PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 14 Januari 2016

NOVEL SULUNG SAYA BAKAL TERBIT!!!

Alhamdulillah, Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat juga saya hidangkan buah tangan solo saya terbitan Buku Prima untuk pembaca yang dihargai sekalian. Novel ini akan terbit hujung bulan Januari 2016.


Sumpahan Ling Chi bermula sebagai cabaran cerpen grup FB Geng Urban bertema seram dengan judul Misteri Banglo Ophelia. Kemudian ia menjadi novelet dalam kompilasi 3 novelet berjudul Trilogi Manusia, Masa & Makhluk. Manuskrip itu walau bagaimanapun telah ditolak dan disarankan oleh editor supaya dikembangkan menjadi novel. Setelah memerah otak dan bersengkang mata (penerangan terlebih dramatik ^_^ ), kisah ini akhirnya telah menjadi novel terbitan Buku Prima dengan judul baru.

Cover novel ini memang ohsem. Tengok gambar saja sudah terasa ambien seram… sama ada hendak masuk atau tidak melalui pintu itu?

Untuk maklumat lanjut tentang kisah yang saya paparkan dalam novel ini berupa skup, teaser dan banyak lagi, boleh kunjungi dan LIKE laman Facebook saya SUMPAHAN LING CHI <<< Klik link.

Saya rancang ingin sediakan cenderahati dan sticker TT kepada pembeli novel saya. Bermakna jika anda beli terus dari penerbit pun, anda masih berpeluang untuk mendapatkan ole-ole daripada saya, selagi stok masih ada. Hanya perlu PM saya untuk dapatkannya. Kalau ada selfie dengan novel Sumpahan Ling Chi lagi bagus! Asalkan jangan beli satu novel tapi kongsi selfie ramai-ramai sebab nak hadian lebih. No no no! ^__^

Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya hingga kini.

Maklumat tentang novel seram thriller Sumpahan Ling Chi:

Sumpahan Ling Chi
S. Kausari

RM 21.00
ISBN: 978-967-446-235-2
~480 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Jan 2016

Sinopsis
Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan.
Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup. 
Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia?

“Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri.” ~ INSPEKTOR SABIRIN

“Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis.” ~ FIONA

“Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan.” ~ DAMIEN




Cara untuk mendapatkan novel ini:






Rabu, 16 Disember 2015

MELYA (BAH.4)


Siapakah yang bertanggungjawab mendedahkan rahsia sebenar Melya?
Apakah motif kedatangan mereka di kabin Tasik Constance, Jerman?
Siapakah pasangan dari Asia yang dilihat oleh Melya?

Jawapannya ada di grup Facebook

MELYA (BAH.3)



~ Drei ~

Tiga tahun yang lalu

Melya berbaring sambil memerhatikan cahaya mentari di celah dahan pohon yang merimbun. Bau dan tekstur rumput segar yang menjadi alas pembaringannya begitu ketara.

Hanz meniarap di sebelahnya sambil mengelus lembut rambut Melya. Dia mengunyah umbut rumput dalam mulutnya. Mata kelabu kebiruan lelaki itu membalikkan wajahnya yang ayu pada permukaannya yang licin bersinar.

Tiada yang lebih indah ketika ini, selain daripada peluang berada di sisi lelaki yang amat dicintai. Lelaki yang telah dia pilih untuk menghabiskan sisa hidup bersama. Dalam susah atau senang, sakit atau sihat, selagi masih ada hayat.

Segalanya sirna dengan suara kasar di belakang mereka, "Jangan bergerak!"

MELYA (BAH.2)


~ Zwei ~

Melya tersedar dengan riuh suara manusia di dalam rumah kabin itu. Jantungnya berdegup kencang seperti akan meletus bila-bila masa.

Kali ini suara itu bukan sekadar bisikan seperti yang biasa dia dengar. Begitu jelas, patah demi patah. Juga bunyi manusia memijak lantai kabin yang dibuat daripada kayu.

"Melya, kau ada di sini?" suara perempuan yang agak parau dan berumur.

Melya ketakutan hingga tidak sanggup menjengukkan kepala di ruang tamu.

MELYA


~ Eins ~

Tasik Constance, Jerman.

Sinar purnama berbayang pada permukaan tasik nan tenang. Sesekali refleksi itu bergoyang dek sapaan bayu malam dan serangga yang melintas di permukaannya. Dalam suasana malam yang suram, irama di pinggir hutan seakan menguasai suasana hingga bergema dan begitu ketara. Nyanyian cengkerik, geseran dedaunan dan deruan angin bersatu menjadi orkestra malam yang begitu mendamaikan.

Melya memandang dari celah tingkap bersama langsir polos yang melambai-lambai disisir bayu malam. Suasana suram yang mendamaikan itu gagal memadamkan keresahan di hati. Umpama bara yang terus membara biarpun air telah berkali-kali disimbah. Masih berbahang di lubuk hati.

Malam-malam hangat yang telah lama berlalu menyapa ingatan. Bagaikan kapsul memori yang pecah dan melayangkan semerbak aroma silam yang pernah bertamu. Membangkitkan rindu kepada insan bernama Hanz.

Sabtu, 21 November 2015

PARFUM D'ARA




PARFUM D'ARA
Sebuah cerpen oleh Salleh Kausari


~ UN ~

Dewan utama hotel Swiss Carlton riuh rendah. Kelihatan kelompok manusia di merata ruang sedang hangat berbincang. Muzik dance hip hop yang melatari majlis gilang-gemilang dengan lampu terang beraneka rona beberapa jam tadi kini sepi.

Kelihatan beberapa buah kereta polis dan van pakar forensik terpakir di pekarangan lobi. Bahagian terlibat dirintangi tali plastik kuning bersama beberapa anggota polis sedang menjalankan tugas dengan teliti.

Sekujur tubuh terbujur kaku dengan gaun labuh merah jambu berlabuci. Rantai berlian Habib Jewel bergemerlapan di leher gadis bersama subang dengan tema yang sama. Matanya terbuntang memandang kosong ke siling. Dadanya berlumuran cairan pekat merah yang terpalit sedikit di bahagian rantai berlian. Bahagian dadanya terkopak seperti dirobek oleh tangan buas berkuku tajam. Bahagian yang pernah berisi dengan jantung gadis itu lompang. Hilang tanpa kesan.

Jumaat, 2 Oktober 2015

KEMBARA MENCARI ENTITI (BAH.1)

I



Qalif garu kepala. Mahu rasanya dihentakkan kepala ke dinding.

"Hadoi... masalah kecik je. Lima orang student nak siapkan projek subjek Ekonomi. Bukan susah mana pun!"

Sambil itu matanya melilau di sepanjang koridor, mencari sesuatu berwarna perak.

"Inilah masalahnya kalau lima kepala dengan macam-macam ragam kena bergabung dalam satu kumpulan. Havoc!"

Benda yang dicari masih tidak kelihatan.

Jumaat, 25 September 2015

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan MaisaraSumpahan Cinta Kohinoor | Elle Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer MukhlisASAD Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)
Sedutan cerpen: Lafaz Cinta Yang Aku Cari

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan

C. NOVEL


1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)












2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah. 

     


    Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23[24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6[7[8[9[10] [11] [12] [13] [14] [15][16[17[18] [19[20[21[22[23[24[25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]




5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI 
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog[1] [2] [3[4] [5] [6[7] [8] [9] [10] [11] [12[13] [14] [15] [16] [17[18] [19] [20] [21] [22[23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
 [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X 
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan  di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini. 
Selamat membaca ^_^
Cheerio!
~ Salleh Kausari
3 Mac 2016

Rabu, 23 September 2015

Antologi Cerpen Sarkas (Santai Tapi Sentap)


Komplot  "Santai Tapi Sentap" bersama geng Tuan Khairy Tajudin Novelis dengan projek Antologi Cerpen Sarkas. Memuatkan lebih 20 cerpen bertema sarkastik humor. Cerpen Facebook, Sebiji Epal dan Senaskhah Novel mengetengahkan isu yang panas tidak lama dulu, baru-baru ini dan mungkin juga tidak lama lagi. Isu apa? Hehe.. dapatkan naskhah anda ^__^
Sedutan cerpen ini: Klik di sini

Jumaat, 18 September 2015

SAYANG MUSTIKA (BAH.1)



Sayang Mustika
Sebuah cerpen oleh Salleh Kausari


I

ADHAM termenung di salah sebuah bangku logam yang berderet di platform itu. Derum enjin bas dan hiruk-pikuk suara manusia berbaur dalam bahang dan bau asap. Sesekali matanya menjeling jam di tangan. Kadang-kadang dia membelek tiket yang tersemat di dalam poket baju. Keresahan menanti ketibaan bas yang akan membawanya pulang ke kampung.

Sebenarnya bukan bas itu yang menjadi punca keresahannya. Banyak lagi. Segulung ijazah yang baru dimiliki. Tempoh beberapa bulan yang dihabiskan kerana menganggur dan gagal mendapatkan kerja yang sesuai. Lelah naik turun bangunan dan masuk keluar pejabat untuk temuduga masih terasa. Namun belum ada satu pun yang menyangkut.

'Apa lagi yang boleh aku buat? Apa guna ijazah kalau tak boleh digunakan? Bukan aku memilih sangat. Tapi kalau boleh biarlah yang menjanjikan masa depan yang baik dengan apa yang aku ada. Sayang kalau aku terpilih yang bukan dalam bidang aku.' Celoteh hatinya setelah apa yang berlaku.

Setelah penantian belum membuahkan hasil, dia buat keputusan untuk pulang ke kampung.

'Baik aku tenangkan fikiran sekejap sebelum menyambung usaha mencari kerja. Mudah-mudahan ada kekuatan untuk fikirkan strategi baru memikat hati bakal majikan. Manalah tahu kali ni ada yang berminat ambil aku.' Dia menyedapkan hati.

Dia melihat jam. Bas sudah hampir tiba.

"Nak, nak beli gambar. Cantik. Pak cik jual murah je." Suara lelaki dalam separuh abad di sebelahnya. Wajahnya kusam dibakar mentari. Baju kemeja lusuh yang dipakai tidak bergosok dan nampak sudah dimakan usia. Songkok hitam yang dipakai juga nampak lusuh. Jambang putih yang mengintai keluar dari dagu jantannya nampak selekeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?