PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 7 Oktober 2017

MISTIQ: RAHSIA BAKAWALI BAH.1

MiSTiQ
RAHSIA BAKAWALI

BAHAGIAN 1




MANAP bersandar sambil merenung pengalaman menyiapkan kedua artikel yang berjaya diterbitkan dalam segmen Seramania majalah Mistiq. Entah mengapa dia rasa ada banyak lagi yang tidak diketahui tentang kes itu kerana tidak mengambil pilihan lain sebagai keputusannya.
Kini dia perlu menyiapkan artikel ketiga. “Kes apa yang aku nak ambil kali ini?”
Sambil fikirannya menerawang, dia terdengar sesuatu di telinga. Suara lunak merdu mengalunkan irama yang tidak pernah didengar.


“Aneh. Dalam keadaan Maghrib dan lengang dalam pejabat ni. Perempuan mana pulak yang ada kat sini? Tukang cuci dah lama balik.”
Suara itu kedengaran lagi, membelai gegendang telinga Manap dengan rasa yang amat menyenangkan.
Dia tidak mampu menahan perasaan gundah ini. Dia bangkit dari kerusi untuk mencari sumber suara itu. Matanya terbuntang melihat kelibat seseorang melintas masuk ke bilik stor fail. Stor yang menyimpan banyak fail berkaitan kes terbengkalai wartawan-wartawan sebelumnya.
Bergegas Manap ke situ sebelum terserempak dengan pengawal sekuriti dari arah bertentangan. Hampir-hampir dia bertembung di bahagian terlindung di luar bilik itu.
“Kenapa terburu-buru ni Encik Manap?” tanya Awi, pengawal sekuriti itu sambil tersengih menampakkan gigi di sebalik kumis tipisnya.
“Tadi… awak… ada nampak…” Manap seperti sedang terkeliru.
“Nampak apa?”
Manap menunjuk ke koridor, kemudian ke dalam bilik stor. “Ada perempuan… baju putih… suara merdu.”
“Astaghfirullah. Apa Encik Manap mengarut ni? Tak pernah saya dengar ada perempuan macam tu. Meremang bulu roma saya ni hah, Encik Manap!” Awi terkesan.
“Okeylah. Kalau macam tu, tak apa.” Manap rasa Awi tidak dapat membantunya.
Awi berlalu dan Manap masuk ke bilik stor. Tiada sesiapa di situ, tetapi bau harum yang aneh menusuk hidungnya. Bau itu datang dari satu bahagian dengan rak fail di stor. Dia menghampirinya dan ternampak sebuah fail tentang pemilik bunga bakawali.
“Bakawali?” bisik Manap.
Sesuatu terjatuh dari rak berhampiran. Manap mengalih pandangan dan ternampak sebuah fail lagi. Fail itu tidak berlabel. Isinya berkenaan liputan yang pernah dibuat oleh wartawan sebelum ini beberapa tahun yang lepas.
“Encik Manap tengok apa tu?” Suara Awi menyebabkan Manap tersentak dengan degupan jantung yang deras.
“Terkejut saya,” Manap mula pulih dari hasil kejutan tadi.
“Maafkan saya. Saya tak sangka Encik Manap boleh terkejut sampai macam tu.”
Manap hanya senyum. Mula-mula kelibat perempuan berpakaian putih, kemudian bau wangi yang menusuk hidung diikuti fail terjatuh, dan sekarang suara Awi yang memeranjatkannya.
“Fail ni terjatuh tadi. Terus saya cek.”
Awi menjengah fail yang terbuka itu. “Ooo… ini kes sulit, Encik Manap. Wartawan yanng buat liputan ni dah…” Awi kemudiannya berbisik, “… mati.”
“Mati? Sebab apa?”
“Ada yang kata dia terkena sumpahan wartawan segmen Seramania masa tu. Sumpahan tu berlarutan sampai… sekarang.” Awi serba salah ingin bercerita sepenuhnya.
“Termasuk sayalah terkena sumpahan ni?”
Awi angguk mendengar soalan Manap.
Manap tarik nafas panjang.
“S-s-saya pergi dulu, Encik Manap.” Awi mengundur diri dengan gaya takut-takut.
Manap tidak jadi meneliti fail itu. Sebaliknya ia dikepit untuk keluar dari bilik stor.
Kelibat itu muncul lagi. Kali ini melintas di luar pintu. Bau wangi kembali menusuk hidung.
Manap bergegas untuk mengekori kelibat itu.
Dia tersentak melihat orang tua yang pernah dilihat beberapa kali dulu tercegat dengan mata terbeliak melihatnya. “Kau fikir kau hebat? Kau fikir kau handal? Kau fikir kau pandai? Lebih baik kau tinggalkan menyibuk dalam semua kes ni! Maut sedang menanti kau!”
Sekilas pandangan Manap melihat fail itu sebelum memandang orang tua itu, dia sudah hilang. Manap melihat sekeliling. Tiada sesiapa di situ.
Dengan segera dia teringat fail tentang pemilik bakawali tadi. Terus dia masuk semula ke bilik stor dan fail itu dikepit bersama fail tadi.
Manap terus melihat sekeliling sebelum mula meneliti fail tentang pemilik bakawali. Fail sulit tadi disimpan ke dalam laci yang berkunci.
Manap mula membaca fakta tentang bunga bakawali di dalam fail itu.
Bunga ini dikenali dengan nama saintifik Epiphyllum Anguliger dan pelbagai nama lain seperti ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night. Ia mula berkembang sekitar jam sepuluh malam dan berkembang sepenuhnya dengan haruman paling wangi pada jam 12 malam. Pagi keesokan harinya, ia akan layu.
Terdapat beberapa kepercayaan tentang bunga itu seperti pendapat yang ia berpenunggu, boleh mendatangkan rezeki, malah ada yang percaya ia boleh membawa nasib malang.
Kemudian dia terbaca tentang pemilik bunga itu yang pernah ditemuramah oleh wartawan sebelumnya. Sebelum wartawan itu hilang bersama yang lain.
“Hmmm… kes ini menarik. Tapi… kalau nasib aku berakhir seperti yang lain, macam mana?” Fikiran Manap menerawang.
Tiba-tiba dia teringat wanita berpakaian putih yang kelihatan luar biasa. Bukan pakaian jubah labuh yang selalu dilihat kelibatnya oleh ramai orang. Tetapi busana klasik yang kelihatan unik.
Manap rasa dia ingin bertemu dengan pemilik bunga tersebut.
Sesuatu terlintas di fikiran Manap. ‘Kalau aku datang waktu siang, menurut fakta dalam fail ni, bunga tu kuncup. Aku nak tengok masa ia berkembang.
Akhirnya dia buat keputusan.

JIKA MANAP INGIN BERTEMU PEMILIK BUNGA ITU PADA SIANG HARI,

JIKA MANAP PERGI PADA WAKTU MALAM,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?