PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Jumaat, 18 September 2015

SAYANG MUSTIKA (BAH.1)



Sayang Mustika
Sebuah cerpen oleh Salleh Kausari


I

ADHAM termenung di salah sebuah bangku logam yang berderet di platform itu. Derum enjin bas dan hiruk-pikuk suara manusia berbaur dalam bahang dan bau asap. Sesekali matanya menjeling jam di tangan. Kadang-kadang dia membelek tiket yang tersemat di dalam poket baju. Keresahan menanti ketibaan bas yang akan membawanya pulang ke kampung.

Sebenarnya bukan bas itu yang menjadi punca keresahannya. Banyak lagi. Segulung ijazah yang baru dimiliki. Tempoh beberapa bulan yang dihabiskan kerana menganggur dan gagal mendapatkan kerja yang sesuai. Lelah naik turun bangunan dan masuk keluar pejabat untuk temuduga masih terasa. Namun belum ada satu pun yang menyangkut.

'Apa lagi yang boleh aku buat? Apa guna ijazah kalau tak boleh digunakan? Bukan aku memilih sangat. Tapi kalau boleh biarlah yang menjanjikan masa depan yang baik dengan apa yang aku ada. Sayang kalau aku terpilih yang bukan dalam bidang aku.' Celoteh hatinya setelah apa yang berlaku.

Setelah penantian belum membuahkan hasil, dia buat keputusan untuk pulang ke kampung.

'Baik aku tenangkan fikiran sekejap sebelum menyambung usaha mencari kerja. Mudah-mudahan ada kekuatan untuk fikirkan strategi baru memikat hati bakal majikan. Manalah tahu kali ni ada yang berminat ambil aku.' Dia menyedapkan hati.

Dia melihat jam. Bas sudah hampir tiba.

"Nak, nak beli gambar. Cantik. Pak cik jual murah je." Suara lelaki dalam separuh abad di sebelahnya. Wajahnya kusam dibakar mentari. Baju kemeja lusuh yang dipakai tidak bergosok dan nampak sudah dimakan usia. Songkok hitam yang dipakai juga nampak lusuh. Jambang putih yang mengintai keluar dari dagu jantannya nampak selekeh.

Isnin, 24 Ogos 2015

SUMPAH QURAISHAH (BAH.1)

SUMPAH QURAISHAH



I

Asap kemenyan memenuhi ruang kamar berlantai dan berdinding kayu dengan aroma yang menyesakkan nafas dan memabukkan. Angin menerjah lesu dari tingkap, mengibarkan kain polos yang digunakan sebagai langsir.

Seorang wanita di hujung dua puluhan memegang sebuah foto Polaroid. Darah menitis dari jari yang baru dihiris ke dalam mangkuk. Pedih torehan pada jarinya tidak dapat menandingi kepedihan yang dia rasa dalam hatinya. Mulutnya terus kumat-kamit membaca mantera. Foto itu kemudiannya dilalukan pada asap kemenyan yang berkepul-kepul keluar.

Selesai ritual itu, dia memandang foto dengan jelingan yang menjengkelkan. Gambar dirinya sendiri sedang berkebaya bersama kelubung kepala di sebelah meja solek antik kayu jati. Senyumannya yang melebar menambahkan kejengkelan yang tergambar pada wajahnya.

"Hari ini aku puas. Aku telah berjaya memperdaya manusia yang hanya pandai menghukum orang seperti aku. Mereka sewenang-wenangnya menghina aku semasa aku melarat dan dalam kesusahan. Bertahun-tahun aku berendam tangisan kerana perbuatan mereka.”

Khamis, 16 Julai 2015

MENGINTAI DARI JENDELA SYAWAL (BAH.1)


MENGINTAI DARI JENDELA SYAWAL


Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Lailahaillahu Allahu akbar
Allahu akbar walillahilhamd

Syahdu gema takbir di malam itu menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulalah lembaran Aidil Fitri.

Alqaff Jufrie membelek isi sebuah tin biskut Danish Cookies yang sudah kosong. Biskut di dalamnya kini berisi memorabilia yang menyentuh hati. Sebuah gelang manik dengan nama Qarmiela adalah di antara isinya. Begitu juga sehelai kertas bertulis resepi kek pelangi yang dia minati. Kek pelangi tradisional itu bukan seperti kek pelangi berlapis yang menjadi kegilaan pada masa ini.

Gelang itu sengaja tidak diserahkan kepada anak tunggalnya. Melihat Qarmiela memakai gelang itu sama seperti menikam belati ke jantungnya. Merasa perit kehilangan wanita yang pernah hadir dalam hidupnya dan menyerikan setiap malam dan siang.


Dia begitu rindu dengan kek pelangi yang pernah dibuat oleh isterinya. Dia berharap Qarmiela akan mewarisi kebolehan itu. Malangnya jiwanya terasa terbelenggu dek malapetaka yang melanda hidupnya.

Terngiang di telinga Alqaff Jufrie perbualan dengan ibunya sebentar tadi.

Jumaat, 10 Julai 2015

MENDAKAP SALJU SURATAN (BAH.1)




MENDAKAP SALJU SURATAN

I
Nurul Aini merengus sambil menanggalkan helmet. Mentari dirasakan seperti api pemanggang gril yang berada tepat di atas kepala. Sambil menanggalkan jeket dia mengomel sendirian.

"Kenapa aku bodoh sangat pilih bidang ni. Tengok, dapat kerja wartawan cabuk je. Hari-hari kena kerja luar. Ke sana-sini naik motor dalam keadaan tak kira cuaca. Nak meredah trafik jem yang tak habis-habis di KL ni. Kena pulak panas terik dalam bulan puasa ni. Sampai muka aku dah tak ada rupa pompuan lagi dah. Kusam semacam je. Member yang ambil jurusan lain syok bekerja di ofis dengan aircond. Bukan macam aku."

Dia melangkah dengan hati yang panas. Ditambah pula dengan tekak yang kering dan perut yang berkeroncong sebab terlepas bersahur awal pagi tadi.

Selasa, 16 Jun 2015

CERPEN: MANUSKRIP - BAHAGIAN 1




CERPEN: MANUSKRIP

I

DEMI merenung skrin kosong. Lama. Sesekali matanya berkelip. Kemudian dia renung lagi. Dia garu hidung. Dia sambung renung skrin dengan kursor berkelip-kelip menunggu aksara disusun berderet menjadi ayat.

“Ah! Sampai bila aku nak terus macam ni?”

Jemarinya menari di atas keyboard.

Ahad, 24 Mei 2015

MANTERA CERMIN PUAKA BAHAGIAN 1


MANTERA CERMIN PUAKA

 [ I ]





Kelas Profesor Riyaz gamat setelah kelas selesai.

"Nanti dulu. Saya ada satu pengumuman." Katanya.

Kelas kembali senyap. Profesor Riyaz menulis di papan putih.

"Projek kursus untuk semester ni, saya bagi tugasan untuk kamu semua siapkan video dengan tempoh lima minit. Skopnya adalah tentang urban legend yang ada di sekeliling kita. Buat dalam bentuk drama pendek dengan elemen saspens dan teknik yang telah kamu pelajari selama ini."

Kelas kembali riuh apabila pelajar-pelajar tidak sabar memulakan sesi brainstorming.

"Nanti dulu. Ada berita baik untuk dijadikan pembakar semangat kamu. Konsep video terbaik mungkin akan digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan untuk dijadikan drama atau filem."

Kelas kembali gamat. Lebih gamat lagi.

"Untuk projek kali ini saya nak kamu pecah dalam grup empat atau lima orang. Boleh pilih partner kamu sendiri. Sebelum bersurai, saya nak senarai kumpulan kamu. Boleh bentuk grup sekarang. Pilih ketua kumpulan sekali."

Kedengaran riuh bunyi kerusi ditarik ke merata tempat. Akhirnya empat kumpulan terbentuk. Cuma kumpulan yang terakhir masih belum berkumpul dalam kelompok mereka sendiri.

Tiga kumpulan lagi sudah mula rancak berbincang. Kumpulan keempat kelihatan tidak bersemangat.

"Nampaknya kita terpaksa jadi kumpulan keempat." Suara lesu Efrad, jejaka bertubuh sasa. Dia bersandar dengan malas.

Khamis, 23 April 2015

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: BAB 15

BAB 15

"Menyesal aku ikut cadangan Hazrel. Duduk dalam bas lagi bagus." Rungut Khair.

"Sudah, tak payah nak fikir lagi. Benda dah jadi." Bidas Mael.


"Entah-entah semua dah berkumpul dalam bas. Pak Maun pun dah jalan. Habis kita kena tinggal kat sini. Silap haribulan polis datang cari kita tapi tak jumpa. Kita pun disahkan sebagai hilang macam penerbangan MH370. Hilang macam tu saja. Ada yang kata kita kena sorok dengan..."

Isnin, 20 April 2015

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: BAB 14

BAB 14




Kawasan yang dilalui oleh Syed dan gengnya tidak rata. Mereka mendaki dan menuruni cerun kawasan berbukit itu sebelum tiba di banglo usang yang tersergam. Pagar besi berwarna putih yang merintangi laluan ke banglo itu sudah mula berkarat di sana sini.

"Kau rasa ada orang tinggal di sini?" tanya Arjun.

"Entah. Nak tahu kenalah ketuk pintu." Syed buat selamba.

"Hei Syed! Jangan berani sangatlah. Kita tak tahu apa ada dalam rumah tu." Lim protes.

Namun sudah terlambat. Syed sudahpun menarik selak pintu pagar dan membukanya.

Kreeeeeek!

Bunyi pagar yang sudah lama tidak disapu gris di bahagian penyambung memecah kesunyian.


Belum sempat Syed mengetuk, pintu depan sudahpun dibuka. Lim dan Arjun bersembunyi di belakang Syed.

Khamis, 16 April 2015

SUMPAHAN PENGEMIS TUA: BAB 13

BAB 13
  


"Ke mana hilangnya perempuan tadi?" Melilau mata Hazrel. "Mustahil dia boleh hilang macam tu aje."

"Rel, apa kena dengan kau? Jom baliklah. Risau aku menengok perangai pelik kau ni." Rungut Aqim.

"Kau tak nampak perempuan tadi? Ada perempuan lalu kat kawasan ni." Matanya terus melilau.

"Jom kita balik Rel. Aku pernah dengar, ini semua kerja benda dalam hutan yang cuba nak sesatkan kita." Jojo cuba memujuk.

"Aku pasti apa yang aku nampak tadi. Memang ada."


"Dalam hal ini aku setuju dengan Jojo. Baik kita balik sebelum..." Aqim turut risau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?