PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 9 Oktober 2016

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.5

BAHAGIAN 5

“Cik! Ke tepi! Ada keretapi tu!” Pekik Manap.

Dia panik. Dia tidak tergamak turun untuk menyelamatkan gadis itu yang dilihat seperti menghadapi masalah psikologi.

Manap terpandang petugas stesen yang ada tidak jauh darinya. Dia meluru ke arah lelaki itu.

“Ada perempuan kat rel tu!” pekik Manap.

Lelaki itu hanya tercegat berdiri, seolah-olah tiada perasaan melihat kejadian cemas tu.

“Apa kena dengan dia ni?” Manap bengang setelah melihat keretapi semakin hampir. Begitu juga lelaki yang ada di situ.

“Kenapa encik?” tanya petugas itu.

“Kenapa kau tanya? Kau tak nampak tu?” jerkah Manap dalam keadaan panik dan bengang.

“Encik, bawa istighfar. Baca ayat kursi.” Katanya sebelum dia juga mengalunkan bacaan yang sama.

“Kenapa dengan kau ni? Ini bukan masanya. Sekarang nyawa perempuan tu lagi penting! Apa kena dengan kau ni?” Manap seperti orang hilang akal.

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.4

BAHAGIAN 4

“Cik!” Tanpa memikirkan dirinya, Manap berlari ke arahnya. “Cik! Ada keretapi tu!”

Gadis itu memandang Manap tanpa ekspresi. Akhirnya Manap nekad ingin menolak gadis itu. Alangkah terkejutnya apabila dia terasa seperti menolak pancaran hologram. Gadis itu masih di situ. Kerana tergamam, Manap terlambat bertindak apabila keretapi mula menghampirinya dengan cahaya yang menyilaukan.

Beberapa hari kemudian…

BERITA akhbar METRO memaparkan kisah yang begitu aneh.

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.3

BAHAGIAN 3

MANAP melihat jam dengan malas. Dia terasa seperti orang bodoh. Sudah beberapa kali dia naik dan turun tren komuter berulang kali. Bermula di stesen tepi tasik, dia naik tren dari arah bertentangan. Kemudian dia bertukar arah untuk menuju ke stesen tasik.

Setelah berbual dengan beberapa kakitangan stesen komuter itu, Manap dapat tahu komuter yang dimaksudkan adalah yang menuju ke kawasan tasik. Di stesen untuk ke tasik, kelibat itu akan hilang. Malah ada yang mengaku ternampak kelibat itu berlegar di kawasan rel. Gerabak yang dimaksudkan adalah gerabak yang paling hadapan.

“Sia-sia je kerja aku naik turun keretapi macam orang gila. Duit pun habis macam tu aje.” Bebelnya dalam lirih.

Tren komuter yang dinaiki adalah yang terakhir untuk malam itu. Sebentar lagi dia akan tiba di stesen sebelah tasik.

“Nampaknya terpaksalah aku tulis berdasarkan apa yang aku dengar je.” Keluhnya ketika tren mula menghampiri destinasi.

Gerabak yang dinaiki memang kurang popular. Semenjak kes kelibat perempuan berkurung dan berselendang putih muncul, ramai yang memilih gerabak lain. Kalau ada pun mungkin yang tidak mengetahui cerita di sebalik gerabak itu, atau yang memang sengaja inginkan thrill jika ternampak kelibat itu.

Malam itu ada tiga orang saja yang ada di situ selain Manap.

Manap turun dari gerabak dengan rasa hampa. Dia melihat buat kali terakhir kawasan itu sebelum beredar.

“Haaai… nasib betul! Sia-sia rancangan aku.” Gerutunya.

Dia melihat seorang demi seorang penumpang meninggalkan stesen. Hinggalah dia terpandang seseorang yang menangkap perhatiannya. Seorang gadis memakai baju kurung dan selendang putih tercegat memandangnya di hujung platform. Tiada sesiapa yang ada di situ selain gadis itu.

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.2

BAHAGIAN 2

MANAP keluar dari pejabat Encik Hadi, bosnya dengan senyum lebar. Artikel pertama yang ditulis mendapat pujian.

“Alhamdulillah, aku berjaya jaga reputasi aku dengan artikel pertama yang aku tulis.” Kata Manap ketika berbual dengan Zali.

“Tahniah. Baguslah kalau macam tu.” Puji Zali.

“Tapi… aku rasa tak puas hatilah.”

“Kenapa?”

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.1


MiSTiQ
MISTERI GADIS KOMUTER.

BAHAGIAN 1
MANAP memerhati mejanya di tempat baru. Masih kosong dan bersih. Hanya ada monitor dan CPU Compaq berwarna putih yang berusia dalam anggaran setahun lebih. Pembahagi workstation berkain kasap kelabu juga kosong. Hanya ada kalendar bersama contengan oleh pengguna sebelumnya.

Tray dokumen juga kosong. Manap mengeluarkan laptop di ruang kosong bersebelahan dengan komputer. Dia mula memeriksa emel dan akaun media sosial yang lain.

“Assalamualaikum.” Seorang lelaki muncul di sebelahnya sambil menghulur salam.

“Waalaikumsalam,” jawab Manap, terkejut sedikit disergah begitu.

“Manap kan?” tanya lelaki itu lagi.

Manap angguk.

“Saya Zali. Kawan Rizal.”

“Ooo… ya, Rizal ada ceritakan.” Manap angguk lagi.

Zali melihat sekeliling sebelum mula berbicara.

“Rizal ada cerita pasal wartawan yang kerja sebelum ni?” Zali menurunkan sedikit suaranya.

Rabu, 7 September 2016

MiSTiQ: Cerpen bersiri interaktif (SIRI BARU!!!)

MiSTiQ
Cerpen Bersiri Interaktif

“Tersilap pilih, maut padahnya!”



ABDUL Manap atau lebih dikenali sebagai Manap rasa teruja hari itu. Bukan selalu dia diraikan seperti ini. Selepas waktu pejabat, rakan setugas memesan pizza untuk semua staf di bahagian yang sama.

“Tahniah!” ucap Karim, wartawan seperti Manap.

“Terima kasih. Susah-susah aje korang semua ni.” Manap rasa terharu.

“Tak ada hal. Bukan senang nak jadi wartawan kat majalah Mistiq tu. Bila kau dapat, kami pun tumpang gembira.” Kata Karim.

“Betul tu Manap. Aku bangga dapat kawan yang dapat kerja kat majalah tu.” Sampuk Rizal. “Cuma… err… aku ada terdengar berita yang tak berapa sedap pasal majalah tu.”

“Hish kau ni Rizal. Aku belum mula kerja kat sana, kau dah bagi aku rasa tak sedap hati.” Manap terasa.

“Yalah Rizal. Orang bagi semangat, bukan menjatuhkan semangat. Kawan apalah kau ni!” Karim pun tidak setuju.

“Apa tanggapan korang, itu aku tak kira. Tapi aku rasa bertanggungjawab menyampaikan. Kau nak terima atau tidak, itu lain kira.” Rizal cuba menegakkan pendiriannya. “Aku dengar ada perkara tak elok berlaku pada wartawan sebelum kau. Dia hilang macam tu aje.”

Tengkuk Manap mula meremang. Dia rasa tidak selesa dengan tiba-tiba. “Apa lagi yang kau dengar pasal wartawan tu?”

Selasa, 6 September 2016

SLOT CERPEN SERAM INTERAKTIF



Slot seram terbaru bermula bulan ini. Menampilkan 9 cerpen seram interaktif dengan pelbagai elemen cabaran hasil cadangan ahli grup Laman Inspirasi Pena VR.

Abdul Manap, wartawan majalah Mistiq mencari bahan untuk segmen Seramania. Dia bertemu dengan pelbagai sumber kisah seram, tetapi dia terpaksa membuat pilihan supaya dapat membongkar kisah misteri berdasarkan klu oleh sumber yang menceritakan kisah itu.

Pembaca bertanggungjawab memandu Manap agar membuat pilihan yang tepat, atau... 

AKAN DATANG!!!
Hanya di PENA VR (skausari.blogspot.com)

Jumaat, 10 Jun 2016

CERPEN SAI FAI THRILLER - LIF


Shahidee menghantar dokumen ke tingkat 13 Menara RJ. Apabila dia keluar dari lif, dia dapati segalanya berlainan dari tempat yang dia telah biasa. Keadaan bumi juga telah berubah dan menghadapi masalah alam sekitar yang teruk. 

Apa yang telah terjadi? Di mana dia sebenarnya? Benarkah ada dunia parallel seperti yang sering menjadi isu dalam filem saifai atau fiksyen sains?

Mungkin jawapannya ada dalam cerpen LIF oleh Salleh Kausari. Kini disiarkan di portal Ilham Karangkraf.

KLIK DI SINI UNTUK BACA

Cerpen-cerpen thriller lain oleh S.Kausari.


Harap maaf. Ada siaran cerpen-cerpen ini yang telah ditamatkan dan hanya sedutan disiarkan kepada umum. Namun jika berkesempatan, mungkin akan dijadikan kompilasi suatu hari nanti.

Harap maklum.
 1. BUAYA DI DANAU KESUMAT (Sedutan)







2. MAWAR SEPULTURA (Cerpen penuh)






3. B.A.R.A.N (Sedutan)







4. MEGALOMANIA (Sedutan)





















Sabtu, 14 Mei 2016

CERPEN THRILLER: POTRET



Qadriya Qasha, seorang penulis yang sedang meningkat naik. Kerana satu kesilapan dia telah jatuh menjunam angkara seorang pembaca.

5 tahun berlalu, si pembaca itu telah menjadi penulis tersohor dengan nama pena Riella Syamel.
Bayangan silam menjejak, mengejar dan mengancamnya kerana perbuatan lampau.

Apakah kesudahannya?

Bila kali terakhir anda mendengar bisikan halimunan di telinga?

KINI DISIARKAN DI ILHAM KARANGKRAF!!!




PENAFIAN: 
Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa atau isu apa. Walaupun penulis telah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada pertembungan dengan realiti, sebarang persamaan harap dimaafkan. 
Apa yang dikongsi adalah semata-mata untuk dijadikan iktibar oleh penulisnya dan sesiapa yang merasakan ia perlu. Harap maklum.


Cerpen-cerpen thriller lain oleh S.Kausari. Harap maaf. Ada siaran cerpen-cerpen ini yang telah ditamatkan dan hanya sedutan disiarkan kepada umum. Namun mungkin akan dijadikan kompilasi suatu hari nanti.
 1. BUAYA DI DANAU KESUMAT
2. MAWAR SEPULTURA
3. B.A.R.A.N
4. MEGALOMANIA

Rabu, 27 April 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 5A

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.





BAHAGIAN 5A


JUNITA sengaja membiarkan telefon berbunyi.

“Ah! Entah siapalah nak mengacau aku ni. Jangan jangan datuk tu, nak ajak aku keluar agaknya.” Dia memuat andaian.

Junita terus ke dapur dan menuju ke mesin basuh.

“Mana pulak cangkul ni? Semalam aku nampak ada kat sini.” Mata Junita melingas mencari. “Takkan ada orang alihkan.”

Hatinya tergerak ingin mengintai di balik mesin basuh. Kelihatan batang cangkul itu terbaring ke lantai.

“Huh… terjatuh rupanya. Buat saspen je.” Dia meraba ke belakang mesin basuh dan cuba mencapai batang kayu dengan panjang lebih satu meter itu. Akhirnya dia berjaya.

“Dah lama aku tak menyangkul. Masa duduk kampung dulu ada juga tolong nenek buang rumput depan rumah. Basah baju dibuatnya.” Bebel Junita.

Dia melihat bahagian belakang rumah banglo. Dia pasti suatu masa dulu kawasan itu begitu indah.

Kelihatan di satu sudut batu disusun di tepi dinding. Di bawahnya ada kolam kering yang dipenuhi rumput. Ada sedikit air bertakung yang sudah hijau berlumut. Ada kerusi dan meja laman daripada besi berwarna putih di sebelahnya. Kini kebanyakannya sudah berkarat.

Tentu ada air terjun di kawasan ni dulu. Mesti seronok bersantai sambil dengar air terjun. Junita berangan.

Junita dikejutkan dengan bunyi kicau burung di sebatang pokok. Lekas-lekas dia kembali fokus dengan apa yang ingin dilakukan. Dia memandang ke kawasan lapang di tengah-tengah laman seperti dalam mimpi.

“Aduuuuh! Masak aku kalau nak kena gali lubang ni sorang-sorang. Besar lubang dalam mimpi aku tu.” Keluhnya sendirian.

Dia berdiri di bahagian yang berada betul-betul di tengah lubang besar dalam mimpinya. Junita mula mencangkul. Dia menghayun cangkul setinggi-tingginya dan mula menajak tanah. Malangnya hanya bahagian rumput yang tertanggal.

“Begitu payah aku hayun, sikit je yang terkeluar. Cis!” Junita bengang. “Lambatlah baru dapat korek dalam-dalam ni.”

Junita terus menggali hingga tubuhnya berpeluh. Lengannya terasa lenguh, tetapi dia enggan mengalah.

“Payah juga kalau Karina nampak apa aku buat ni. Esok kena marah dengan Jojo lagi sebab aku kepenatan hari ni. Tapi… ah! Lantaklah. Janji aku dapat jawapan dari mimpi aku malam tadi.”

Klekuk!
Cangkul terkena sesuatu.


Harap maaf, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sambungan bahagian ini hanya disiarkan di Grup Facebook LAMAN INSPIRASI PENA VR. Pembaca dialu-alukan menyertai grup ini untuk membaca karya-karya lain oleh penulis.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?