PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 4 Disember 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 6


BAB 6



Volkswagon Beetle kuning model terkini itu meluncur laju di jalan raya dalam perjalanan menuju ke Kafe Strawberry Fairyland. Qiarra sedang memandu keretanya sambil Sara duduk di sebelahnya. Mimi sedang duduk di belakang sambil membaca mesej di telefon bimbit iPhone miliknya.

"Kau pasti ke mamat clumsy tahap gaban tu dah kena buang?" Tanya Qiarra sambil matanya memerhatikan jalan raya di hadapan dengan penuh tumpuan.

"Betul. Masa aku settle kan bayaran lepas kita celebrate birthday kau semalam. Aku nampak dan aku dengar depan mata aku sendiri. Bos dia cakap depan aku, sekali imbas macam Donald Trump versi wanita bertudung Malaysia. Eddie, you are fired."

"Bagus. Baru padan dengan muka dia. Aku rasa kalau dia kerja lama kat situ, ramai yang jadi mangsa jejaka gabra macam tu. Harapkan muka saja handsome macam Afiq Muiz, tapi tak ada karisma langsung. Aku rasa memang malanglah siapa yang jadi makwe dia nanti." Qiarra melepaskan das-das tembakan mengutuk pemuda yang menumpahkan sherbet strawberi di baju dan skirtnya. Kerana itu dia terpaksa ketinggalan satu kelas semata-mata untuk pulang ke rumah dan menyalin pakaian. Lebih membengangkan lagi ibunya turut ketawa melihat keadaannya yang comot.

"Amboi amboi, sedapnya mulut kau mengutuk mamat tu. Untuk pengetahuan kau, aku sedia jadi girlfriend dia tau, walaupun kau kata dia clumsy ke, gabra ke..." Sampuk Sara, tetapi belum sempat dia menghabiskan kata-kata, sudah dicantas oleh Qiarra.

"Please lah Sara. You can do better than that. Ramai lagi jantan berhemah yang sesuai untuk kau. Daripada kau sengsara dapat lelaki yang harapkan rupa saja macam tu." Kata-kata Qiarra sambil dia memarkir kereta berhampiran kafe yang mereka tuju.

Sara hanya menggeleng dengan jawapan Qiarra. Dia malas mahu bertekak lagi. Tambahan pula mereka telah tiba di destinasi.


***

Usai menghantar tiga potong kek keju, satu sherbet strawberi dan tiga gelas Pepsi ke meja pelanggan, Ravi terus menuju ke arah Eddie yang sedang membasuh pinggan di dapur. Dia terpaksa mengambil pesanan dan menghantar ke meja tersebut walaupun itu sebenarnya tugas Eddie.

"Kenapa kau takut nak jumpa dengan awek tu Eddie?" Ravi berpeluk tubuh seperti memprotes dengan tindakan Eddie.

"Kenapa? Kau tanya kenapa? Eh, kau lupa ke aku yang tumpahkan sherbet atas baju dia. Lepas tu kau suruh aku terhegeh-hegeh tunjuk muka depan dia. Kau gila ke apa?!" Eddie masih trauma dengan peristiwa semalam.

"Apa salahnya kau jumpa dia minta maaf. Lagipun dia pelanggan tetap kafe ni, kau kena ambil hati dia." Ravi memberi hujah.

"Aku pasti kau dah lupa apa yang dia cakap depan aku. Kalau tak tentu kau tak suruh aku buat kerja tak siuman macam ni. Aku saja nak ingatkan kau apa yang dia kata. Dia kata aku stupid, kau tahu tak? Lepas tu dia kata aku ni rupa aje ada tapi otak zero! Kalau kau jadi aku, aku rasa kau pun tak tahu mana nak letak muka kau." Eddie masih bertegas dengan pendiriannya.

"Aku faham perasaan kau Eddie. Tapi kau kena ingat. Aku dapat rasa kau akan kerja lama di sini. Dan aku juga pasti awek high class yang obses dengan sherbet strawberi tu pun akan selalu datang ke sini. Mahu tak mahu, satu hari nanti kau terpaksa berdepan dengan dia. Sebab tu aku rasa, lebih baik kau settle baik-baik dengan dia sekarang daripada kau menyorok kat dapur macam katak sumbang."

Eddie tergelak kecil dengan kata-kata Ravi. "Aku rasa kau dah confuse lah Ravi. Kera sumbang. Katak bawah tempurung."

"Ah! Tak kiralah. Kita sekarang bincang pasal isu kau, bukan isu bahasa." Ravi cuba menutup kesilapannya.

"Okey, okey! Aku keluarlah jumpa dia. Kau ni pun sama macam member serumah aku Mail. Kuat berleter!" Rungut Eddie sambil mencapai dulang dan kain pengelap untuk menjalankan tugas di luar.

"Macam tu lah!" puji Ravi dengan sengih yang menampakkan barisan giginya yang putih sambil dia menepuk bahu Eddie.

***

Eddie berpura-pura mengelap meja dan membersihkan kawasan berhampiran tiga gadis yang duduk tidak jauh darinya. Dia sengaja mendengar perbualan mereka untuk mencari masa yang sesuai berjumpa gadis yang menjadi mangsa darah gemuruhnya semalam. Topi yang dipakai membolehkan dia melindungkan diri daripada dapat dicam oleh mereka bertiga.

"Kenapa lambat sangat dia jemput kita? Aduh... ingat senang ke nak cari gaun. Apa dia ingat kita ni jenis pakai gaun hari-hari?" Rungut Sara.

"Alah. Apa susah sangat. Cari je butik yang boleh sewakan baju macam tu. Pengantin kan selalu buat macam tu." Mimi mencelah.

"Kau cakap senanglah sebab kau tu ramping. Macam aku ni dah masuk kategori plus size okay." Sara tidak setuju.

"Itu masalah kecil sajalah Sara. Lagipun takkan kau nak lepaskan peluang pergi majlis di rumah duta Amerika Syarikat. Bukan hari-hari ada masquerade party di Malaysia ni. Lagipun ada seminggu, banyak masa lagi. Untuk pengetahuan kau lagi, kita pakai topeng, jadi orang tak kenal siapa kita. Kau nak pakai gaun tidur pun tak apa." Usik Qiarra diikuti tawanya dan Mimi.

Sara menarik muka. "You are so mean, Qiarra."

Sambil Sara menyedut air Pepsi melalui straw, dia terlihat pekerja yang sedang memakai topi tidak jauh di hadapannya. Walaupun lelaki itu cuba melindungkan wajahnya, Sara cukup cam dengan jejaka yang menjadi pujaan hatinya itu.

Sambil berbisik dia bersuara, "Aku tak tahu macam mana, tapi aku rasa mamat yang tumpahkan sherbet atas kau hari tu masih ada di sini lagi." Dia membuat isyarat mata memandang pekerja yang sedang tekun membersihkan meja yang sudah sememangnya bersih dan tidak perlu dilap lagi.

Qiarra dan Mimi segera berpaling untuk melihat.

"What?! Tapi kau kata dia dah kena berhenti." Qiarra terkejut bersama dahinya yang dikerutkan.

"Memang. Nanti aku tanya mamat india tu." Jawab Sara. Agar tidak terlalu ketara, dia menuju ke kaunter yang sedang dijaga oleh Ravi dengan alasan untuk mendapatkan tisu.

"Tumpang tanya. Pekerja yang lap meja tu, dia yang tumpahkan sherbet semalam kan?" Tanya Sara. Dia sedar dia akan dilabelkan sebagai minah kepoh dengan bertanya soalan seperti itu, tapi dia perlukan kepastian.

"Ya, memang dia. Tapi bos ambil dia kerja semula. Dia tak sihat semalam, sebab tu dia kelam kabut semacam. Kami kat sini panggil dia Eddie Butterscotch." Jawab Ravi.

Sara sebenarnya rasa bersalah kerana dia juga terlibat dalam kejadian itu secara tidak langsung. Kenyitan mata nakalnya membuatkan Eddie 'hilang kawalan'.

"Butterscotch? Apasal panggil dia macam tu?" Sara kehairanan.

Ravi tersenyum lebar sambil menjawab. "Dia tu kemaruk roti butterscotch. Sarapan pagi dengan roti butterscotch. Tengah hari pun kadang-kadang dia belasah roti butterscotch. Agaknya mak dia masa mengandung dulu suka makan roti tu agaknya." Sara hanya tersenyum sambil menggeleng kepala dengan jawapan Ravi sebelum dia kembali ke meja.

Setelah mereka bertiga pasti, Qiarra pun bangun sambil bersuara lantang sebelum meninggalkan kafe itu. "Okey guys, aku nak belah dulu. Takut nanti ada sherbet tumpah lagi atas baju aku. Tak kuasa aku nak balik salin baju lagi." Qiarra sempat menjeling kepada Eddie yang serba salah mendengar sindiran tajam ke atas dirinya. Mimi dan Sara hanya ketawa kecil mengejek.

Eddie berdiri tercegat tidak mampu berkata apa-apa. Peluang yang ada itu telah disia-siakan kerana berfikir dan menunggu terlalu lama tadi. Dia hanya mampu melihat gadis yang menjadi mangsa tumpahan sherbet berlalu.

Eddie kecewa kerana dia tidak dapat menyelesaikan krisisnya dengan gadis itu. Dari kaunter Ravi memberikan Eddie satu pandangan tajam, umpama singa yang mahu membahamnya hidup-hidup.

Mahu atau tidak, dia terpaksa mencari ikhtiar lain untuk membetulkan keadaan.

***

Qiarra, Sara dan Mimi ketawa tanpa menahan selepas mereka menaiki kereta Volkswagen Beetle kuning.

“Baru puas hati aku dapat kenakan mamat gabra tu. Aku tengok muka dia tadi macam beruk tertelan biji durian.” Qiarra mengutuk Eddie selepas kejadian tadi.

“Aku dah tak tahu nak kata apa masa tu. Rasa macam nak gelak, tapi kasihan pun ada.” Sara menambah.

“Yalah, aku pun sama. Apa kata kau tadi Sara? Nama budak tu Eddie Butterscotch?” Mimi pula bersuara. Sara mengangguk.

“Aku tengok muka dia tadi pun memang sebiji macam roti butterscotch. Terkulat-kulat.” Qiarra menambah lagi diikuti tawa mengejeknya.

Qiarra memandu kereta kuningnya jauh dari Kafe Strawberry Fairyland. Sedikit pun dia dan rakan-rakan tidak perasan beberapa pasang mata sedang memerhatikan mereka dengan teliti. Malah mereka telah diekori semenjak pagi tadi tanpa mereka sedari.

Azad senyum sendirian sambil mindanya menganalisa maklumat yang sudah banyak dikumpulkan tentang gadis bermulut celupar itu. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dia menjalankan operasi bersama geng motosikalnya.

“Kau tunggu saja. Azad akan ajar kau secukupnya nanti. Masa tu baru kau menyesal dengan mulut kau yang tak ada insuran tu wahai gadis yang cantik manis. Hihihi..” Azad berbisik sendirian.

3 ulasan:

  1. kesiannyer eddie...sombong nyer qiarra ...geramm sgt

    BalasPadam
  2. Simpan sikit geram tu, cerita masih panjang lagi.. ^_^

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?