PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 13 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 1)

BAB 1



Truut! Truut! Truut!

Mona di awang-awangan. Mimpinya diganggu.

'Ish! Kacau betul!'

Truut! Truut! Truut!

Seperti disentap keluar dari alam realiti maya atau virtual reality, dia kembali semula ke dalam ruang gelap.

Sebentar tadi dia berada di taman bunga sakura. Warna merah jambu mendominasi ruang yang dipenuhi pepohon bunga yang beberapa meter tingginya. Kelopak sakura yang gugur menyentuh pipi dan, dahi dan hidung. Suasananya segar dan menyamankan Perasaan yang sungguh sureal.

Dari kejauhan seseorang sedang menunggu. Tampan dan segak bersama jeket berwarna kelabu dan muffler merah membalut leher dan terjuntai di dada.

Senyuman itu. Tajam menusuk kalbu dengan panah asmara. Terus ke jantung.

'Siapa jejaka itu? Wajah dia persis Keith Foo. Oh!...' Senyum Mona terukir dari telinga kanan hingga telinga kini. Bantal dipeluk erat, enggan dilepaskan.

Truut! Truut! Truut!

"Hish! Kacau betul lah!"

Mona sudah terduduk di katil. Penutup mata kain satin berwarna pink dengan polka dot putih ditarik ke dahi. Matanya terkejip-kejip dek silau lampu tidur di meja sebelah kanan katil.

‘Satu hari lagi.’

Khamis, 6 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (PROLOG)

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT

PROLOG






Hidup ini seperti cermin yang akan membalikkan pemikiran seseorang tentangnya
~ Ernest Holmes

~***~


"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Mona. Happy birthday to you."

Ruang makan apartment mewah di Setia Condominium itu bergema dengan suara wanita. Gamat dan ceria. Dindingnya didominasi oleh warna putih. Begitu juga dengan lantai yang diserikan dengan jubin White Horse dan permaidani tebal seperti bulu biri-biri. Sofa fabrik putih dari Cavenzi bertekstur lembut dan halus dengan bentuk bulat yang unik rekaan Italy  seolah-olah lenyap di dalam ruang itu.

Yang ketara hanyalah aksesori pasu berwarna merah, kuning dan biru yang menghiasi satu bahagian dinding. Begitu juga pokok palma jenis hibrid berdaun hijau tua yang sesuai dengan ruang bersama cahaya matahari yang minima. Perkakasan audio video berupa televisyen skrin mendatar 70 inci, set Astro, set hi-fi dan pemain DVD tidak mengganggu pandangan walaupun berwarna hitam dan perak. Semuanya memberikan kesatuan tema berlatarkan warna putih umpama indera kayangan.

Apartment dengan hiasan dalaman berkonsep minimalis itu mempunyai satu keunikan.

Cermin.

Khamis, 6 Februari 2014

PROJEK E-NOVEL TERBAHARU PENA VR

Salam buat semua yang sudi singgah ke blog ini,

Buat masa ini saya hanya mampu zahirkan 'cover sementara' projek e-novel terbaharu di PENA VR. Kalau ada yang tak suka dengan cover tu, minta maaflah ya.

Tajuknya.. (jeng! jeng! jeng! ..sound effect..) MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT.
Macam tajuk cerita James Bond atau Mission Impossible kan? Tapi sebenarnya ia adalah sebuah cerita santai komedi cinta. Tentang Mona dan desakan yang datang dengan tiba-tiba untuk mencari Mister Right menurut kriteria pilihannya. Siapakah jejaka-jejaka yang singgah beratur untuk menjadi pilihan Mona? Tunggu...

Buat masa ini saya ada urusan 'bukan penulisan' yang perlu diselesaikan. Mungkin setelah selesai nanti baru boleh saya ceritakan apa dia. Disebabkan perkara ini, sukar untuk saya tumpukan pada bab-bab awal kisah ini. Lagipun banyak elemen yang perlu difikirkan dalam cerita ini. Tentang wanita berkerjaya dalam usia 30-an, cabaran yang dia hadapi, dan latar sebuah syarikat pengiklanan.

Harapan saya adalah supaya dapat memulakan kisah ini secepat mungkin, dan semoga ia kena dengan cita rasa pembaca yang semakin tinggi pada masa ini.

Inilah cover e-novel ini. Ta da...





Jumaat, 24 Januari 2014

Cerpen Majalah Mingguan Wanita : C.I.N.T.A.

MINGGUAN WANITA  
24 - 30 JAN 2014 
(BIL: 1575)




Alhamdulillah, cerpen saya disiarkan lagi dalam majalah Mingguan Wanita. Sebenarnya saya khuatir cerpen ini mungkin ditolak kerana isu yang cuba diketengahkan. Mungkin mesej yang ada menyelamatkan keadaan. Apa-apapun, terima kasih kepada team Majalah Mingguan Wanita.

Semoga mereka yang begitu dekat di hati kita tidak menerima nasib yang sama seperti Rita dan Mak Cik Melah.

Rabu, 8 Januari 2014

AKAN DATANG!!!...

Percubaan menulis cerita santai komedi tentang seorang wanita dan misinya mencari jodoh yang sesuai... berdasarkan pandangan matanya. 

Siapakah calon-calon pilihannya? Apakah kisah-kisah yang konon-kononnya 'kelakarlah sangat' dalam e-novel ini?

Kita tunggu dan lihat sama ada percubaan saya ini berjaya atau tidak.. ^_^
[Mood bereksperimentasi]



Rabu, 25 Disember 2013

Cerpen Majalah Mingguan Wanita : Catatan Dari Kota London

MINGGUAN WANITA  
27 DIS 2013 - 2 JAN 2014 
(BIL: 1571)


Singgah ke kedai majalah hari ni setelah ternampak majalah MINGGUAN WANITA dengan cover gambar Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Hati tertanya-tanya, siapakah penulis yang cerpennya tersiar minggu ini? 


Terus selak ke mukasurat 132. Rasa pelik sebab tajuknya hampir sama seperti cerpen CORETAN OLEH HENRY MITCHELL yang saya hantar. Setelah lihat gambar gadis bertudung, pemuda mat saleh bermata biru dan bas double decker merah, saya mula syak. Rupa-rupanya cerpen ini diberi judul baru. 

Alhamdulillah...


Khamis, 19 Disember 2013

Sambungan KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI - Bab 19


Setelah agak lama merehatkan kisah ini, akhirnya dapat juga update bab baru di ILHAM KARANGKRAF.
Jemput singgah untuk tahu apa yang terjadi pada Anisah setelah pemergian Ustaz Hairi dan terbongkarnya rahsia gelap Farizah.


Selasa, 17 Disember 2013

Isnin, 16 Disember 2013

Fantasia Izara Bab 7

BAB 7




Suasana suram di majlis pengkebumian Sameon. Izara tidak henti-henti mengalirkan air mata.

Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Dia baru saja kehilangan Kelana dan anak-anaknya, Andika dan Arjuna. Kini dia terpaksa menghadapi kematian ayahnya buat kali yang kedua.

'Apa yang sedang aku alami sekarang ini seperti satu mimpi yang ngeri dan tak masuk akal. Tapi perasaan ini terlalu menyakitkan.'

Rubiah, Hayati dan Karmilah begitu giat melampias tangisan di tanah perkuburan Sameon yang masih basah. Izara hanya memerhatikan. Sukar untuk dia memastikan sama ada ini sekadar satu lakonan mereka yang hebat atau tidak.

'Ini kali kedua aku berada dalam situasi seperti ini. Mungkin aku kena perhatikan gerak-geri mereka. Sekarang aku sudah tahu rancangan Mak Cik Rubiah nak kahwinkan aku dengan Pak Jabar.' Izara mengatur rancagan dalam diam.

Bergilir-gilir para tamu bertemu Izara untuk mengucapkan takziah selepas majlis pengkebumian. Izara sugul bersimpuh memerhatikan tanah perkuburan ayahnya yang masih merah dan basah dengan siraman air mawar. Kelopak bunga bertaburan di atas hamparan tanah yang membukit itu.

'Izara percaya ayah mati dibunuh. Izara berjanji, Izara akan cuba cari siapa yang telah membunuh ayah. Dia akan pasti menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya. Biarpun manusia itu adalah Mak Cik Rubiah.' Getus hati Izara penuh semangat.

Ketika itu kata-kata orang tua berjanggut putih terlintas di fikirannya.

Rabu, 4 Disember 2013

Fantasia Izara Bab 6

BAB 6



Izara memerhatikan gelagat Arjuna dan Andika yang sedang berkejaran di laman rumah. Adakala keriuhan mereka menguji kesabaran Izara. Dia sering terasa lelah selepas melayan kerenah mereka berdua.

Sebenarnya bukan itu yang mengganggu fikirannya.

'Semakin lama aku tinggal di sini, semakin terasa kebosanannya. Tak ada internet. Tak ada Youtube. Tak ada Facebook, Twitter.' Izara melayan apa yang terlintas di fikiran.

Izara mula terasa cabaran tinggal di tempat yang berlainan dari tempat asalnya.

'Apa agaknya yang ada di balik kabus?' Izara teringat apa yang dilihat berhampiran pokok kayu yang telah kering.

'Kalau aku melintas ke dalamnya, apa yang akan terjadi? Adakah aku akan kembali ke tempat asal? Apa yang Kelana maksudkan dengan keadaan mungkin tak akan sama seperti yang sebelumnya?' Izara tertanya-tanya.

Ketika itu dia disentak oleh tangisan Andika yang diusik oleh Arjuna.

'Arjuna, kenapa usik Andika?' Izara menghampiri untuk meleraikan pasangan kembar itu.

Perkara yang mengganggu fikirannya terus lenyap buat sementara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?