PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 29 November 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 5


BAB 5



Qiarra menyarungkan baju dengan rona biru bersama taburan labuci bagaikan bintang mengerlip di langit. Rambutnya sudah didandan rapi dan dielus lembut sambil memandang ke cermin. Wajahnya didandan dengan rona pembayang mata biru kehijauan yang sesuai dengan pakaiannya, bersama bibir yang merah bagai strawberi ranum baru dipetik.

Malam ini adalah malam yang istimewa baginya. Sambutan yang tidak pernah ketinggalan menjadi agenda keluarganya semenjak 19 tahun yang lalu. Hari yang menandakan kelahirannya sebagai seorang insan di muka bumi ini. Hari yang begitu bermakna bagi dirinya.

Hari ini juga menandakan hari dia kehilangan seorang saudara kembar. Adakala dia akan duduk berangan mengenangkan hidup bersama seorang saudara kandung. Bagaimana rupanya agaknya? Adakah kami kembar seiras atau kami berlainan rupa? Atau mungkin kami memiliki personaliti yang bercanggah walaupun wajah kami serupa. Tentu segalanya lebih meriah kerana disambut bersama.

Hari ini adalah hari yang istimewa bagi Qiarra, tetapi wajahnya tidak menggambarkan keceriaan itu.

Kalau ada saudara kembar tentu lebih seronok. Sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk meluahkan perasaan yang terlalu banyak dan terlalu lama terbuku ini. Getus hati Qiarra sambil menyapu pemerah pipi menyerlahkan penampilannya malam itu.

Keluarga mereka tidak besar, hanya ayah, ibu dan dirinya sendiri. Menurut ayahnya, sepatutnya keluarga mereka ada lima orang, tetapi mereka kehilangan abang dan saudara kembarnya yang telah meninggal. Ayah atau ibunya tidak pernah memberitahu di mana arwah abang dikebumikan. Setiap kali dia cuba membangkitkan isu itu, dia lihat ayah dan ibunya kelihatan serba salah dan cuba mengubah topik perbualan.

Menjadi anak tunggal adalah idaman sesetengah orang, kerana tumpuan dan kasih-sayang diberikan sepenuhnya. Tetapi tidak bagi Qiarra.

Masih dia ingat perbualan dengan ibu dan ayahnya beberapa hari lepas.

"Please mama. Sekali ni saja Qiarra nak ajak kawan-kawan kolej Qiarra."

"Sayang, dah berapa kali mama cakap, tak boleh! Kita tak tahu latar belakang mereka. Mama tak nak menyesal kemudian hari kerana biarkan Qiarra bergaul sesuka hati. Mama buat ni pun semata-mata untuk kebaikan Qiarra."

"Betul kata mama Qiarra. Qiarra adalah satu-satunya anak mama dan papa. Papa tak sanggup kehilangan Qiarra kerana kesilapan kami. Cukuplah kami kehilangan dua orang anak kami."

"Papa, kehilangan dua orang anak papa bukan kerana salah papa dan mama. Itu kehendak Tuhan. Dah takdir. Takkan lah kerana itu mama dan papa nak kongkong Qiarra macam ni. Qiara bosanlah!"

"Papa tak mahu bertengkar dengan Qiarra lagi pasal ini. Papa yakin satu hari nanti Qiarra akan lihat kebaikan dalam apa yang papa dan mama buat ni."

Qiarra tidak dapat menahan amarahnya lagi. Dia terus naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik sebelum menghempas daun pintu dengan kuat semahu hatinya.


Itu bukan kali pertama perbalahannya dan ibu-bapanya tentang hal itu. Banyak perkara mahu dikawal sepenuhnya termasuk aktiviti yang disertai, juga masa keluar dan pulang ke rumah.

Kalau macam ni silap-silap jodoh aku pun akan ditentukan agaknya. Hati panas Qiarra sudah meluap.

Qiarra sememangnya mengerti mengapa ibu-bapanya terlalu sayang dan mengawal dirinya. Tetapi dia perlukan sedikit kebebasan untuk bertindak dan membuat keputusan mengikut citarasanya sendiri.

Masih dia ingat bagaimana ibunya bersungguh-sungguh merancang tema majlis hari jadinya setiap tahun. Antara semua tema yang pernah diadakan, hanya harijadi ke dua belas tahun yang menepati citarasanya dengan tema strawberi. Bersama motif kartun Strawberry Shortcake yang menjadi kegemarannya dan hiasan belon berbentuk strawberi. Keknya pula adalah kek keju strawberi dan  pencuci mulut sherbet strawberi yang ditempah khas untuk majlis itu. Masih dia ingat keenakan sherbet strawberi itu yang masih belum ada tandingannya hingga kini. Sememangnya sherbet strawberi adalah makanan kegemarannya.

Tema hari jadi ke sembilan belas tahun ini adalah tema Dasar Laut. Rona biru dan hijau memenuhi hiasan di ruang tamu, termasuk pakaian yang dikenakan sekarang ini juga adalah pilihan ibunya.

Sampai bila aku akan terus dikongkong begini? Apa harus aku lakukan supaya mereka sedar apa yang aku rasa sekarang ini? Hati Qiarra memberontak dengan rasa tidak puas hati. Perasaan yang terlalu lama terbuku hingga merubah dirinya menjadi seorang yang pemarah dan celupar.

Adakala Qiarra rasa hidupnya bagai terpenjara di dalam segala kemewahan hidup yang dimiliki. Rasa cemburu sering menghantui diri apabila melihat remaja sepertinya dapat menjalani kehidupan dengan kebebasan yang lebih walaupun ada batasannya. Mereka juga dikawal oleh ibu-bapa mereka, tetapi tidak ketat seperti yang dialami. Mereka tidak hidup mewah sepertinya, tetapi kebebasan yang diberikan itu lebih berharga bagi Qiarra daripada apa yang dimiliki.

Aku rasa hidup aku seperti reverse Cinderella. Cinderella hidup dalam kedaifan dan akhirnya menjadi kaya dan mewah apabila berkahwin dengan putera raja. Tapi aku pula sebaliknya. Hidup aku di dalam kemewahan, tetapi aku mahukan hidup seperti manusia biasa yang bebas dan tidak dikongkong sebegini. Qiarra melayan perasaan sambil melihat patung Cinderella yang sedang menari bersama putera raja di atas kotak muzik dengan irama lagu Waltz. Cenderamata itu dibeli semasa percutian di Disneyland beberapa tahun lepas.

Perasaan yang memberontak itu menyebabkan dia melepaskan kata-kata kesat terhadap mereka yang memiliki apa yang tidak dimilikinya ini, meskipun dia tahu kata-kata itu mungkin akan memakan dirinya satu hari nanti.

"Qiarra. Cepat siap. Tetamu dah sampai." Kedengaran suara ibunya dari luar pintu bilik menyentak Qiarra dari lamunan tentang pelbagai peristiwa silam yang menyelubungi hidupnya.

"Kejap lagi Qiarra turun mama." Suara Qiarra sambil membetulkan baju dan mengelus-elus rambut buat kali terakhir di depan cermin. Anting-anting swarovski turqoise bergemerlapan di hujung telinga bersama kemilau baju yang dipakai.

***

"Happy Birthday Qiarra. You look gorgeous, girl." Ucap seorang gadis kulit putih memakai baju hijau muda. Di lehernya tergantung seutas rantai yang bermotifkan kulit siput dan cengkerang laut, sesuai dengan tema Dasar Laut yang dipilih oleh ibu Qiarra malam itu.

"Thank you Helena. You pun apa kurangnya." Sahut Qiarra sambil memandang gadis kulit putih bernama Helena Dowry itu. Dia adalah anak duta Amerika Syarikat yang menghadiri kolej yang sama sepertinya.

"Alah. Ini biasa saja. Necklace ni my mother beli masa trip kami ke Acapulco dulu." Jawab Helena yang fasih berbahasa melayu selepas beberapa tahun tinggal di negara ini.

"Mana Mimi dan Sara?" Tanya Helena sambil melihat sekeliling.

"Mereka datang lewat sikit. Ada hal kata Sara." Jawab Qiarra diikuti anggukan kepala oleh Helena.

"I tanya sebab I nak ajak you semua datang ke my masquerade party next week." Ujar Helena.

"Masquerade party? That's amazing." Suara Qiarra dengan nada agak terkejut.

"Hmm... Bukan idea I okey. My parents yang mahu buat. I lagi suka local tradition. Lebih indah dan penuh nilai estetika. Ramai orang pelik dengan citarasa I. Lagipun ramai orang melayu yang tergila-gila dengan western culture." Helena melahirkan pendapatnya.

"That's human nature Helena. People want something they don't have." Jawapan Qiarra yang membuatkan dia teringat kembali nasib yang menimpa dirinya.

"Nak pakai apa ya nanti di masquerade party you nanti?" Tanya Qiarra.

"My parents nanti akan bagi invitation card dengan dress code. Tapi untuk simple, girls pakai gaun, guys pakai formal suit. Jangan lupa pakai topeng. Kalau tak bukanlah masquerade namanya" Jawab Helena sambil menyisip air berwarna aquamarine di dalam gelasnya. "Wow! I love this drink. Air apa ni?"

"Air limau kasturi. Warna tu yang buat fancy." Jawab Qiarra sambil tersenyum dengan gelagat Helena.

***

Majlis hari jadi Qiarra begitu meriah malam itu. Dari luar rumah jelas kelihatan para tamu begitu rancak berbual bersama irama muzik yang berkumandang. Cahaya yang memancar ke kolam renang di pekarangan rumah membalikkan kilauan cahaya yang sungguh indah di tingkap kaca yang memenuhi ruang dinding rumah itu. Umpama bongkah kaca yang besar dari kejauhan.

Tanpa disedari mereka yang ada di rumah itu, sekumpulan pemuda dengan motosikal sports sedang memerhatikan mereka dari jauh. Kumpulan itu diketuai seorang pemuda berkulit hitam manis.

"Oh, ini rupanya rumah gadis anggun yang sombong hari tu ya?" Suara Azad, lelaki berkulit hitam manis dengan jeket kulit hitam menaiki Kawasaki Ninja berwarna merah. Bibirnya mengukirkan senyum penuh makna.

"Akhirnya aku tahu juga di mana kau tinggal duhai gadis. Tidak sabar rasanya aku menunggu detik kau akan jadi cikaro aku." Kata-kata Azad seperti bersandiwara di pentas diikuti tawa sinis rakan-rakan yang lain.

Azad tidak dapat melupakan kata-kata yang dilafazkan Qiarra semasa dia dan rakan-rakan mengusik gadis itu. Usikan yang sudah menjadi kebiasaan mereka pada  gadis-gadis lain yang lalu di kawasan mereka melepak berhampiran kawasan parkir itu.

“Aduhai cik adik. Tinggi rumput darilah lalang. Dari mana hendak ke mana?” Azad menjual pantun dua kerat yang tidak pernah kena hujung pembayang dan maksudnya. Kedengaran gamat tawa rakan-rakannya.

Sambil berdiri menghadap kumpulan lelaki itu penuh keyakinan dan kesombongan, Qiarra berkata, "Daripada kau orang semua usik aku, lebih baik cermin dulu muka masing-masing. Banyak lagi monyet-monyet kat hutan tu yang lebih sesuai dengan kau orang semua."

Kata-kata itu cukup membakar hati Azad, tetapi dia bukan manusia yang suka bertindak sembarangan. Tambahan pula ramai orang yang lalu-lalang dan bersantai  di situ.

Azad terus memandang ke rumah itu sambil peristiwa silam bermain di benaknya.

"Tak apa. Masa akan tiba untuk kau terima pembalasan atas apa yang kau cakap hari tu. Hehe... masanya akan tiba." Suara Azad sambil menyarungkan helmet di kepala.

Sejurus itu kedengaran riuh bunyi enjin motosikal sports sebelum ia hilang apabila kumpulan motosikal itu beredar dari situ. Hanya kedengaran riuh suara hadirin berlatarkan muzik di rumah Qiarra.

5 ulasan:

  1. nice :) apa agaknya yang azad nak buat? hai nervous....

    BalasPadam
  2. eddie,dayana dan qiarra..ada hubung kait antara mereka ...
    eddie mesti abang qiarra yqng hilang...banyak tanda tanya nie heheh

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan komen. Harap sabar ya menunggu kerana update seminggu sekali.. ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?