PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 24 November 2013

Fantasia Izara Bab 5

BAB 5




"Dah elok kaki Izara?" Tanya Mak Kasturi semasa mereka bersantai di pangkin petang itu.

"Dah kurang sakitnya. Tapi masih susah nak berjalan lagi." Jawab Izara sambil memicit-micit di bahagian yang terasa sengal. Urat kelihatan timbul di bahagian itu.

"Mari mak cuba urutkan kaki Izara tu." Pelawa Mak Kasturi.

"Eh, tak apalah mak. Lama-lama baiklah ni." Izara rasa tidak sedap hati kakinya disentuh oleh wanita itu. Dia rasa seperti biadab membiarkan orang yang dihormati menyentuh kakinya.

"Mari sini. Apa yang kamu nak takutkan. Mari." Akhirnya Izara akur dengan pelawaan Mak Kasturi yang bersungguh-sungguh.

"Tahan sikit." Suara Mak Kasturi apabila dia melihat Izara terkejip-kejip matanya dengan suara berdesis seperti ular.

Hampir mengalir air mata Izara ketika urat yang tersimpul itu ditonyoh oleh Mak Kasturi. Naik tegang urat di kepala menahan kesakitan yang amat sangat, diikuti rasa panas di muka.

"Dah. Cuba berjalan." Arah Mak Kasturi. Izara masih terpinga-pinga dengan pengalaman menahan sakit tadi.

Izara berdiri. Dia sudah mampu berdiri tegak. Dia mencuba beberapa langkah, nampaknya tiada rasa sengal seperti tadi.

"Dah elok. Terima kasih mak." Izara rasa lega.

"Ubat yang Kelana buat tu untuk tahan sakit. Tapi urat yang tersimpul kena diperbetulkan." Mak Kasturi menerangkan.

"Pandai mak mengurut." Puji Izara.

"Bolehlah kalau terseliuh sikit-sikit macam ni." Mak Kasturi tersenyum.

"Saya pergi jalan-jalan ya mak. Rasa bosan pulak asyik terpengap tadi."

"Yalah. Jangan pergi jauh-jauh. Kamu tu baru baik."

Izara mengangguk.

"Mana Kelana, mak?" Izara sempat bertanya ketika mula menapak meninggalkan pangkin.

"Tadi katanya nak cari kayu api. Adalah kat belakang rumah tu."

"Izara pergi dulu mak," Izara berkata sambil menguakkan rambut ke belakang telinga.

"Hati-hati." Pesan Mak Kasturi sebelum masuk ke dalam.


***

"Mana Kelana ni? Puas aku cari tak jumpa." Izara mencari di segenap bahagian semak itu. Dia lewat ke tempat di mana pokok-pokok hutan tinggi meneduhi kawasan itu bersama sebuah pokok kayu kering yang ingin dijadikan kayu api dahulu.

Ketika itu kabus sudah mula muncul di kawasan itu.

'Baik aku balik ke rumah Kelana dan Mak Kasturi. Kalau termasuk kabus ni, silap-silap aku terpaksa pulang ke kampung aku. Tak sanggup aku.' Bisik Izara dalam diam sebelum berpatah balik.

Dia menapak pulang dengan berhati-hati. Kaki yang sudah elok ini terasa ringan seperti berjalan di atas angin.

'Pandai betul Mak Kasturi mengurut.' Izara menghayun langkah dengan senang hati.

Setibanya berhampiran rumah, dia terdengar perbualan Mak Kasturi dan Kelana di pangkin. Dengan segera dia menyorok di balik dinding untuk mencuri dengar. Sebenarnya Izara berangan-angan mendengar rancangan Mak Kasturi untuk menjodohkan dirinya dengan Kelana.

"Bukan Kelana tak nak mak. Tapi Kelana dah serik semenjak ditinggalkan Kenanga dulu."

"Tapi dia ni bukan Kenanga. Dia anak yatim piatu. Tak ada siapa nak paksa dia kahwin. Memang mak tiri di nak nikahkan dia dengan orang lain, tapi dia tak setuju. Dia pun dah seronok tinggal di sini. Apa yang kau takutkan lagi?"

Izara seperti mengerti pendirian Kelana ketika itu.

"Tapi dia masih orang luar mak. Orang di balik kabus. Macam mana kalau dia ubah fikiran dan teringin pulang ke kampung halaman semula. Kabus tu sentiasa ada, hilang dan muncul. Kalau dia tinggalkan Kelana macam mana nanti. Mak dah lupa apa yang jadi dengan ayah dulu?" Kelana tegar dengan keputusannya.

"Jangan kau ungkit pasal tu lagi. Mak yakin bapak kau ada sebab yang kuat untuk tinggalkan kita." Mak Kasturi tersentuh dengan kata-kata Kelana.

Izara terus beredar. Kata-kata Kelana membuatkan dia rasa jauh hati.

'Tak ada makna aku menaruh hati selama ini. Dia sudah ada pendirian sendiri.'

Izara melayan perasaan. Air matanya mula mengalir. Sebak mengenangkan kata-kata yang dilafazkan oleh Kelana sebentar tadi.

'Tak ada maknanya aku bertahan di sini lagi. Orang bukannya perlukan aku pun.'

Air mata yang tumpak diseka Izara lagi dan lagi hingga kering di pipi.

Dia bingkas bangun dan menuju ke rumah. Beg segera dicapai sebelum menghampiri Mak Kasturi.

"Mak, Izara minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Izara terpaksa pulang ke tempat asal Izara."

"Kenapa ni nak? Tergesa-gesa nak pulang." Mak Kasturi terpinga-pinga melihat perubahan Izara.

"Tak apalah mak. Izara tahu siapa Izara. Hanya melukut di tepi gantang. Kelana, jagalah mak baik-baik ya."

Izara lekas-lekas beredar. Makin lama dia bertahan, makin sayu rasanya dia melihat wajah Kelana. Lelaki yang sudah berjaya menambat hatinya.

Izara mengatur langkah deras meredah tanah yang diliputi dedaun kering dengan mersik derap kakinya memijak dedaun itu.

Setelah Izara beredar, Mak Kasturi menempelak Kelana, "Itulah kamu. Bercakap tak lihat sekeliling. Sekarang apa sudah jadi. Izara dah terdengar."

Kelana terdiam. Ketika itu dia menyedari dia telah membuat kesilapan yang besar. Dia bingkas bangun.

Langkah Izara terhenti dengan suara di belakangnya, "Izara!"

"Izara! Tunggu!" Suara Kelana semakin menghampirinya.

Izara tercegat. Dia langsung tidak berpaling melihat Kelana.

"Izara. Maafkan Kelana kerana berkata-kata begitu tadi." Kelana rasa bersalah.

"Tak mengapa. Izara faham. Izara sedar, siapalah diri Izara yang ingin tinggal dengan Kelana dan Mak Kasturi. Izara hanya orang asing. Bukan dari tempat ini."

"Bukan itu maksud Kelana. Kelana sebenarnya ... Kelana ..." Lelaki itu teragak-agak untuk berkata.

"Izara faham. Kelana serik selepas apa yang berlaku antara Kelana dan Kenanga kan? Dan Kelana takut Izara akan tinggalkan tempat ini satu hari nanti. Bukan begitu?" Izara meluahkan perasaan.

"Bukan itu yang Kelana maksudkan. Itu dulu. Sebenarnya ... bila Izara nak tinggalkan tempat ini baru Kelana sedar. Kelana sebenarnya ... cintakan Izara. Kelana tak sanggup kehilangan Izara. Kelana perlukan Izara untuk mengisi hidup Izara."

Izara terkedu dengan kata-kata yang tidak disangka akan dilafazkan oleh Kelana. Dia menyangka dia bertepuk sebelah tangan selama ini.

"Izara, sudikah Izara jadi permaisuri di hati Kelana? Menyerikan hidup Kelana dengan haruman syurgawi indah Izara? Kelana ingin menyunting bunga terpilih di taman indera kayang. Taman larangan diraja." Kata-kata Kelana begitu puitis hingga mencairkan hati Izara. Hanya senyuman yang terukir di wajah ayunya dalam keadaan tersipu-sipu.

"Hamba sudi," jawab Izara. Dia tidak perlu berfikir panjang lagi.

***

Persiapan menjelang perkahwinan Izara dan Kelana begitu meriah. Awal-awal lagi kaum lelaki telah membina balai yang diperbuat daripada buluh. Pelantar yang ditinggikan dari paras tanah itu berbumbungkan atap rumbia.

Penduduk kampung sama-sama menyumbang pelbagai bahan untuk kenduri bagi meringankan beban tuan rumah. Berbeza dengan tempat Izara, di sini mereka tidak menyumbang wang semasa majlis.

Selepas majlis akad nikah, Izara dan Kelana duduk bersama di sudut rumah. Kemudian pengantin diraikan dengan irama gendang dan nyanyian lagu kesyukuran setelah pengantin selamat disatukan.

***

Suasana malam itu sungguh nyaman dan menyenangkan. Angin yang meniup melalui tingkap memberikan suasana yang mendamaikan. Simbahan cahaya bulan menghidupkan suasana romantis buat pasangan yang baru disatukan.

Kelana duduk bersila di sebelah Izara di atas hamparan kain tebal yang menjadi ranjang pengantin di kamar peraduan mereka.

Kelana memegang tangan Izara sambil mengelusnya dengan jemarinya yang kasar dan hangat. Izara tertunduk malu dalam keadaan yang begitu mengujakan bersama Kelana yang sudah menjadi suaminya yang sah.

"Kelana mahu Izara berjanji dengan Kelana." Suara Kelana agak dalam.

Izara mengangkat pandangan untuk memerhatikan wajah Kelana.

"Janji apa Kelana?"

"Kelana mahu Izara berjanji yang Izara tak akan tinggalkan tempat ini walau apapun terjadi."

Izara terdiam buat sementara waktu. Kemudian dia mengangguk.

"Izara janji."

Malam itu menjadi saksi tatkala Kelana dan Izara melangkah masuk ke gerbang alam perkahwinan yang penuh keindahan.

Angin sepoi terus mengintai masuk bersama samar simbahan cahaya rembulan.


***

3 Tahun Kemudian

"Arjuna! Andika! Jangan main-main jauh-jauh!" Suara Izara sambil memanjangkan leher memerhatikan kedua budak lelaki kembar yang sedang asyik bermain di pekarangan rumah.

Izara tersenyum memikirkan hari-hari yang dilalui bersama lelaki bernama Kelana. Segala keperitan yang dialami bersama ibu dan adik-adik tirinya selepas kehilangan ibu dan ayahnya  terasa lenyap. Hilang seperti hujan yang membasahi tanah kemarau yang kering-kontang.

Penyatuan itu telah diserikan dengan kehadiran pasangan lelaki kembar. Kelana telah memilih nama-nama itu untuk kedua putera hasil perkahwinan dengan Izara.

Izara menjenguk keluar. Semakin lama suara dan kelibat budak-budak itu semakin menghilang. Izara mula risau.

'Mana budak berdua ni?' Izara keresahan.

Kelana telah keluar seperti biasa untuk mencari habuan buat mengisi perut mereka hari itu. Mak Kasturi sedang sibuk di dapur. Izara sedang mengemas rumah apabila kedua budak lelaki itu turun bermain.

Hatinya semakin berdegup pantas. Begitu pantas mereka pergi bermain di kawasan agak jauh. Izara segera menuju ke tempat dia lihat budak-budak itu bermain. Namun tiada kelibat mahupun suara mereka.

Izara berjalan lagi sehingga tiba berhampiran pokok kayu yang telah kering. Kabus mula memenuhi kawasan itu.

'Ke mana perginya budak-budak ni?' Izara gundah.

Dia memerhatikan kawasan sekeliling. 'Jangan-jangan ...'

Dia tersentak dengan suara ketawa melikik kedua-dua budak yang sedang berlari keluar dari semak dan berlari pulang ke rumah.

'Hai... budak-budak ni main menyorok pulak.' Dada Izara terasa lapang.

Dia memerhati kabus itu buat sementara waktu. Hatinya bagai digamit untuk mengetahui apa yang ada di balik kabus.

'Bagaimana agaknya keadaan di balik kabus? Adakah aku akan pulang semula sebagaimana aku masuk ke sini?'

Lekas-lekas dia menepis apa yang ada di fikiran. Dia teringat janji yang dibuat bersama Kelana. Dia tidak boleh pulang semula ke tempat asal demi Kelana dan anak-anaknya.


'Arjuna! Andika!' Jerit Izara sambil melangkah pantas pulang ke rumah.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?