PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 15 Julai 2012

Dulu Benci, Sekarang ...?




 “Sandwich yang ayah buat tadi dah masukkan dalam beg Lisa?” tanya Taufiq kepada anak tunggalnya yang berbaju uniform merah jambu kotak-kotak

“Dah” jawapan ringkas budak perempuan yang masuk ke dalam kereta Nissan Sentra berwarna perak.

“Barang-barang semua dah bawak? Jangan ada yang tinggal.” Tanya Taufiq lagi.

“Alah ayah... Lisa kan dah besar. Lisa tahulah ayah. Ayah janganlah risau sangat pasal Lisa, ya ayah” jawapan budak berumur enam tahun dengan pipi tembam itu.

Taufiq hanya tersenyum mendengar jawapan Lisa. Amboi-amboi, menjawab macam orang dewasa. Hatinya berbisik dengan celoteh anak tunggalnya. Hasil perkongsiannya bersama Laila, isteri tersayang.

Tuhan lebih sayangkan dia lebih daripada aku. Hatinya selalu memujuk bila dirinya terasa kosong kerana kehilangan wanita yang pernah menyerikan hidupnya. Kini kenangan yang ditinggalkan Laila hanya pada anak tunggalnya yang memiliki mata arwah ibunya.

“Tengah hari nanti ayah balik lewat sikit ya sayang. Ayah nak tengok projek ayah di Seri Austin” lelaki berbaju kemeja biru itu bersuara lagi.

“OK” jawapan ringkas budak perempuan bernama Lisa. Dalam hatinya ada sedikit keluhan yang terpendam. Tunggu di tadika lagi hari ini. Kalaulah ada mama, tak payah tunggu ayah.

Kereta Nissan itu tiba di pekarangan Tadika Nuri lebih kurang sepuluh minit kemudian. Kelihatan berderetan kereta pelbagai jenis diparkir di sepanjang jalan yang sempit.

***

Haniza bergegas keluar dari Tadika setelah meninggalkan Hanif di situ. Anaknya hari ini pagi-pagi lagi sudah buat hal. Di rumah dia sudah meragam, dan di tadika dia tidak mahu melepaskan ibunya pergi.

“Hanif janganlah buat mama macam ni. Mama dah lewat sayang.” Haniza cuba memujuk lembut anak tunggalnya.

“Tak nak. Hanif nak mama tunggu Hanif jugak”

“Kesianlah mama Hanif. Ada orang nak jumpa mama pagi ni”

“Tak nak!” Hanif berkeras. Mujurlah penjaga tadika sama-sama memujuk Hanif. Akhirnya dia mengalah juga. Haniza akhirnya berjaya melepaskan dirinya untuk pergi bertugas.

Dahulu semasa suaminya Elyas masih ada, tugas memujuk Hanif adalah tugas rasmi Elyas. Tapi semuanya berubah bila Elyas sudah tiada. Semuanya angkara perempuan pemburu suami orang bernama Syazana. Begitu ramai lelaki bujang yang lebih eligible dan vacant, laki aku juga yang kau cari. Dasar perempuan ... . Hati Haniza selalu merungut sebegitu. Tetapi bila marah mula menguasai, cepat-cepat dia menepis fikiran itu dan beristighfar. Dia tidak mahu dikuasai emosi. Biarlah yang berlalu itu terus menjadi sejarah yang tidak mahu digenggam hingga menjadi segumpal dendam yang memakan diri. Biarlah Elyas bahagia bersama Syazana si perampas suami orang.. Astaghfirullahalazim.. Hatinya berdetik lagi.

Selesai urusan meninggalkan Hanif yang membuat ragam pagi itu, dia ditegur oleh penjaga tadika. Ada pemandu yang marah kerana kereta Haniza menghalang keretanya. Pemandu lelaki yang tidak sabar itu membunyikan hon bertalu-talu.

“Awak tak pergi sekolah memandu ke? Parking sampai block jalan ikut suka hati. Lain kali buat signboard besar-besar. Jalan ni bapak awak yang punya.” Kata-kata lelaki itu tidak beralas. Memang benar salah Haniza. Pagi ini dia kelam-kabut dengan perangai Hanif sehingga dia tidak terfikir kereta yang diparkir di situ akan membawa masalah. Disangkanya dia akan turun sekejap sahaja ke tadika itu, tapi Hanif pula membuat hal.

Rabu, 11 Julai 2012

Sebuah Ceritera Di Bulan Puasa



Joey tersentak. Langit masih gelap, tetapi dia dapat mengagak dia sudah terlewat. Habislah aku, bisik hatinya. Dia mempercepatkan langkah pergi ke Warong Maidin. Memang betul sangkaannya, Warong Maidin sudahpun tutup. Sebentar kemudian kedengaran suara laungan memanggil orang pergi sembahyang dari sebuah masjid berdekatan.

Ini semua gara-gara ahli kumpulannya yang lain. Kalau dia tidak ikut Black, Mike, Long dan Kuyu berpeleseran malam tadi, tentu dia tidak terlewat seperti itu. Semuanya kerana mengikut kehendak Black yang mahu mengurat awek-awek di perjiranan itu. Memang kerja gila menunggu di hadapan rumah orang. Kalau nasib tidak baik ada tuan rumah yang keluar dengan penyapu. Lebih malang lagi kalau ada yang keluar dengan parang panjang atau senapang gajah. Mahu lari lintang-pukang dibuatnya. Tidak mustahil juga kalau terkencing atau tercirit dibuatnya.

Penduduk di situ memang sudah kenal benar dengan kumpulan kutu rayau mereka. Bila malam mereka akan berkunjung ke kawasan sekitar itu menjengah awek-awek yang tinggal berdekatan. Bukan mereka buat kacau pun, jadi tidak ada sebab untuk penduduk kawasan itu marah mereka. Cuma Black suka mendendangkan lagu syahdu malam-malam buta masa orang tengah sedap berdengkur. Ada sekali dia dibaling kasut oleh seorang lelaki yang panas baran. Kelepuk! Bunyi kasut singgah di kepala dia. Habis semua anggota kumpulan mereka ketawa melihat Black yang terpinga-pinga dengan kepala berpinar-pinar.

Melepaslah aku hari ini, bisik hati Joey. Sekurang-kurangnya kalau dapat makan di Warong Maidin boleh juga menahan lapar sampai ke petang. Tambahan pula kedai makan banyak yang tutup bulan ini. Kalau lambat memang melepaslah alamatnya. Kenapalah aku layan sangat si Black semalam. Kalau tidak sudah tentu dia tidak akan terlepas peluang makan di warong. Hampa rasanya bila sampai makanan sudah tiada lagi. Hatinya tidak habis-habis membebel tentang rancangan Mike malam tadi. 

Khamis, 17 Mei 2012

Coretan Terakhir Buat Mama



Ke hadapan Mama yang amat dirindui dan disayangi,

Ketika warkah ini ditulis Sara berharap Mama sedang berbahagia dan tenang bersama mereka yang berada di sisi Mama. Sara seperti biasa menjalani kehidupan walaupun Mama tiada di sisi Sara. Cuaca hari ini agak mendung, seperti memahami jiwa Sara sewaktu mencoretkan warkah ini buat Mama. Warkah ini Sara tulis sebagai luahan hati kerana tidak dapat menyatakannya sewaktu wajah kita bertentangan. Dan sememangnya kita tidak pernah bersua muka untuk melihat wajah masing-masing mengzahirkan isi hati dengan riak air muka kita, kan Mama?

Mama,
Sara masih ingat ketika sudah mula memahami sedikit sebanyak erti kehidupan ini dan Sara bertanya kepada Makcik Maimon yang menjaga Sara.

“Makcik, macam mana Taufiq boleh duduk sini?” tanya Sara tulus.

“Ibu dan ayah Taufiq meninggal semasa kemalangan jalan raya.” Jawab Makcik Maimon.

“Zana?” Sara bertanya lagi.

“Ibu dia meninggal. Ayah dia masuk penjara.” Jawab Makcik Maimon lagi.

“Sara?” Sara bertanya tapi Makcik Maimon tidak menjawab.

“Sara?” Dia masih berdiam diri.

Rabu, 18 April 2012

Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud



Rumah Orang-orang Tua Bukit Rashidah telah lama dibina bersama hampir lima puluh orang penghuninya. Setiap seorang dengan kisah yang berbeza. Ada yang rajin bercerita tentang kisah hidup mereka dan ada juga yang menyepi menyimpan kisah masing-masing jauh di lubuk sepi hati mereka.

Zaharah adalah penyelia rumah-rumah orang tua itu, bersama beberapa orang kakitangan yang penuh cekal dan kesabaran melayani setiap insan yang telah lanjut usianya dengan pelbagai karenah yang tersendiri.

Sesekali dia membawa tetamu untuk melihat keadaan penghuni-penghuni di sekeliling. Setiap tetamu adalah penyumbang yang berpotensi untuk memastikan perjalanan rumah orang-orang tua ini akan berterusan, kerana tidak semua orang-orang tua ini mempunyai bekalan yang cukup untuk meniti hari-hari terakhir usia mereka.

Hari itu datang seorang pengunjung dari Singapura untuk melihat ehwal penduduk di Bukit Rashidah itu. Seorang insan berkedudukan dan berada yang prihatin akan manusia-manusia yang tersisih dari kehidupan penuh glamor dan hebat di mata masyarakat. Dia terbaca kisah tempat itu di laman web dan hatinya bagai dijentik-jentik untuk menjenguk tempat itu. Namanya Shamsiah.

“Siapa tu?” tanya Shamsiah sambil melihat ke arah seorang tua yang sudah bongkok dan tiada gigi dengan rambut disisir ke belakang tidak rapi, putih hampir keseluruhannya. Dia duduk tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Pandangannya jauh dilemparkan entah ke mana di luar tingkap Naco dengan pemandangan hanya beberapa pokok renek dan rumput yang sudah tinggi. Sudah hampir beberapa minggu tukang kebun belum datang. Seorang sukarelawan yang tidak meminta upah, memotong rumput di situ dengan ikhlas, sebagai sumbangan dengan kudrat empat kerat kepada penghuni di situ.

Ahad, 15 April 2012

Akan Datang : Misteri Mimpi Yana Bahagian Kedua



Kisah ini akan dimulakan tidak lama lagi, tetapi tidak dapat dikeluarkan sekaligus. Sebaliknya akan dibuat secara berperingkat (episod).

Selamat Hari Jadi, Papa




Jari jemari Daniel bagai menari di atas papan keyboard pianonya sambil menghayati alunan irama yang berdenting bagai membelai gegendang telinga melalui headphone yang dipakai. Dia tenggelam dalam satu alam fantasia muzikanya sendiri di malam yang sunyi dan dingin, bersama piano teman setianya di kala jiwa resah dan gelisah. Teman setia ketika tiada lagi insan bernama isteri untuk menemaninya di waktu jiwa yang bergelodak gelora seperti ni.

Irama Ombak Rindu dialunkan bersama bait-bait lagu itu bermain di minda Daniel.

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Peristiwa yang berlaku kira-kira lapan tahun lalu sering singgah di fikirannya di kala jiwa kosong dan resah.

“I dah bosanlah Daniel. Hidup dah lain sekarang ni. Dah tak macam dulu.” Luahan hati isterinya pada ketika itu.

“Apa maksud sayang? Abang ingat Sofia bahagia dengan keluarga kita.” Daniel inginkan penjelasan.

“Bahagia? I dah bosanlah Daniel. I rindukan masa kita mula-mula dulu. I mahu rasa bebas macam dulu. Bukan terperap di rumah kena jaga anak-anak macam ni.” Sofia melepaskan perasaan yang berbuku di hatinya.

“Bawak istighfar Sofia. Kenapa Sofia macam ni sekarang? Dulu tak macam ni”. Mungkin Sofia tertekan. Daniel cuba menenangkan perasaan Sofia.

“I dah tak sanggup nak merahsiakan daripada you Daniel. I sebenarnya dah ada lelaki lain. I nak minta cerai. You jangan risau. I tak akan mintak hak penjagaan anak-anak kita. I serahkan mereka kepada you. ” jawaban Sofia yang mengungkai semua kemusykilan yang tersimpul di benak Daniel terhadap perubahan pada isterinya Sofia.

Luruh hati Daniel ketika itu. Rasa kepercayaannya kepada insan bernama wanita telah lenyap umpama bulan purnama dilitupi awan. Gelap gelita tanpa kelihatan bayang walaupun sedikit.

Khamis, 12 April 2012

Dalam Sup Ekor Ada Cinta



Kata orang cinta itu letaknya di hati. Tapi bagaimana untuk kita mencari cinta. Tidak ada siapa yang tahu. Sebenarnya cinta ada di mana-mana, Cuma kita tidak tahu tempat yang tepat untuk dituju supaya dapat berjumpa dengannya. Kalau kita nampak di mana cinta, tentu ramai pasangan yang telah dan akan berbahagia hingga ke akhir hayat, agaknya.

Bagaimana untuk berjumpa dengan cinta?
Pada pendapat saya ada dua cara. Pertama, usaha. Kedua, takdir.
Seperti yang berlaku di dalam cerita ini.

***

“Ini sup ekornya, Encik.” Suara gadis cantik molek berusia awal dua puluhan dengan tahi lalat di tepi bibir kanan. Matanya bundar seperti mata Liyana Jasmay. Senyumnya manis seperti Lisa Surihani. Raut wajah seperti Nur Fathia. Cuma gayanya sahaja agak seperti gadis kampung, dengan baju kurung dan kulit agak hitam manis. Tapi masih comel dan sedap mata memandang. Sup ekor di dalam mangkuk plastik berwarna oren beralas piring biru diletakkan di atas meja.

“Eh, apa encik-encik, panggil abang je.” Suara lelaki yang sudah agak berumur di meja yang diletakkan sup ekor tadi. Orangnya sudah berumur lebih empat puluhan, tetapi dari caranya berpakaian kemas dengan kemeja lengan panjang biru berbelang putih dan seluar khaki coklat muda bersama kasut kulit hitam yang berkilat, dia kelihatan seperti dalam tiga puluhan. Kulitnya sawo matang dengan misai yang dirapikan dengan elok.

Selesai menghidangkan sup ekor di atas meja lelaki tadi dan memberikan senyuman tawar kepada lelaki itu sebagai jawapan kepada kata-katanya, gadis pun berlalu.

“Siapa tu Mak Munah? Gatal semacam je” suara gadis kepada seorang tua yang sedang mengupas udang di belakang warong separuh batu separuh kayu di tepi jalan besar itu.

Selasa, 10 April 2012

Syukur ke Hadrat Ilahi

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga proses mengemaskini laman blog untuk karya penceritaan saya di sini. Antaranya adalah banner baru, kertas dinding baru dan banner promosi untuk kisah Misteri Mimpi Yana. Diharap dapat menimbulkan minat pembaca untuk menghayati kisah tersebut.

Misteri Mimpi Yana bukan cerita seram yang ingin membuatkan malam anda penuh dengan ketakutan, tetapi sebuah kisah gadis bernama Yana dengan mimpinya yang menimbulkan tanda tanya dan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang membongkar misteri mimpi tersebut. Ia adalah sebuah kisah misteri yang disulam dengan unsur thriller, mistik dan paranormal.

Dalam bahagian pertama ini, Yana mula didatangi mimpi misteri berkenaan seorang wanita. Pelbagai tanda tanya dengan pelbagai keputusan yang perlu dibuat melahirkan tiga penghujung berbeza untuk pengembaraan Yana bersama Zalifah, Qila, Shanti dan Ivonne.

Walaupun digarap menjadi tiga cerita berbeza dengan permulaan yang sama, hakikatnya sebagai pembaca tentu anda ingin mengetahui apakah akibat pelbagai keputusan yang dibuat melalui penghujung-penghujung yang lain. Selamat membaca..


Ahad, 1 April 2012

Makluman

Laman ini akan dikemaskini dalam tempoh terdekat.
Harap maaf jika ada perubahan yang 'menyakitkan mata' anda semasa berkunjung.
Terima kasih... :)

p/s: Dalam masa itu juga tiada cerpen baru yang dapat saya sajikan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?