PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 6 Mac 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 19


Bab 19


Kenapa kamu buat Dayana macam tu semalam?” Tegur Aishah semasa dia memerhatikan Eddie menjamah nasi goreng pagi itu.

Eddie hanya berdiam diri. Dia serba salah hendak menjawab. Hanya peristiwa semalam yang bermain di fikirannya.

“Marilah duduk Ruzaidi. Boleh kita berbual dengan Dayana sambil minum air.” Pelawa ibu angkatnya. Dayana hanya memerhatikan Eddie sambil dia asyik memerhatikan lekuk lesung pipit gadis itu yang amat comel.

“Eddie nak berehat sekejaplah mak. Malam tadi tak cukup tidur. Nasib baik tak tertidur masa naik motor tadi.” Jawab Eddie memberi alasan secara spontan.

“Err, tak apalah mak cik. Dayana pun dah lama sangat kat sini. Nanti Mak Long bising pulak. Baru balik dari U dah merayap tak lekat di rumah.” Dayana memberi alasan. Mungkin benar apa yang dikatakan atau dia juga perasan Eddie seperti membuat alasan.

Eddie sebenarnya serba salah dan dia dilanda kebuntuan. Sudahlah dia merasa rendah diri dengan hidupnya, sekarang ada dua gadis yang berada dalam hidupnya.

Dengan tidak semena-mena mimpi malam tadi datang menyinggah di benak.

Apa maksudnya mimpi itu? Hati Eddie musykil.


Mimpi kali ini melibatkan dia dengan Dayana dan Qiarra. Kedua-dua gadis itu berada di kiri dan kanan jalan manakala Eddie berada di simpang tiga menuju ke arah gadis berdua. Lebih mengerikan tanah tempat mereka berdua berdiri semakin merekah dan jatuh ke dalam gaung yang amat gelap dan dalam. Masa untuk dia membuat pilihan semakin suntuk, sambil namanya galak dipanggil oleh kedua-dua gadis itu.

Dia terjaga bersama tubuh yang dibasahi peluh dingin dalam keadaan tercungap-cungap seperti baru selesai menyertai acara lumba lari.

Mungkin kerana aku terlalu memikirkan masalah ini. Eddie cuba menyedapkan hatinya, walaupun kerisauan menghantuinya apabila mengenang semula takbir mimpi-mimpi sebelum ini.

“Kamu dengar atau tak apa yang mak cakap ni?” Suara ibunya agak meninggi. Mungkin dia melihat Eddie seperti tidak mengendahkan apa yang dikatakan dan hanyut dalam lamunan.

“Dengar, mak.” Jawab Eddie sambil menyuap nasi goreng ibunya dengan berselera. Ibunya suka menumbuk belacan, bawang dan cili bersama garam, menyebabkan ada kelainan pada rasa nasi goreng ini berbanding dengan yang biasa.

“Kamu berhenti kerja lagi ke?” Tanya Aishah.

“Taklah mak. Saya ambil cuti.” Jawab Eddie.

“Risau juga mak. Ingatkan kamu buat hal lagi tadi.” Kata wanita itu sambil tersenyum.

“Saya dah berterus terang dengan bos. Dia kata okey.” Jawab Eddie sambil menjamah nasi goreng air tangan ibunya.

“Macam mana dengan dokumen yang mak beri hari tu? Dah ada hasil usaha kamu?” Tanya Aishah lagi.

“Belum mak.” Jawab Eddie. Dia masih berkira-kira untuk memberitahu ibunya hal yang sebenar. Dia perlu dapatkan maklumat lanjut tentang Rostam terlebih dahulu.

“Mak pesan satu saja. Kalau benarlah kamu ni keturunan yang baik-baik, janganlah kamu lupa diri nanti.” Suara Aishah dengan nada sayu.

“Kalau kamu dah tinggalkan mak, tak tahulah pada siapa lagi mak nak mengadu. Kamulah satu-satunya yang tinggal dalam hidup mak.” Suara ibu angkat Eddie bertukar dengan nada sebak.

Eddie yang asyik menyuap tadi terhenti dengan perubahan pada ibunya itu.

“Insya-Allah mak. Walau apapun yang berlaku, saya tetap anak mak. Saya tak akan lupakan mak.” Hati Eddie juga sudah dijangkiti dengan rasa sayu melihat mata ibunya yang telah tiris. Dengan spontan dia bingkas bangun menuju ke arah wanita itu dan memeluknya. Tangisan itu sudah berubah menjadi esakan yang mengharukan.

“Saya akan berpegang pada janji. Saya akan jaga mak sampai bila-bila.” Suara Eddie cuba menenangkan ibunya.

Insya-Allah mak. Eddie tak akan lupakan mak dan Eddie tak akan lupa diri. Bisik hatinya sambil mereka masih berpelukan.

***

Eddie menunggang motosikal sambil memerhatikan kehijauan suasana kampung. Desir air parit yang mengalir cukup mendamaikan. Melihat pokok kelapa dan pokok pisang di kiri dan kanan jalan cukup menggamit rasa.

Kawasan ini telah menyimpan pelbagai khazanah memori silam semasa dia masih kanak-kanak. Kebanyakan memori indahnya adalah ketika bersama Dayana. Hanya selepas pemergian ayah angkatnya dia dapat merasakan kehidupan yang lebih bebas dan tidak terhimpit. Bersama lelaki itu, hidupnya diselubungi ketakutan dan keraguan.

Eddie pergi ke lokasi di parit di mana dia selalu meluangkan masa bersama Dayana selepas sekolah. Berada di situ sudah cukup mengembalikan detik-detik indah bersama gadis bertocang dua berlesung pipit. Tanpa disedari bibirnya mengukirkan senyuman pada saat kenangan itu kembali singgah di fikiran.

Lamunannya terganggu apabila melihat ada seseorang sedang duduk di situ. Gadis bertudung merah jambu itu tegar duduk berseorangan tanpa ditemani sesiapa.

“Dayana?” Tegur Eddie.

“Eh, Eddie! Apa Eddie buat kat sini?” Tanya Dayana.

Eddie duduk dengan jarak agak jauh dari gadis itu. Kini dia sudah bertudung labuh, tidak seperti dulu. Dia menghormati perubahan pada gadis itu dan dia fikir tindakan duduk agak jauh darinya adalah wajar. Tambahan pula dalam keadaan hanya mereka berdua di situ.

“Eddie baru nak tanya Dayana, tapi Dayana dah tanya dulu.” Jawab Eddie sambil tersenyum.

“Dayana memang suka duduk kat sini. Angin bayu memuput lembut. Lambaian pelepah kelapa membelai jiwa. Desir air parit menggamit ketenangan.” Suara Dayana sambil menghayati suasana di situ.

“Wah, macam berpuisi. Cikgu puisilah katakan.” Jawab Eddie seperti mengusik. Dayana ketawa kecil dengan usikan itu.

“Susah kalau dah tahu pasal puisi kan? Kalau bercakap pun macam puitis. Kalau orang tak tahu nanti kena cap poyo pulak.” Dayana seperti termalu dengan usikan Eddie.

“Itu satu kelebihan. Kalau pandai berpuisi kita dapat mengungkap perasaan kita dan melahirkan dalam bentuk kata-kata yang indah. Segala gambaran emosi dari deria pandangan, pendengaran, sentuhan, perasaan, semua terangkum menjadi satu hasil karya seni. Dayana juga yang ajar Eddie dulu kan?” Terang Eddie. Dayana mengangguk dengan senyuman berlekuk di pipi.

“Lama Dayana cuti?” Edde mengubah topik perbualan mereka.

“Tiga minggu. UIA memang beri cuti tak lama. Sebab tu Dayana kena gunakan cuti sebaik-baiknya.” Jawab gadis itu.

“Bila Dayana dah grad nanti, kita dah tak setaraf lagi. Jarak kita dah macam langit dengan bumi. Dayana nun jauh di atas kayangan. Eddie duduk di lopak berlumpur.” Suara Eddie dengan rendah diri sambil melemparkan pandangan ke seberang tanah yang lapang.

“Tak baik Eddie cakap macam tu. Kita masih manusia biasa Eddie, walau apapun perbezaan dalam kehidupan kita.” Jawab Dayana. Dia rasa kurang senang dengan kata-kata Eddie.

“Masa ni bolehlah cakap. Bila dah ada kelulusan nanti, macam-macam peluang ada di luar sana. Kerja yang bagus, kemewahan. Ramai lelaki yang akan berebut untuk jadi teman Dayana. Masa tu Eddie macam melukut tepi gantang ajelah.”

“Sampai hati Eddie cakap macam tu. Dayana tak pernah berniat pun buat macam tu.” Suara Dayana dengan rasa sayu.

“Kita terpaksa terima hakikat Dayana. Kita boleh berkawan rapat masa kita masih di sekolah, tapi di masa akan datang perjalanan kita berbeza. Kita terpaksa pilih haluan masing-masing di persimpangan hidup nanti. Dayana hanya akan menyusahkan diri kerana berkawan Eddie.”

“Dayana tak pernah rasa macam tu. Kalau boleh Dayana tak nak berpisah dengan Eddie sampai bila-bila.” Kata-kata kiasan Dayana penuh makna.

“Jangan terlalu berharap Dayana. Takdir bukan dalam tangan kita. Siapa kita, kalau bukan hanya pelakon di dunia ini. Masing-masing ada watak tersendiri, dan kita akan dinilaikan dengan kemampuan kita melakukan watak ini walaupun bukan menurut kehendak kita yang sebenar.” Jawab Eddie penuh erti yang tersirat.

Dayana tunduk tanpa bersuara. Mahu atau tidak dia terpaksa terima kebenaran kata-kata Eddie.

“Eddie pasrah kalau Dayana ditakdirkan bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari berbagai segi berbanding Eddie. Mungkin itu lebih elok untuk Dayana daripada hidup dengan lelaki seperti Eddie.” Kata-kata tulus Eddie.

Mereka tenggelam dalam fikiran masing-masing. Angin masih lembut memuput bersama lambaian dedaun kelapa dan desiran air parit, seperti melayan kebisuan mereka berdua.

Tanpa mereka berdua sedari ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan mereka berdua di balik semak tidak jauh dari tempat itu.

***

Mimi dan Sara masih masam mencuka. Suasana di dalam kereta Beetle sunyi sepi, hanya kedengaran deruman kereta bersama alunan lagu Jennifer Lopez dan Pitbull.

“Korang semua masih marah lagi dengan aku?” Qiarra memecahkan kebisuan mereka bertiga. Tetapi soalannya tidak berjawab. Rakan berdua masih tega mendiamkan diri.

“Okey, okey. Aku minta maaf sebab libatkan korang berdua.” Tambah Qiarra.

“Tak payah minta maaf. Simpan maaf kau tu masa kita semua dah selamat sampai ke rumah kita sendiri nanti.” Rengus Sara yang duduk di depan. Dia melemparkan pandangan ke luar ketika bersuara. Dia langsung tidak melihat wajah Qiarra.

Mimi tidak berkata apa-apa. Dia melepaskan geram sambil melayan permainan Angry Bird Space. Melontar burung bulat pelbagai warna mungkin dapat melepaskan bahang yang masih bersisa kepada Qiarra yang dia labelkan sebagai ‘kepala batu’.

“Korang semua jangan risaulah. Tak ada apa-apa yang akan jadi pada kita nanti.” Pujuk Qiarra.

“Aku pasti kau fikir macam tu juga masa kau keluar sorang-sorang untuk jumpa Eddie dulu kan?” Sindir Sara. Qiarra tergamam dengan kebenaran kata-kata gadis itu.

Keadaan kembali sunyi. Setelah Qiarra bersuara, Mimi menguatkan bunyi pada permainan Angry Bird, mungkin sebagai tanda protes. Kini suasana sepi bersama bunyi deruman kereta, lagu Jennifer Lopez yang diiringi oleh rapper Pitbull, dan suara burung dari permainan Angry Bird di telefon bimbit Mimi.

Pandangan Qiarra tertumpu pada sesuatu di tepi jalan. Sara juga memandang, cuma Mimi masih asyik melayan Angry Bird.

“Eh, apahal pulak tu?” Suara Qiarra sambil melihat kejadian yang berlaku. Sara yang bersandar kini sudah duduk tegak melihat sama.

Ada accident ke?” Sambung Sara. Mimi juga telah terperosok antara dua kerusi untuk melihat.

Qiarra memperlahankan kereta. Tiada sesiapa di luar kecuali satu tubuh yang tertiarap. Kelihatan darah merah mengalir pada bahagian kepala dan perutnya. Sebuah motosikal tersadai tidak jauh dari tubuh itu. Yang menghairankan van Unser berwarna keemasan terletak tidak jauh dari situ tanpa ada seorang pun di dalamnya.

“Kita kena tolong lelaki tu.” Suara yakin Qiarra.

“Jangan cari pasal Qiarra. Kita tak tahu kalau ini taktik. Zaman sekarang ni dah ada macam-macam cara nak kenakan orang macam kita.” Tegur Sara.

“Jom jalan. Kita semua perempuan. Biar orang lain yang tolong dia. Bahaya!” Tambah Mimi.

“Mana boleh! Kalau orang tak berhenti macam mana? Dibuatnya dia nyawa-nyawa ikan masa kita tinggalkan dia. Kalau disebabkan kita dia mati, korang semua nak bertanggungjawab? Silap haribulan hantu dia datang cari kita semua. Korang sanggup?” Provokasi Qiarra kepada rakan berdua.

Mimi dan Sara terdiam walaupun mereka masih tidak setuju dengan keputusan Qiarra.

Qiarra keluar untuk melihat tubuh yang terbaring. Dia cuba merasa denyut nadi lelaki itu. Masih ada denyutan. Melihat tiada apa-apa yang mencurigakan, Mimi dan Sara turut keluar.

“Kita kena angkat lelaki ini. Kita kena cari klinik yang berdekatan.” Arah Qiarra.

Dengan tidak semena-mena lengan Qiarra ditangkap oleh lelaki yang terbaring itu dan dia bingkas bangun. Qiarra terpinga-pinga. Mimi dan Sara segera lari ke kereta, tetapi ditahan oleh beberapa orang lelaki yang bersembunyi di kawasan itu.

Apa yang aku dah buat ni? Rasa bersalah menghurung Qiarra kerana termasuk perangkap yang dibuat menerusi kertas nota di cermin depan keretanya.

Sejurus itu muncul wajah yang dia kenal.

"Buah cempedak di luar pagar. Seronok dapat jumpa cik adik lagi." Suara lelaki itu sambil mengenyit mata pada Qiarra. Qiarra meronta tetapi hidungnya ditekup dengan kain bersama bau seperti alkohol. Sejurus itu dia menjadi khayal dan pandangannya gelap. Dia sudah tidak sedar apa-apa lagi.

***

Eddie masih bersama Dayana di tepi parit menghadap ke tanah lapang itu apabila irama “Move Like Jagger” berbunyi di telefon bimbitnya.

“Helo Eddie,” suara Rostam di talian.

Ada apa Encik Rostam?” Eddie khuatir dengan nada suara lelaki itu yang agak mencemaskan. Dayana hanya melihat Eddie.

“Kawan kamu Qiarra dalam bahaya. Dia dah masuk perangkap Guntor. Kamu kena balik ke KL. Kita jumpa di tempat biasa.” Kata-kata Rostam berupa arahan.

Dayana turut cemas melihat perubahan pada air muka Eddie.

***

Sara membuka mata. Kepalanya masih berpinar-pinar dengan aroma cecair pada kain tadi. Mungkin ia adalah klorofom seperti yang biasa digunakan di dalam rancangan televisyen untuk menyebabkan mangsa pengsan.

Dia sedang bersandar di tempat duduk kereta Beetle Qiarra, sedangkan kali terakhir dia sedar dia sedang dipegang kuat oleh dua orang lelaki sebelum hidungnya ditekup dengan kain tadi.

Dia melihat tubuhnya. Dia masih lengkap berpakaian dan tiada tanda berlaku kejadian yang tidak diingini. Dengan serta-merta rasa bersyukur memenuhi dada. Dia melihat ke arah kerusi pemandu yang kosong. Kemudian dia berpaling untuk melihat ke belakang. Mimi masih pengsan dengan kepala terlentok. Cuma Qiarra yang masih belum kelihatan.

Di mana Qiarra? Hati Sara ditujah-tujah dengan rasa risau.

“Qiarra!” Jerit Sara setelah dia keluar dari kereta. Mimi sudah tersedar apabila mendengar jeritan Sara. Tetapi tiada jawapan. Rasa bersalah pula singgah kerana menurut kehendak Qiarra yang tidak kenal erti serik. Tetapi semuanya telah berlaku dan tidak dapat diputar balik masa yang telah berlalu.

“Qiarra!” 

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?