kamu kena hati-hati. Ada lelaki sedang memerhatikan gerak-geri kamu. Nama dia Guntor.”

Eddie semakin keliru dengan lelaki ini. Dia muncul secara tiba-tiba dan memberi amaran yang mencemaskan.

“Boleh tak encik cerita apa sebenarnya yang berlaku? Saya tak faham.”

“Kamu tahu siapa ayah dan mak kamu? Kamu tahu dari mana kamu berasal? Apa latar belakang kamu?”

Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Pelik! Hati Eddie merungut. Dia hanya menggeleng.

“Sebenarnya banyak yang kamu nak tahu tentang keluarga kamu. Tapi buat masa ini kamu kena percayakan saya. Kalau nak selamat.”

Lain macam betul dia ni. Baru jumpa sekejap dah suruh aku percayakan dia. Entah-entah dia sebenarnya yang ada muslihat. Baik aku hati-hati. Eddie membuat konklusi sendiri dalam diam.

“Saya dah lama kenal dengan Guntor. Tapi kami dah tak rapat semenjak dia berubah. Saya tahu kenapa kamu diserahkan kepada orang lain. Dan saya tahu apa yang berlaku di sebalik kehidupan kamu.”

Eddie masih ragu-ragu dengan lelaki bernama Rostam ini. Mungkin ini semua adalah taktik Rostam untuk mendapatkan sesuatu daripada dirinya. Mungkin ada kaitan dengan dokumen yang berada di tangannya.

Tapi kalau benar dia ini musuh Guntor dan tahu masa silam aku, mungkin dialah cebisan maklumat yang belum aku ketahui. Bisik hati Eddie dalam dilema.

“Saya tahu susah untuk kamu percayakan saya sebab saya masih lagi orang asing. Saya banyak ikuti perkembangan Guntor dan tahu sedikit sebanyak rahsia dia. Tapi kamu kena berjanji, jangan cerita tentang hal kita berdua pada sesiapa. Kalau Guntor tahu tentang saya, nyawa kita berdua dalam bahaya.” Amaran Rostam.

“Jadi apa encik nak buat sekarang?” Eddie sudah tidak sabar lagi.

“Saya akan cuba intip pergerakan Guntor. Cukup bukti nanti saya akan serahkan kes ini kepada polis. Kamu kena hati-hati dan ikut arahan saya.”

“Kenapa saya mesti percayakan Encik Rostam, sedangkan kita baru berjumpa?” Eddie sekadar mahu menguji lelaki itu.

“Saya faham. Tapi kamu percayalah. Guntor ada banyak rancangan. Saya akan terangkan pada masa yang lain. Kalau perbualan kita ni diketahui Guntor, bahaya! Kita tak boleh lama-lama di sini. Selepas ini kita berhubung dengan telefon. Malam ni kamu telefon saya.” Kata-kata Rostam sambil meletakkan sekeping kertas dengan nombor telefon sahaja.

Eddie masih terpinga-pinga. Selama ini dia mencari jawapan tentang masa silam, tetapi kini peluang itu datang bergolek di depan matanya. Tetapi dia juga dapat tahu ada seseorang sedang memburunya.

Apa yang Guntor mahukan dari aku? Apa kaitan Guntor dengan keluarga aku? Eddie terus ditujah soalan demi soalan.

Aku terpaksa bersabar. Yang penting aku kena pastikan Rostam memang boleh dipercayai dan apa yang diberitahu semuanya benar. Eddie membuat konklusi selepas Rostam meninggalkan kafe.

***

“Qiarra! Nak ke mana tu?” Suara dari meja makan. Qiarra yang sedang bergegas keluar terpaksa berhenti menoleh.

“Qiarra nak keluar dengan Sara dan Mimi. Ada apa hal mama?” Qiarra lihat ibu dan bapanya ada di situ. Di atas meja terhidang beberapa jenis kuih.

“Marilah sini. Kita duduk berbual. Dah lama Qiarra tak berbual sambil minum petang dengan papa dan mama.” Suara bapanya pula.

“Tapi Qiarra dah janji...”

“Sekejap pun tak boleh? Lagipun ada perkara papa dan mama nak bincang dengan Qiarra ni.” Suara Datin Maznah selepas menyisip air teh di cawan.

Qiarra terpaksa akur dan duduk. Teh di cawan yang dituangkan oleh Rusila sebentar tadi dilihat sahaja. “Ada apa papa, mama?”

“Macam mana masquerade party hari tu?” Soalan yang terpacul dari mulut Datin Maznah.

“Okey. Kenapa?” Jawab Qiarra selamba.

“Apa pendapat Qiarra tentang Farouk?” Qiarra tergamam dengan soalan bapanya.

“Mmm... biasa saja.” Qiarra tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Hakikatnya, dia masih belum kenal siapa Farouk yang sebenar.

“Qiarra suka dia?” Tanya Datuk Hafizudin lagi.

Apa kena dengan papa ni? Lain macam betul soalannya! Gerutu Qiarra.

“Kenapa papa tanya macam tu?”

“Sebab kami rancang nak jodohkan kamu berdua.” Sampuk Datin Maznah.

“Qiarra muda lagilah mama. Belum sampai masa lagi mendirikan rumahtangga.” Rungut Qiarra.

“Memang bukan sekarang. Kamu kenal-kenal hati budi dia. Sesuaikan diri dulu. Sampai masa nanti barulah berumahtangga.” Jawab ibunya.

“Tapi... tapi kenapa dengan Farouk? Kenapa papa dan mama tak beri Qiarra buat pilihan sendiri. Ini hidup Qiarra. Qiarra rasa Qiarra perlu pilih pasangan yang sesuai dengan Qiarra.”

“Farouk tu memang sesuai sangat dengan kamu. Sama padan. Dua-dua dari golongan yang setaraf. Keluarga kita dan keluarga dia pun mesra. Memang sesuai sangat kalau kamu berdua disatukan.” Jawab Datin Maznah.

“Tapi pernah tak papa dan mama fikirkan apa perasaan Qiarra? Apa yang Qiarra mahu? Apa yang Qiara suka atau tak suka? Selama ni Qiarra ikut saja kehendak papa dan mama. Qiarra minta tolong sangat dengan papa dan mama. Berilah peluang Qiarra buat keputusan sendiri kali ni. Please...” Qiarra cuba merayu dengan nada manja.

“Qiarra, ini soal jodoh. Tentang zuriat kamu. Tentang keturunan kita. Kami lebih arif tentang hal ini Qiarra.” Datin Maznah bersuara lembut dalam usaha memujuk Qiarra.

Datuk Hafizudin hanya berdiam diri. Sama ada dia mahu isterinya yang memujuk Qiarra atau dia tidak mahu bertengkar dengan Qiarra seperti biasa.

“Sebab itu Qiarra mahu pilih sendiri. Qiarra mahu yang serasi dengan Qiarra. Perkahwinan bukan sehari dua mama. Qiarra akan hidup dengan dia sepanjang hayat Qiarra. Kalau dah beberapa tahun kahwin baru Qiarra sedar kami tak serasi nanti, macam mana? Kalau dah ada anak susah nak bercerai mama. Kasihan anak-anak.” Qiarra cuba menyuarakan pendapatnya dengan harapan dapat merubah pendirian mereka berdua. Akhinya Datuk Hafizudin bersuara.

“Perkahwinan ni penting untuk keluarga kita Qiarra. Kalau pilihan yang kamu buat salah, kita semua yang akan menanggung malu. Farouk dan keluarganya memang sesuai sangat dengan keluarga kita. Apa yang kamu nak risaukan lagi? Lagipun Datuk Haris Merican adalah usahawan yang berjaya. Perkahwinan kamu berdua akan mendatangkan faedah besar pada business papa.”

“Oh, jadilah inilah tujuan papa yang sebenar? Papa anggap Qiarra ni sebagai alat untuk kepentingan papa. Batu loncatan untuk business papa, begitu?” Qiarra sudah berang dengan jawapan ayahnya.

“Bukan macam tu. Kejayaan business papa pun untuk masa depan Qiarra juga.” Datin Maznah cuba menenangkan Qiarra.

“Qiarra dah bosanlah macam ni. Hidup Qiarra semuanya kena ikut cara papa dan mama. Dahlah tak bebas, sekarang isu pasangan pun orang lain tentukan.” Qiarra memberontak menyebabkan Datuk Hafizudin juga sudah mula naik angin.

“Sampai bila Qiarra nak jadi macam ni? Asyik mempersoalkan keputusan yang papa dan mama buat. Kami buat ini semua untuk kebaikan Qiarra. Masa depan kamu!” Suara lantang Datuk Hafizudin. Datin Maznah segera menyentuh tangan lelaki itu sebagai usaha menenangkannya.

“Kali ni Qiarra terpaksa tolak. Qiarra tak mahu kahwin dengan Farouk. Qiarra dah ada pilihan Qiarra sendiri. Tak ada apa-apa yang boleh papa dan mama buat untuk ubah keputusan Qiarra” Jawab Qiarra tegas sambil meninggalkan meja makan.

“Qiarra!”

“Qiarra!!”

Suara bapanya sudah tidak diendahkan Qiarra sambil dia terus menonong menuju Beetle kuning.

Dah cukup. Aku tak sanggup dikongkong begini lagi. Desis hatinya ketika Beetle kuning itu meninggalkan pekarangan rumah. Dia sengaja menekan minyak kereta dengan kuat hingga berderum meninggalkan kawasan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?