PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 12 September 2012

Anabella dan Dongengan 1 Dunia


Nama aku Fatin Nabila. Seperti ramai kawan-kawanku gadis remaja yang lain, aku obses dengan kecantikan dan kehebatan pengembaraan puteri-puteri dalam kisah dongeng.

Ada rakanku yang mahu menjadi seperti Cinderella kerana keajaiban menjadi seorang puteri yang bagai turun dari kayangan dan bertemu putera raja yang kacak. Ada juga yang mahu menjadi seperti Snow White kerana kulitnya yang putih mulus sesuci hatinya dan kebolehan berkomunikasi dengan segala fauna yang ada. Walaupun pelik, tetapi ada juga yang mahu menjadi duyung seperti Little Mermaid dan gadis yang bercinta dengan makhluk hodoh di dalam Beauty and The Beast.

Aku?
Buat apa aku mahu menjadi salah satu daripada mereka sekiranya aku dapat berjumpa dengan semua.

Bagaimana?
Aku telah berjumpa dengan mereka semua di dalam satu kisah yang aku tulis sendiri. Anabella di dalam cerita itu adalah aku. Tentu kalian mahu tahu cerita itu bukan?
Inilah kisahnya...



Tajuk: Anabella dan Dongengan 1 Dunia
Penulis: Fatin Nabila binti Ahmad Kursyi

Anabella terkejut dari peraduan di dalam bilik yang bagaikan sebuah mahligai di istana. Dia melihat wajah-wajah asing yang sedang lena beradu, tetapi masih boleh mengenali mereka.

Di satu sudut ada seorang gadis berkulit putih bersinar dalam samar cahaya matahari mengintai dari luar. Apabila dia melihat gadis itu, dengan serta-merta dia kenal itu adalah Snow White.

Bagaimana dia kenal?
Kerana gadis yang sedang lena itu dikelilingi oleh tujuh orang kerdil yang sedang sugul. Dari riak wajah dan perwatakan masing-masing, Anabella juga boleh mengagak nama-nama mereka.

Tentu Snow White sedang menunggu putera raja yang kacak untuk datang mengejutkan dia dari lena. Oh ya, ada sebiji epal yang diletak di dalam kotak kaca dengan tanda gigitan. Tentu itu epal yang telah mengenakan sumpahan lena untuk Snow White.

Di satu sudut seorang gadis sedang lena bersama rambut keemasan mengurai. Dengan serta merta Anabella kenal itu adalah Puteri Aurora atau nama timangannya Sleeping Beauty walaupun tiada petanda jelas pada dirinya yang menerangkan itu adalah dia.

Bagaimana Anabella tahu?
Kerana di kepala katil tertulis "Katil ini adalah milik Puteri Aurora a.k.a Sleeping Beauty". Sebab itu dia tidak perlu sebarang petunjuk untuk mengenali gadis berambut perang dan sedang lena beradu. Mudah bukan?

Anabella menuju ke tingkap dan disingkap langsirnya. Dia melihat ramai manusia, haiwan dan objek sedang berkumpul di hadapan kota yang bagaikan istana kayangan itu.

Dengan serta-merta Anabella teringat bagaimana dia tiba di alam itu tadi.

Dia baru mahu masuk tidur apabila sebuah pintu ajaib terbuka di dalam biliknya dan dia didatangi seorang budak perempuan yang berambut perang lurus bersama skaf rambut putih dan berbaju gaun pendek biru. Anabella tahu itu adalah Alice dari dongengan Alice in Wonderland.

"Ayuh! Ikut aku. Kamu diperlukan untuk satu tugas yang amat penting!" kata Alice sambil menarik tangan Anabella.

"Tugas? Penting? Apa semua ini? Aku tidak faham." Anabella menarik tangannya dari pegangan Alice.

"Kamulah satu-satunya harapan kami untuk menyelesaikan perbalahan ini. Kamu adalah orang yang sesuai." ujar Alice.

"Harapan? Perbalahan? Sesuai? Eh, tolonglah! Aku semakin tidak faham!" Anabella menjawab bersama dahi yang berkerut.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 




7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Pena Tumpoi. Baru mencuba genre kanak-kanak dan satira... ;)

      Padam
  2. hehehe lucu lak,, sedar cuti satu malaysia..
    tapi bestlah jadi watak tuh boleh jumpa semua watak2 kartun..kan best kalau dpt g sana sungguh huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Tukar je nama Anabella Jadi Dominisa... :)

      Padam
    2. hehehe kalau tukar nama mesti cerita pun lain hihihi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?