PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 8 Ogos 2019

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.1

MiSTiQ
SANG PERINDU LAUT

BAHAGIAN 1



MANAP masih dihujani pelbagai persoalan tentang sebab Encik Hadi melarang dia menyiasat perkara berkaitan fail sulit yang ditemui di stor. Cara penemuan fail itu juga cukup aneh kerana ia terjatuh dengan sendiri dari rak.

“Macam ada sesuatu yang menyuruh aku mencari maklumat tentang kes ini. Tapi pada masa yang sama seperti ada yang menghalangnya. Patutkah aku hentikan apa yang aku dah mulakan? Atau aku kena ikut naluri aku? Sememangnya naluri aku masih kuat untuk terus menyiasat.” Mana ternyata berada dalam dilema.
Dia teringat kemalangan yang berlaku pagi tadi. Kelibat orang tua yang selalu dilihat semenjak dia menerima tawaran kerja di majalah Mistiq muncul di tengah jalan dan dia terpaksa mengelak. Kerana itu dia hampir terlanggar pokok di tepi jalan.
“Ini seperti satu amaran. Tapi oleh siapa?” Manap musykil.
Nasihat Zali selepas kejadian itu bermain di benak.
“Aku rasa baik kau ikut apa yang bos suruh. Aku dah nampak apa yang berlaku pada wartawan sebelum kau. Aku tak mahu kau menerima nasib yang sama.” Kata Zali.
“Tapi cuba kau terangkan macam mana fail tu boleh jatuh sendiri. Siapa yang buat? Macam ada satu kuasa yng suruh aku siasat perkara ni. Bagaimana dengan orang tua yang aku selalu nampak?” tanya Manap.
“Itu mungkin perangkap. Kau jangan termasuk dalam perangkap tu, Manap.” Kata Zali.
“Aku tak rasa macam tu.”
Zalli mengeluh. “Kau fikirlah baik-baik tentang perkara ni Manap. Sebab nyawa kau yang akan jadi taruhan akhirnya.”
Manap bersandar di kerusi dengan apa yang terlintas di fikiran.
“Ada benarnya kata Zali tu. Ah! Baik aku cari skup untuk artikel seterusnya.”
Manap tertarik dengan satu kes berkaitan sebuah kampung nelayan yang dilanda wabak penyakit suatu masa dulu. Ada yang mendakwa melihat bayangan pasangan kekasih di pantai yang menyanyikan lagu Gurindam Jiwa pada waktu malam bulan mengambang sebelum menghilang.
“Pergh! Menarik kes ni. Macam filem klasik dulu-dulu.” Kata Manap sambil membelek fail yang berada di tangannya.
Manap menangkap dengan ekor matanya sesuatu yang melintas di koridor.
“Dia buat lagi,” bisik Manap.
Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik stor. Tiada sesiapa di situ. Belum sempat dia beredar, dia terdengar sesuatu jatuh di lantai. Dia mengutip fail yang berada di lantai. Fail kertas itu menyimpan dokumen bayaran yang diterima oleh syarikat Mistiq daripada sebuah syarikat bernama Pancawarisan Sendirian Berhad.
“Besar betul jumlahnya. Sampai seratus ribu. Apa kaitan bayaran ni dengan fail sulit yang aku jumpa hari tu?” Manap dilanda pelbagai persoalan di fikirannya.
Semakin Manap cuba melupakan tentang kes itu, semakin kuat tarikan untuk dia terus membongkar apa yang telah berlaku.

MANAP ke sebuah kampung untuk liputan kes seterusnya. Dia buat keputusan untuk mencari maklumat lebih lanjut tentang kemunculan pasangan kekasih pada malam bulan mengambang.
“Macam kisah romantik klasik pulak. Kalau buat video klip lagu Gurindam Jiwa pun bagus juga.” Manap berseloroh dengan kisah yang begitu pelik itu. Jauh di sudut hatinya dia meragui kebenaran kisah itu. Dia membuat liputan tentang kes itu kerana tertarik dengan ceritanya, walaupun dia masih merasakan itu hanya khayalan yang direka oleh orang kampung itu.
Manap berjumpa dengan seorang tua bernama Pak Maun di kampung itu.
“Boleh saya temuramah Pak Maun tentang kelibat pasangan kekasih di pantai?”
“Boleh. Apa yang Encik Manap nak tahu?” tanya Pak Maun.
“Semua yang Pak Maun tahu… kalau boleh.”
“Kisah ni berlaku berpuluh tahun yang lalu. Ada pasangan kekasih di tepi pantai tu. Yang lelaki bernama Malik. Yang perempuan bernama Hanum. Mereka sedang bercinta masa Malik dapat tawaran jadi kelasi kapal. Dia terpaksa tinggalkan Hanum, tapi dia berjanji akan pulang bertemu Hanum. Masa berlalu tapi Malik tak pulang-pulang. Hanum menunggu siang malam. Terang atau panas, panas atau ribut, dia masih tetap menunggu Malik. Hinggalah…”
Pak Maun berhenti sejenak.
“Apa yang berlaku, Pak Maun?” Manap tidak sabar menunggu Pak Maun menyambung ceritanya.
“Wabak menyerang kampung ni. Ramai yang terkena jangkitan. Ada yang sempat lari dari kampung. Tapi Hanum masih sabar menunggu Malik yang tak pulang lagi.”
“Apa terjadi pada Hanum?”
“Dia terkena jangkitan wabak dan menghembuskan nafas terakhir sambil menunggu. Sejak hari itu dia dapat nama jolokan Sang Perindu Laut.” Pak Maun menghabiskan ceritanya.
“Tragis betul kisah cinta mereka berdua.” Kata Manap. “Habis tu, macam mana dengan Malik?”
“Tak ada sesiapa yang tahu. Sampai sekarang tak ada khabar berita. Tapi berdasarkan apa yang orang kampung ni nampak, mungkin dia juga dah meninggal di tempat lain.” Jawab Pak Maun.
“Apa yang orang kampung nampak?” tanya Manap.
“Sebenarnya seorang saja yang nampak. Tapi ceritanya tak semua dapat terima. Dia kata dia nampak roh Hanum dan Malik kat tepi pantai. Siap menyanyi lagu Gurindam Jiwa. Macam dalam filem yang Nordin Ahmad berlakon tu.” Pak Maun berderai dengan tawa.
“Tapi… tak ada sesiapa dapat sahkan cerita tu?” tanya Manap.
“Ada juga yang menunggu kat tepi pantai masa bulan mengambang. Tapi hampeh! Tak ada apa-apa pun. Mungkin cerita dongeng agaknya.”
“Boleh saya jumpa dengan orang yang nampak kelibat mereka berdua tu?”
“Kamu nak berjumpa dengan dia?” Ada riak tidak setuju di mata Pak Maun.
“Ya. Kenapa pak cik? Tak boleh ke?”
Pak Maun mengeluh mendengar jawapan Manap. “Bukan tak boleh. Tapi dia tu… tak berapa betul sangat.”
“Tak betul? Apa yang dah terjadi pada dia?”
“Dah lama sangat dia tinggal kat tempat tu. Kata-kata dia pun ada yang boleh pakai. Ada yang tidak.”


JIKA MANAP INGIN BERJUMPA DENGAN PEREMPUAN ITU, BACA BAHAGIAN 3


JIKA TIDAK, BACA BAHAGIAN 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?