PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 6 Jun 2013

Fantasia Izara Bab 3

BAB 3


Izara cuba membuka mata. Silau matahari membuatkan dia sukar membuka mata dari tempat dia berbaring. Kain tebal dijadikan hamparan dan gulungan kain menjadi bantal.

Kelihatan seorang pemuda sedang duduk di tepi sungai sambil memancing. Apabila dia melihat Izara sudah sedar, dia bersuara. "Tuan hamba sudah sedar nampaknya."

'Tuan hamba? Macam kisah Melayu lama yang aku selalu tengok di TV pula.' Getus hati Izara.

"Saya di mana sekarang?"

"Tuan hamba berada di Hutan Kabus Melintang." Jawab lelaki itu sambil terus memegang joran dengan tenang. Batang jorannya sekadar kayu yang raut menjadi lurus dan licin.

"Saya belum pernah dengar nama tu." Izara musykil.

"Hutan ini hanya ditemui sesiapa yang layak atau berhajat. Tidak semua makhluk terpilih untuk berada di dalamnya."

"Kamu siapa?" Izara melihat lelaki yang asyik memancing di tepi sungai.

"Hamba penghuni hutan ini. Membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. Berkhidmat tanpa mengharapkan ganjaran atau habuan." Jawapan lelaki itu membuatkan rasa pelik semakin menghantui fikiran Izara.

"Apa nama tuan hamba?" Izara sudah mula terikut cara percakapan seperti lelaki itu.

"Nama hamba Kelana. Tuan hamba?" Jawabnya.

"Izara."

Masih banyak soalan yang ingin ditanya oleh Izara, tetapi rasa lapar sudah menguasai apabila melihat hidangan ubi rebus bersama ikan bakar yang telah terhidang.

"Makanlah dulu. Tentu tuan hamba lapar."

Izara tidak membuang masa selepas dipelawa oleh lelaki misteri itu.

'Tahun apakah ini? Di mana laluan berkabus tadi? Apa asal-usul lelaki ini? Kenapa tempat ini tiba-tiba muncul?' Pelbagai soalan menujah benak Izara, tetapi semuanya dibiarkan tidak berjawab sedang dia asyik mengisi perut yang sudah berkeroncong.


***

"Kita nak ke mana?" Tanya Izara sambil mereka berjalan menyusuri denai di hutan.

"Pulang ke kampung hamba." Ujar lelaki dengan penampilan ala zaman silam.

"Jauh?"

"Kita akan sampai sebelum matahari mula turun."

"Di sini ada telefon?"

"Apa yang tuan hamba maksudkan?"

"Kereta?"

"Hamba tak faham."

Izara sengaja menguji lelaki itu. Ternyata semua teknologi itu tiada lagi di sini.

'Adakah hutan ini berada di dalam dimensi berlainan? Atau mereka merupakan makhluk Tuhan yang dijadikan selain manusia?' Izara cuba membuat deduksi sendiri dalam diam.

"Tuan hamba pernah jumpa orang seperti hamba yang tersesat di sini?"

"Ada."

"Mereka berjaya kembali ke tempat asal mereka?"

"Ada yang berjaya. Ada juga yang hilang tak dapat ditemui semula."

"Tuan hamba tahu di mana laluan berkabus itu?"

"Kabus itu hilang dan muncul pada masa yang tertentu. Jika tuan hamba bernasib baik, mungkin akan berjumpa lagi nanti."

Izara sempat memerhatikan lelaki ini. Orangnya sederhana tinggi dengan tubuh yang agak sasa dan lasak. Kulitnya kuning langsat dengan kumis tipis. Rambutnya ikal dan panjang walaupun tidak mencecah bahu. Gaya percakapannya yang berhemah membuatkan Izara mula tertarik kepada lelaki ini. Air mukanya juga bersih dan tenang.

***

Izara dan Kelana tiba di sebuah perkampungan sewaktu matahari masih lagi terik dan tegak di atas kepala. Mereka menuju ke sebuah pondok kayu beratap rumbia. Seorang wanita yang sudah berumur sedang menimba air dari perigi.

"Itu ibu hamba. Dia jarang berbual dengan orang asing seperti tuan hamba. Orang di sini biasa memanggilnya Mak Kasturi." Kata Kelana.

Izara bersalam dengan wanita itu tetapi dia tidak bertegur sapa dengan Izara. Wajahnya juga tidak menunjukkan sebarang senyuman atau sikap yang mesra.

Izara mula menolong Mak Kasturi dengan kerja rumah dan dapur, tetapi wanita itu asyik memandang Izara. Walaupun terasa kekok diperhatikan sebegitu, dia meneruskan kerja sehinggalah makanan tengah hari siap dihidangkan.

Usai mereka bertiga makan, Izara mula membasuh pinggan di tepi perigi. Kerana sudah biasa dengan tugas semasa tinggal bersama ibu dan adik-beradik tiri di rumah dahulu, Izara tidak lagi kekok walaupun tiada air paip dan sinki di sini.

Mak Kasturi menghampiri Izara semasa gadis itu sedang membasuh.

"Mak tak pernah tengok Kelana gembira macam ini bila dia bawa tetamu pulang. Mak pun suka ada teman di rumah yang rajin macam anak ini." Ujar Mak Kasturi dengan senyuman yang terukir buat pertama kali.

***

Kelana sedang mengasah parang di pangkin apabila Izara duduk di sebelahnya.

"Pernah tak sesiapa kembali ke sini selepas keluar melalui kabus?" Tanya Izara.

"Hamba belum pernah jumpa lagi. Mungkin juga boleh. Tapi keadaan mungkin tidak sama lagi seperti sebelumnya." Jawab Kelana.

"Maksud Kelana?"

Kelana seperti serba salah dengan soalan Izara, seolah-olah dia telah memberitahu lebih daripada yang sepatutnya.

"Hamba akan ke hutan mencari binatang buruan. Tuan hamba bolehlah bantu ibu hamba mencari kayu api. Tapi jangan pergi terlalu jauh." Pesan Kelana sebelum dia beredar dengan tergesa-gesa meninggalkan Izara dalam keadaan terpinga-pinga.

***

Izara asyik memerhatikan pemandangan di perkampungan yang berada di tengah-tengah Hutan Kabus Melintang. Rumah-rumah kayu beratap rumbia di situ jaraknya agak jauh antara satu sama lain. Ingin rasanya dia berjalan dan bertemu dengan penghuni yang lain, tetapi dia dapat rasakan dia ada misi yang lebih besar dan masa semakin suntuk dan sukar dijangka.

Izara berefleksi tentang kewujudan Hutan Kabus Melintang yang penuh misteri ini. Kabus yang ada umpama portal yang menghubungkan alam yang berlainan dengan pergerakan merentas garis masa. Terlalu banyak yang dia ingin tahu tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk bermula.

"Jauh Izara termenung," suara Kelana dari belakang. Dia turut duduk di pangkin bersama Izara. Di tangannya sebilah parang bersama batu asah.

"Indah sungguh suasana di sini. Jauh beza berbanding dengan tempat Izara."

"Kenapa dengan tempat Izara?" Kelana membasahkan sedikit bilah parang sebelum mula mengasah.

"Di sana manusia sibuk mengejar pembangunan mengikut ukuran mereka. Akibatnya kawasan hutan seperti ini akan diratakan untuk dijadikan tapak perumahan, lebuh raya, padang golf..."

Kelana hanya tersenyum.

"Akibatnya macam-macam malapetaka yang berlaku. Pemanasan global. Tanah runtuh. Kesan rumah hijau. Eh! Izara minta maaf. Izara bercerita seolah-olah Kelana faham apa yang Izara maksudkan."

"Tak mengapa. Kelana mungkin tak faham, tapi Kelana faham kerugian kalau hutan seindah Hutan Kabus Melintang ini hilang." Jawab jejaka itu sambil terus mengasah parang.

Izara sempat mencuri pandang memerhatikan wajah dan susuk tubuh Kelana. Lengannya yang sasa mengasak batu pada bilah parang. Sesekali dia menguji ketajaman bilah itu dengan jarinya.

Lekas-lekas Izara mengalihkan pandangan yang sudah terlalu lama memerhatikan raut wajah Kelana.

"Sebelum Izara tiba di sini, Izara terjumpa seorang tua. Rambut dan janggutnya putih. Wajahnya sudah cekung, tapi berseri-seri." Izara mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan Kelana yang rupawan.

"Siapa nama dia?"

"Tak tahu. Belum sempat tanya dia dah hilang."

"Hilang macam itu saja?"

"Ya, hilang macam tu saja."

"Pelik ya? Apa yang dia beritahu Izara?"

"Dia beritahu Izara tentang hutan ini. Tentang orang yang mencari jawapan akan bertemunya di sini. Dia beritahu dia adalah musafir yang mengembara di alam yang tidak zahir kewujudannya..."

"Bagaimana rupa dia? Rambut dan janggut dia agak panjang. Dia pakai jubah putih. Di tangannya ada kayu yang bengkang bengkok seperti tongkat kayu yang panjang. Betul?"

Izara mengangguk. "Kelana kenal dia?"

"Kelana belum pernah jumpa dia secara bersemuka. Dia selalu datang dalam mimpi. Dia yang beritahu Kelana tentang tempat ini. Biasanya dia akan muncul bila Kelana ada kemusykilan tentang sesuatu. Dia juga beritahu Kelana tentang tugas Kelana di sini. Tentang orang asing yang masuk ke kawasan ini seperti Izara. Apa yang Kelana beritahu Izara dulu semuanya dia yang beritahu."

Kini Izara sudah mula mengerti.

'Siapa agaknya orang tua misteri itu?' Izara melayan fikirannya.

"Kelana nak pergi memburu sekarang. Izara tolonglah ibu Kelana di rumah ya? Mungkin boleh tolong kutip kayu untuk memasak."

"Baiklah," jawab Izara.

"Jangan pergi terlalu jauh. Bimbang Izara sesat pula nanti." Pesan Kelana sebelum dia berlalu meninggalkan Izara.

***

Izara berjalan menelusuri denai di kawasan berhampiran rumah Kelana dan Mak Kasturi. Dia mengutip ranting-ranting kayu kering yang jatuh di sekitar kawasan rumah. Ranting-ranting itu akan digunakan untuk memasak air dan makanan yang menggunakan tungku.

Dia terlihat sebuah pohon kayu yang agak kering tidak jauh dari tempat dia mengutip kayu api. Kawasan itu agak jauh dari rumah Kelana, tetapi Izara menggagahkan diri untuk ke sana.

'Lebih baik aku ambil kayu yang lebih besar seperti ini daripada ranting-ranting yang kecil. Tak payah mengutip kayu api setiap hari lagi.' Bisik Izara bersama parang di tangah yang akan digunakan untuk menutuh dahan-dahan kering di pohon itu.

Suasana agak suram dan berbalam dengan pohon-pohon hutan yang tinggi meneduhi kawasan itu. Izara dapat rasakan kedinginan dalam kesuraman itu.

Tidak lama kemudian kabus muncul secara tiba-tiba di kawasan itu.

Sebahagian daripada diri Izara melonjak gembira kerana dia berpeluang pulang ke tempat asalnya, dan bukan lagi berada di tempat yang terlalu asing baginya ini.

Tetapi dia sedar sekiranya dia meninggalkan tempat ini dia terpaksa meninggalkan Kelana, jejaka yang sudah mula menambat hatinya. Dia juga terpaksa meninggalkan Mak Kasturi yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

Izara tercegat di depan kabus. Berbagai perkara bermain di benaknya, tentang pilihan dan keputusan yang akan dibuat.

'Adakah aku akan dapat bertemu Kelana dan Mak Kasturi lagi? Apa yang Kelana maksudkan dengan keadaan mungkin tidak akan sama seperti sebelumnya?' Izara terpaksa memilih dalam kehadiran peluang yang tidak disangka-sangka itu.

Setelah beberapa lama berdiri tegak di situ, dia berpaling untuk berpatah balik. Jantungnya seperti berhenti berdegup buat seketika apabila dia ternampak lelaki tua berjubah putih dengan janggut putih tercegat di depannya.

"Buatlah keputusan berdasarkan mata hati dan akal. Jangan sampai ada sesuatu yang mengalih perhatian kamu dari perkara yang utama." Suara orang tua yang berada beberapa meter di hadapan Izara. Dia muncul secara tiba-tiba tanpa ada tanda kehadirannya melalui tapak yang memijak daun dan ranting kering di situ.

"Apa maksud pak cik?"

"Kamu tahu apa tujuan kamu yang sebenar ke sini. Jangan sampai ada sesuatu yang menghalang daripada mendapatkan jawapan yang sebenar."

Izara masih belum mengerti apa yang dimaksudkan oleh orang tua itu. Dia berkalih pandangan melihat kabus sambil cuba memikirkan maksud kata-kata orang tua itu.

"Tapi saya..." Izara ingin mendapatkan penerangan lanjut lelaki itu. Malangnya seperti sebelum ini, orang tua itu telah hilang lagi. Dia hilang dalam sekelip mata, sebagaimana dia muncul.

Izara mengeluh kesal. Terlalu sukar untuk dia membuat keputusan.

'Kalau aku masuk melalui kabus, mungkin aku akan pulang ke kampung halaman aku. Tapi apakah agaknya tujuan aku dihantar ke sini?' Izara keliru.

'Mungkin ini adalah peluang untuk aku ubah kehidupan aku. Di tempat asal aku pun tiada apa lagi yang hendak aku kejarkan. Aku tinggal sebatang kara. Tapi di sini aku ada Mak Kasturi dan Kelana.' Izara berhujah dalam diam.

Akhirnya dia membuat keputusan.

Dengan yakin Izara berpatah balik. Ranting dan dahan kayu di tanah dikutip bersama parang yang ditinggalkan tadi.

7 ulasan:

  1. heheheh sweet nyer...tak henti2 tersengih nih heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Nur..
      Hihi.. tengah belajar ni.
      Tak reti tulis citer 'sweet-menyuweet' sebenarnya... ^_^

      Padam
    2. hehe ..bagi saya sikap izara yang malu-malu tu yang saya rasa sweet sgt ,dalam rasa hati mahu tp kerana kerana memikirkan batas pegaulan dia x buat cuma dpt berangan jer ..hhehehe itu yang buat saya tersengih heheh

      Padam
    3. TQ Nur sebab sudi beri feedback. ^__^

      Padam
  2. izara pernah dtg ke situ ke sebelum ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum.. tapi cerita ni memang dah dirombak sedikit dari yang asal.
      Terima kasih joijoi80 sudi singgah.. ^_^

      Padam
  3. Kepada pembaca Kisah FANTASIA IZARA ini, ada kesilapan dalam jalan ceritanya selepas dirombak. Bab 3 ini telah diedit semula. Harap maklum.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?