PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 9 Ogos 2012

Trilogi Di Ambang Raya


Pagi-pagi lagi Ringo sudah bersiap. Beg pakaiannya sudah dikemas. Baju selepas latihan ragbi pagi tadi telah dibasuh. Sebaik sahaja selesai menyejukkan badannya, dia terus membasuh pakaiannya sebelum mandi membersihkan badannya yang melekit setelah dibasahi peluh dengan comot tanah dan daun rumput.

Hari ini hari terakhirnya di kolej sebelum pulang bercuti sempena Aidilfitri. Walaupun berpuasa, dia masih sempat menjalani latihan pasukan menjelang kejohanan ragbi antara kolej selepas cuti nanti.

Dia sudah siap mandi dan menyapu pewangi pada tubuhnya. Pipi dan dagunya yang baru dicukur disapu kolon dengan haruman Calvin Klein CK. Dia menyarung baju T putih ke tubuhnya yang berkulit cerah bersama seluar jeans Levi’s berwarna putih juga. Dia melihat wajahnya yang mirip seorang pemuda cina di cermin buat kali terakhir untuk memastikan rambutnya dan misainya tersisir kemas dan rapi. Dia telah sedia untuk meninggalkan bilik asrama kolejnya.

Ringo menutup pintu biliknya. Selamat tinggal bilik, dua minggu lagi aku akan kembali, bisik hatinya.

***

Bidin melompat turun dari trak yang dicoreng dengan corak yang sama seperti celoreng yang dipakainya. Dua bulan telah dihabiskan bersama anggota pasukannya di hutan,  meredah lumpur dan belukar dalam operasi yang ditugaskan kepada skuad mereka. Menjaga keamanan negara adalah tugas yang tidak boleh diambil mudah, walaupun negara dalam keadaan aman ketika ini.

Bidin telah bersiap untuk pulang bertemu isterinya, Zuraidah. Terasa seperti sudah bertahun tidak pulang bertemu dengan isterinya yang amat dirindui. Sudah beberapa minggu dia tidak mandi sehingga aroma tubuh dan peluhnya telah sebati dengan celoreng askar berwarna hijau dengan corak-corak seperti dedaun hutan itu. But hitam paras betisnya hanya dibuka sekali sekala untuk kakinya bernafas. Sehari suntuk dia meredah hutan belantara menjalankan tugas.

Dia membayangkan kerehatan, keselesaan dan keseronokan. Dia tidak sabar untuk menanggalkan uniform tebalnya yang sesak dan melekit dan membiarkan air dingin membasahi tubuh bersama daki dan peluh yang sudah lama bermastautin. Hatinya bagai dijentik-jentik untuk duduk bersantai bersama isteri dan anak-anak yang amat dirindui.
  
***

Dari subuh awal pagi tadi Hafiz telah keluar ke pasar borong untuk meraih ikan dan makanan laut untuk dijaja dengan motosikalnya. Sayur-sayuran juga telah diambil dari pekebun di kampung untuk dijaja bersama hasil tangkapan yang diborong.

Sudah beberapa rumah dia singgah dan jualan ikan nampaknya sungguh baik hari ini. Dia memakai baju lengan panjang biru muda dan berseluar kanvas lusuh. Dengan tenang dia menunggang motor  dari rumah ke rumah, lorong ke lorong. Selesai memborong ikan di pasar pagi tadi, dia terus menjaja ikan dan sayur. Kebanyakannya adalah suri rumah yang tiada masa untuk ke pasar. Harga yang ditawarkan lebih mahal beberapa sen, tetapi jauh lebih murah berbanding dengan kos minyak dan masa yang terbuang untuk ke pasar.

Hafiz memang sudah biasa berniaga. Setelah tamat persekolahan, dia sudah bekerja dengan pakciknya di sebuah kedai runcit. Kemudian dia bekerja sebagai penghantar bermotosikal sebelum mula berniaga sendiri menjual ikan dan sayur. Pemuda jati kampung itu memang tidak percaya dengan lulusan ijazah dari universiti. Baginya itu bukan penentu rezeki. Dia berpendapat ijazah bukan penentu rezeki kerana memang telah terbukti ramai siswa dan siswazah yang menganggur. Baginya pokok pangkal adalah usaha dan kerajinan. Dia berpegang dengan tamsilan bahawa ulat dalam batu pun boleh hidup. Jika ada sesiapa mahu berhujah dengannya, dia akan menghuraikan pendapatnya sambil diselit dengan tamsilan tersebut.

"Kau ni memang pandai bercakaplah Hafiz. Baik kau masuk bertanding jadi wakil rakyat." Perli Pak Long, ketua kampung di situ semasa dia datang berhari raya ke rumah orang tua itu suatu masa dahulu. Hafiz bertubuh sawo matang dan segak tinggi dengan wajah yang berkarisma dan menarik. Mendengar sindiran ketua kampung itu, dia hanya tersipu dengan baju batik dan songkok hitam, memang persis seorang wakil rakyat.

Tetapi Hafiz lebih selesa bekerja dengan baju dan seluar lusuh menjual ikan dan sayur. Yang penting rezeki halal dan tak payah pening kepala, cukup untuk menyambut hari raya bersama keluarga tahun ini. Bisik hati Hafiz setiap kali dia mendengar kata-kata cemuhan dengan usaha yang dibuat.

Hafiz tenang menyusuri jalan tanah merah menuju ke rumah Pak Andak Dolah sambil membunyikan hon motosikal di hadapan rumah orang tua itu.

***


Ringo sudah sampai ke pekan berhampiran kampung halamannya hampir setengah jam yang lepas. Dia berkira-kira untuk membeli sedikit buah tangan untuk ibunya yang tinggal bersama adik perempuannya yang bongsu. Dia menjinjing beg plastik putih berisi pelbagai jenis kuih raya. Dengan duit elaun kolej yang berjaya dijimatkan dia dapat membeli beberapa balang plastik berisi kuih tat dan Almond London bersama kerepek ubi pedas dan kerepek bawang.

“Kaulah satu-satunya harapan mak Hazrin. Abang kau semenjak balik London dan kahwin dengan minah mat salleh tu dah tak reti nak balik kampung. Kakak kau lepas kahwin dengan anak datuk tu dah tak nampak batang hidung dia. Kalau kau buat macam mereka juga, tak tahulah mak ...” Keluh ibunya semasa dia pulang berbuka puasa bersama ibunya. Hanya ibunya sahaja yang suka memanggilnya dengan nama asalnya, sedangkan orang lain semua sudah biasa dengan panggilan Ringo.

“Tak apalah mak. Sekurang-kurangnya mereka ada hantar duit belanja untuk mak. Mereka sibuk agaknya.” Ibunya hanya berdiam, tetapi Ringo dapat menyelami perasaan seorang ibu yang rindukan kepada anak-anaknya. Mujurlah ada Batrisya untuk meneman ibu, sekurang-kurangnya terjaga ehwal ibunya di kampung.


Wah, gambar panas Rozita Sharmila keluar Metron hari ni! Hati Ringo bagai melonjak menatap gambar artis kesayangannya di muka depan akhbar tabloid kegemarannya. Kisah gambar artis sensasi itu sebelum dia tiba di mercu kegemilangan didedahkan. Biasanya dia kesal dengan artis yang mengambil jalan mudah untuk mendaki tangga populariti, tetapi di dalam kes ini hatinya terselit dengan perasaan gembira.

Dia masih asyik menatap akhbar tabloid itu sebelum melintas untuk ke seberang jalan menuju ke stesen bas untuk pulang ke kampung halamannya. Dengan ekor mata dia melihat tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan sampil terus membaca kisah sensasi itu.

Sedang asyik meniti garis-garis titipan di akhbar itu, telinga Ringo bagai mahu pekak diterjak oleh bunyi hon yang nyaring menggegarkan gegendang telinganya.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 


10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nasib baik hanya cereka, kan? Semoga kita semua terselamat daripada kejadian begitu. TQ Rahmah sudi singgah dan komen.. :)

      Padam
    2. aah sedih..tapi kenapa si askar tuh tak mati sama, kalau tak pasti sedih lagi... huhuhuhu

      Padam
    3. Askar tu menyesal kerana perbuatan dia bawa laju.
      Kalau dia mati, kurang kesannya... :)

      Padam
  2. kesiannya... cerpen yang memberikan macam2 rasa dalam hati bila membacanya....

    BalasPadam
  3. pengajaran betul..malang tidak berbau kan?
    hope nnt raya ni semua selamat dlm perjalann pulang kg...tak moh dah dengar accdnt ni..
    ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita berhati2 dan berpesan kepada mereka yang bersama kita. Kalau malang berbau kuih tat nenas ke, durian ke, boleh buat persiapan... huhuhu

      Padam
  4. sungguh,.,.. sangat menarik dan menyentuh hati... sy sudah nak 'hujan; nehhhhh hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komennya Ana.. Tersentuh hati saya dengan komen saudari.. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?