Jari jemari Daniel bagai menari di atas papan keyboard
pianonya sambil menghayati alunan irama yang berdenting bagai membelai
gegendang telinga melalui headphone yang dipakai. Dia tenggelam dalam satu alam
fantasia muzikanya sendiri di malam yang sunyi dan dingin, bersama piano teman
setianya di kala jiwa resah dan gelisah. Teman setia ketika tiada lagi insan
bernama isteri untuk menemaninya di waktu jiwa yang bergelodak gelora seperti
ni.
Irama Ombak Rindu dialunkan bersama bait-bait lagu itu
bermain di minda Daniel.
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Peristiwa yang berlaku kira-kira lapan tahun lalu sering
singgah di fikirannya di kala jiwa kosong dan resah.
“I dah bosanlah Daniel. Hidup dah lain sekarang ni. Dah tak
macam dulu.” Luahan hati isterinya pada ketika itu.
“Apa maksud sayang? Abang ingat Sofia
bahagia dengan keluarga kita.” Daniel inginkan penjelasan.
“Bahagia? I dah bosanlah Daniel. I rindukan masa kita
mula-mula dulu. I mahu rasa bebas macam dulu. Bukan terperap di rumah kena jaga
anak-anak macam ni.” Sofia
melepaskan perasaan yang berbuku di hatinya.
“Bawak istighfar Sofia. Kenapa Sofia macam ni sekarang? Dulu
tak macam ni”. Mungkin Sofia tertekan. Daniel cuba
menenangkan perasaan Sofia.
“I dah tak sanggup nak merahsiakan daripada you Daniel. I
sebenarnya dah ada lelaki lain. I nak minta cerai. You jangan risau. I tak akan
mintak hak penjagaan anak-anak kita. I serahkan mereka kepada you. ” jawaban Sofia
yang mengungkai semua kemusykilan yang tersimpul di benak Daniel terhadap
perubahan pada isterinya Sofia.
Luruh hati Daniel ketika itu. Rasa kepercayaannya kepada
insan bernama wanita telah lenyap umpama bulan purnama dilitupi awan. Gelap
gelita tanpa kelihatan bayang walaupun sedikit.
Daniel telah berkahwin dengan Sofia
ketika usia masih muda dan mentah semasa melanjutkan pelajaran di Indiana. Sofia
terpaut dengan wajah Daniel yang tampan. Kulitnya yang cerah dengan wajah
seperti kacukan arab, melayu dan cina. Bukan Sofia sahaja, tetapi ramai gadis
telah terpaut. Kerana takut kehilangan Daniel, Sofia
telah mengajak Daniel berkahwin. Dengan restu ibu bapa di Malaysia,
mereka telah diijab kabulkan. Mereka dikurniakan tiga orang anak selama tempoh
belajar di sana dan pulang ke tanah
air sebagai sebuah keluarga.
Cinta Sofia kepada Daniel berlandaskan keseronokan hidup.
Hidupnya bahagia bersama lelaki yang tampan dan segak seperti Daniel, tetapi
tanggungjawab sebagai isteri dan ibu mengongkongnya dari mengecap kebebasan
seperti dahulu. Akhirnya dengan hati yang berat dan luluh Daniel terpaksa melepaskan
Sofia.
“Papa belum tidur lagi?” suara Hazim, anak sulungnya yang
sudah remaja berumur 17 tahun. Di belakangnya
Hamdani yang berumur 15 tahun dan Halida anak bongsunya berumur 10
tahun.
Setelah selesai mengalunkan irama Ombak Rindu di pianonya
Daniel mengelamun melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap yang disinar suram
cahaya bulan. Bila terdengar suara Hazim dia berpaling melihat ketiga-tiga
anaknya.
“Come. Come here” ujar Daniel sambil melambaikan tangan ke
arah anak-anaknya sebagai isyarat supaya datang dekat. Keempat-empat anak
beranak itu berpelukan. Hazim mencium dahi ayahnya. Hamdani mencium pipi kirinya.
Halida mencium pipi kanan Daniel dan dibalas dengan ciuman oleh Daniel pada
pipinya yang tembam dan gebu.
“Selamat malam, Papa” suara ketiga budak-budak itu.
“Selamat malam. Assalamualaikum” suara Daniel
“Wa’alaikumsalam” jawab budak bertiga sebelum menutup pintu
bilik yang digunakan oleh Daniel untuk melayan jiwa sayunya bersama irama piano
itu.
Semenjak ditinggalkan Sofia,
Daniel mula berjinak dengan hobi baru. Pengalaman bermain piano semasa kecil
masih segar di ingatannya. Kebolehan membaca nota muzik dari pelajaran semasa
kecil banyak menyemarakkan minatnya di dalam bidang itu semenjak pemergian Sofia.
Kekosongan hidupnya daripada ditemani seorang wanita di sisi dipenuhkan dengan
dayuan dan dentingan irama piano. Malam sunyinya diisi dengan mainan jemarinya
di atas papan piano yang bergema menerusi headphone tanpa mengganggu insan
lain.
Daniel terus melayan perasaan yang sepi dan kosong dari
belaian seorng isteri di saat yang getir untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya
tanpa seorang ibu.
Jari jemarinya menari lagi mengalunkan Beribu Sesalan.
Baris-baris kata lagu itu meruntun hati Daniel dengan makna yang tersirat
berlagu di mindanya dalam kesunyian malam.
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku
***
Daniel memeriksa akaun facebooknya. Telah banyak fail audio
yang dimuat naik untuk lagu-lagu alunan pianonya. Dia hanya meletakkan gambar
piano sebagai profail facebooknya bersama nama Daniel. Dia malas melayan
perempuan-perempuan yang hanya tertarik kepada rupa wajahnya. Dia sudah serik
dengan cinta wanita yang hanya berpandu kepada rupa paras.
Akan aku keraskan hati ini. Biar ada tembok batu yang
memisahkan aku dari cinta walaupun seorang wanita di luar sana.
Hidupku kini hanya untuk membesarkan Hazim, Hamdani dan Halida, walaupun tanpa
seorang isteri untuk berkongsi susah-senang, suka-duka dan sakit-pening
bersama. Cukuplah sekali. Ia tidak akan berulang lagi. Hati Daniel seakan mahu
menguatkan jiwanya dari kerapuhan jiwa lelakinya kepada perangkap cinta insan
bernama wanita.
Hari ini ada mesej diterima lagi di akaun facebooknya. Dari
orang yang sama. Seseorang bernama Intan, bersama gambar profail sebutir intan
yang berkilau. Dia telah periksa profail penghantar mesej itu. Seorang wanita.
Tetapi tiada butir-butir lain, walaupun satu gambar foto sekalipun.
Telah banyak dia membaca mesej dari wanita bernama Intan
sebelum ini.
“Saya suka alunan piano awak. Meresap ke jiwa. Saya seperti
terbuai dalam satu alam lain. Alam yang awak cipta bersama alunan piano awak.”
“Pandai awak main piano. Tidak pernah saya dengar seseorang yang
boleh membuai jiwa saya dengan alunan piano seperti ini”
“Saya selalu mendengar alunan piano. Tetapi alunan piano
awak lain. Seperti ada perhubungan dengan jiwa yang telah pernah merasa
kepedihan. Atau mungkin sedang memujuk hati yang lara dan sayu.”
Ah, ini tentu ada perempuan yang mahu memainkan perasaan
aku. Malas aku mahu melayan. Bentak hati Daniel.
Tapi mesej yang diterima dari Intan hari ini berlainan
sekali.
Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA
Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI
anak2 y sweet..
BalasPadam:)
BalasPadamnakal lah anak2 daniel..
BalasPadamgood job..
buat2 tertanya2 dari awal siapa intan 2 ingat kan sofia huhuuu nasib baik bkn.. i-p
hihihi... tq iniakuyangpunyahati :)
BalasPadamwaahh.. smua anak2 bermula dgn 'H'.. nice.. yana suka..
BalasPadampiano.. nak belajaq juga.. hehehe..
superb la ..
en. writer..sy try cri nk bca smbgn dy dkt group..tp x jumpa pun..huhu..
BalasPadammiss n
Memang belum ada lagi... kisah ini dan beberapa cerpen lain akan muncul dalam Antologi Cerpen Kembara Mencari Cinta tidak lama lagi, insya-Allah.. harap bersabar ya.. ^_~
Padam