DAPATKAN DI PASARAN!!!
ANTOLOGI JIWA KACAU 2 : GAUN BERDARAH
Antologi 27 Cerpen Thriller

Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana- PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa - NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA | Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis - ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy - GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa - DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK | Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari - ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA
TERKINI DI GRUP FB LAMAN INSPIRASI PENA VR
(KOMUNITI PEMBACA KARYA SALLEH KAUSARI)


UNTUK MAKLUMAN:
Cerpen-cerpen lama di blog ini sudah diarkibkan.
Sekiranya anda ingin membaca sebarang cerpen di sini, boleh buat request di grup FB LAMAN INSPIRASI PENA VR (KLIK SINI).
Cerpen berkenaan akan disiarkan di sana, insya-Allah.
Terima kasih atas sokongan. ^_^
AKAN DATANG KE ILHAM KARANGKRAF:
APABILA BUMI BERSUARA
Sebuah E-Novel Fiksyen Sains Thriller tentang penjagaan alam sekitar


KINI SEDANG DISIARKAN..
SEBUAH KISAH KOMEDI ROMANTIK
Tentang jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15]
[16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24]

BAB BONUS DI GRUP LAMAN INSPIRASI PENA VR:
[25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]

TRILOGI : MANUSIA, MASA DAN MAKHLUK
(KOMPILASI 3 NOVELET DENGAN GENRE BERBEZA)
INGIN MARATHON BACA PREVIEW BAB KETIGA-TIGA NOVELET INI?

FANTASIA IZARA: [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

MISTERI BANGLO OPHELIA: [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]

MUTASI GEN-X: [Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
(KISAH CINTA TRAGIS)
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


MISTERI MIMPI YANA
(E-NOVEL INTERAKTIF PERTAMA DI MALAYSIA)


[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19] [20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23]
Bab bonus di LAMAN INSPIRASI PENA VR
[24][25][26]
Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

SUDAH BACA?

SUDAH BACA?

Tuesday, 29 May 2012

MMY Bab 15-2



Bab 15-2

Kamu semua dah gila?!” bentak Abang Mansor. “Dah tahu tempat tu keras, nak pergi juga. Ingat sikit. Kamu semua tu perempuan!” Abang Mansor betul-betul tidak setuju dengan cadangan Yana. Tambahan pula Yana mahu membawa Zaharah isterinya sekali.

“Saya rasa ini saja cara nak pecahkan sumpahan tempat tu Abang Mansor. Saya...” Yana cuba menerangkan tetapi dipotong oleh Abang Mansor.

“Kamu siapa? Pandai-pandai nak buat rancangan macam ni. Kamu ada belajar ilmu macam ni? Dah, abang tak setuju.” Dia berdiri sambil memautkan tangannya di tingkap ruang tamu.

Kak Zaharah hanya berdiam dari tadi. Akhirnya dia bersuara, “Abang, saya tak pernah ingkar dengan abang. Segala kehendak abang saya turut. Tapi kali ini saya merayu bang. Berilah saya peluang untuk mengikut cadangan Yana. Manalah tahu ...” Kata-katanya pantas dipintas oleh Abang Mansor.

“Manalah tahu apa? Kamu dapat balik semula dengan Hilmi?!” suara Abang Mansor meninggi. Yana dapat rasakan ada nada cemburu  dalam kata-kata lelaki itu. Mungkin dia takut kehilangan Zaharah sekiranya yang menunggu di wakaf itu adalah Hilmi yang sengaja menghilangkan diri.

“Percayalah bang. Saya setia dan sayangkan abang saja. Walaupun Hilmi ditakdirkan masih hidup, saya tak akan kembali kepada dia bang. Saya dah serahkan cinta saya kepada abang. Semuanya milik abang.” Terang Kak Zaharah bersungguh. Abang Mansor diam tidak bersuara sambil merenung keluar tingkap.

“Saya cuma nak tolong Hilmi. Kalau betul dia masih hidup, saya nak terangkan perkara sebenar. Bahawa kami tiada jodoh bersama. Dan saya harap dia akan sedar dan melupakan saya. Tapi kalau yang mengacau di wakaf tu roh Hilmi, saya harap rohnya akan tenang selepas berjumpa dan mendengar penerangan saya tentang apa yang berlaku malam tu.”

“Betul kata Kak Zaharah bang. Berilah dia peluang untuk menerangkan hal yang sebenar. Sekurang-kurangnya inilah ikhtiar terakhir kita. Kalau tak, sampai bila-bila kes wakaf tu tak selesai.” Yana menambah.

Abang Mansor terdiam seketika di tingkap. Kemudian dia bersuara. “Boleh. Tapi dengan satu syarat. Abang nak ikut sekali. Kalau tak keluar pun, abang tengok dari jauh saja.”


***

Malam itu mereka keluar menaiki van abang Mansor. Van yang selalu digunakan untuk menghantar hasil kutipan buah-buahan ke bandar. Abang Mansor bersama kakak Zaharah duduk di hadapan.

Ini kali kedua Yana dan rakan-rakan lalu di kawasan itu pada jam lapan malam. Seperti pengalaman pertama mereka, kawasan itu gelap-gelita kerana tiada lampu jalan. Sepertimana cerita abang Hashim yang menerangkan lampu-lampu di situ elok pada siang hari, tetapi tidak boleh dinyalakan pada malam hari. Bulu roma mereka juga telah tegak berdiri. Meremang walaupun keadaan agak hangat di kawasan itu. Tiada kereta yang lalu-lalang menambahkan lagi suasana seram keadaan dalam gelap dan sunyi seperti itu.

Abang Mansor mematikan enjin dan menutup lampu beberapa meter dari wakaf. Mereka menunggu di dalam van sambil memerhatikan wakaf yang kosong tiada berpenghuni. Keadaan terlalu gelap untuk melihat jika ada orang di wakaf.

Kata-kata nenek Kuntum terngiang-ngiang lagi di telinga Yana. “Kamu kena berhati-hati. Kebolehan ini satu keistimewaan dan juga satu sumpahan. Kalau kamu berani dan cekal menghadapinya, kamu akan selamat dan boleh menolong orang lain. Kalau kamu lemah dan takut hingga pentingkan diri sendiri, kamu mungkin akan menjadi mangsanya.”

Yana tidak pasti apa yang perlu dibuat. Tetapi dia hanya pasrah menurut apa yang tersedik di dalam hatinya.

“Jom Kak Zaharah kita pergi.” Ajak Yana.

Abang Mansor sempat berpesan kepada isteri kesayangannya. “Hati-hati ya Zaharah.” Kak Zaharah hanya tersenyum kecil. Senyuman yang termampu dizahirkan dalam keadaan gelodak jiwanya yang teramat gementar.

Mereka berdua tiba di wakaf yang kosong. Mereka duduk dengan lagak seperti orang menunggu bas yang tidak kunjung tiba di wakaf itu.

Beberapa minit selepas mereka melabuhkan punggung di situ, mereka terdengar suara lelaki dari sebelah kiri mereka. “Dah lama sampai.” Suara yang menyebabkan bulu roma mereka tegak dan jantung seperti berhenti berdegup. Suara yang keluar secara tiba-tiba di wakaf itu memecah kesunyian malam yang gelap gelita.

Kak Zaharah cuba membuka mulut tetapi suaranya seperti tersekat di kerongkong apabila melihat lelaki yang pernah singgah di hatinya suatu masa dahulu. Melihat Kak Zaharah, lelaki itu bersuara, “Zah, akhirnya kau datang juga bertemu aku di sini. Dah lama aku tunggu kau Zah tapi kau tak datang.”

Setelah tergagap-gagap, Kak Zaharah akhirnya dapat bersuara kembali. “Maafkan aku Hilmi. Pada malam tu memang aku nak keluar tapi mak ayah aku dah tahu hubungan kita. Aku tak dibenarkan keluar malam itu.” Hilmi berdiri beberapa meter jauhnya dari mereka. Yana hairan bagaiman Hilmi tiba di wakaf itu. Tambahan pula dia pasti motosikal Hilmi yang diparkir di sebelah tempat duduk wakaf itu tidak kelihatan semasa mereka tiba tadi.

“Jadi bukanlah kau memutuskan perhubungan kita dengan rela.” Hilmi tersenyum. Kemudian dia berpaling ke arah pokok-pokok yang merimbun di tepi jalan. “Selama ini aku menyangka kau meninggalkan aku kerana sudah benci dengan aku.”

“Percayalah Hilmi. Aku betul-betul sayang kepada kau pada masa itu. Tetapi cita-cita kita untuk bersama hanya tinggal angan-angan. Sekarang aku dah berkahwin dan bahagia bersama lelaki lain. Aku minta maaf Hilmi. Mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersama.” Suara sebak Kak Zaharah.

Lama juga Hilmi terdiam sebelum dia bersuara. “Untuk pengetahuan kau pada malam tu aku terlewat sebab ada perkara yang menghalang aku untuk sampai tepat pada waktunya. Tapi bila aku sampai kau tak ada. Aku buat keputusan untuk tunggu di sini setiap hari sehingga kau datang. Aku mahu tahu kenapa kau tinggalkan aku." Hilmi benar-benar meluahkan perasaannya yang terbuku.

Dia menyambung lagi. "Terima kasih Zah kerana sudi memberitahu aku hal sebenar. Sekurang-kurangnya aku boleh kembali dengan rasa tenang selepas ini. Kau jangan risau. Aku takkan tunggu kau di sini lagi. Sekarang aku dah tahu hal sebenar. Aku juga tak akan ganggu kau dan suami kau. Aku doakan semoga kau berbahagia dengannya. Walaupun hati ini masih menyimpan rasa cinta kepada kau Zah. Nampaknya terpaksalah aku berkorban demi kebahagiaan kau. Walaupun aku pergi, tapi hati in akan tetap menyimpan memori kita dulu Zah. Aku akan simpan sampai bila-bila."

Kak Zaharah tidak dapat membendung airmatanya dengan kata-kata Hilmi yang bernada sayu itu. "Aku minta maaf Hilmi," suara sebak Kak Zaharah sambil mengesat air matanya.

"Tak payah minta maaf Zah. Bukan salah kau. Kita adalah mangsa cinta yang tidak kesampaian. Mungkin itu takdir yang terpaksa kita telan walaupun pahit. Walaupun seperti kaca yang merobek-robek hati kita." jawab Hilmi.

"Kau pergilah pulang ke pangkuan suamimu. Aku yakin dia akan menjaga kau sebaik-baiknya sehingga akhir hayat. Selamat tinggal Zah.” Kata-kata Hilmi tanpa melihat kepada mereka berdua. Mungkin dia dilanda kepedihan yang tidak mahu terlihat pada gambaran wajahnya, walaupun malam itu terlalu gelap untuk melihat wajahnya dengan jelas. Kata-kata itu juga adalah isyarat yang mudah Yana tangkap supaya mereka beredar dari situ.

Yana dan Kak Zaharah berjalan menuju ke van. Sebelum Yana masuk ke dalam van dia sempat menjeling ke arah wakaf yang kosong. Hilmi sudah hilang lagi secara misteri sebagaimana dia muncul tadi. Yana sudah dapat membaca identiti Hilmi yang sebenar.

Malam itu Yana bermimpi.

Dia sedang menunggang motosikal kapcai dengan memakai jeket hitam. Motosikal yang sama seperti yang dilihat bersama Hilmi. Dia menekan minyak sambil meluncur di lebuh raya yang gelap dan lengang. Yana dapat mengecam papan tanda di sebelah jalan. Papan tanda hijau besar itu menunjukkan jarak perjalanan untuk ke laluan keluar lebuh raya di hadapan.

Perjalanan yang dilalui itu pernah dialami Yana. Perjalanan yang ditempuh bersama rakan-rakan pada malam dia sesat ketika menuju ke rumah nenek Kuntum. Yana melihat jam yang menunjukkan pukul 8.05 malam. Sejurus itu motosikal dipecut dengan laju. Dalam kegelapan malam Yana terlihat tayar tersadai di tengah jalan. Mungkin tayar bocor yang ditinggalkan oleh pemandu selepas menukar tayar, tanpa menyedari tindakan itu membahayakan orang lain. Yana cuba mengelak tayar, tetapi tindakan spontannya telah menyebabkan dia hilang kawalan ke atas motosikal dan terhumban ke tepi jalan. Yana merempuh pagar besi di tepi jalan dan menjunam masuk ke kawasan seperti gaung. Dalam kegelapan yang hanya disinari lampu motosikal, Yana dapat melihat dia sedang menuju ke dalam kawasan tadahan air.

Yana tercebur masuk ke dalam air bersama motosikalnya sekali. Suasana gelap tiba-tiba diterangi cahaya lampu motosikal apabila dia tiba ke dasar. Yana cuba berenang ke permukaan, tetapi kakinya tersepit pada  motosikal. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri, tetapi udara di dalam paru-parunya semakin berkurangan. Yana semakin lemas hinggalah akhirnya dia memejamkan mata.

***

Telah tiga hari berlalu semenjak mereka membuat laporan di balai polis tentang kes kehilangan Hilmi.

Pada pagi selepas kejadian mereka bertemu Hilmi di wakaf, mereka ditemani abang Mansor untuk membuat laporan di balai polis. Lama juga mereka cuba meyakinkan polis tentang perkara itu. Polis yang mengambil laporan mereka memandang muka Yana dengan renungan yang tajam. Mungkin dia sukar menerima kisah mereka di wakaf dan cerita tentang mimpi Yana. Akhirnya dia bersetuju menghantar pasukan untuk menyiasat perkara itu.

Pagi itu mereka menerima panggilan dari balai polis. Mereka dimaklumkan pihak polis berjaya menjumpai rangka manusia berjeket hitam dengan logo dan slogan Geng Hero Jalanan bersama motosikal. Identiti yang ada dalam dompet bersama rangka itu adalah milik Hilmi yang dilaporkan hilang tiga tahun lepas.

***

Pagi itu Megat datang untuk mendengar kisah mereka di Taman Tema Karnival dan wakaf berhampiran Kampung Dusun.

“Hebat ya cuti semester korang. Macam dalam cerita filemlah.” Puji Megat

“Masa mula-mula dulu aku rasa takut dengan kejadian ni. Tapi bila dah lama-lama, rasa teruja pun ada.” Tambah Zalifah.

Yana hanya mendengar kata-kata Zalifah tanpa memberi sebarang komen. Memang benar kata Zalifah. Tetapi dia tidak boleh membaca apa yang akan berlaku di masa hadapan. Setakat ini segalanya berjaya diselesaikan. Dia tidak dapat mengagak jika dia akan gagal di masa yang bakal mendatang, jika cabaran yang dihadapi lebih hebat. Tapi yang pasti nasihat nenek Kuntum akan dijadikan pedoman dalam menggunakan fenomena mimpinya untuk kebaikan.

Sedang mereka seronok berbual di anjung rumah nenek Zalifah, sebuah kereta polis berhenti di pekarangan rumah. Seorang anggota polis berpakaian uniform polis biru tua lengkap bertopi muncul dari dalam kereta. Orangnya tinggi lampai dan segak dengan wajah iras pelakon Ungku Ismail, manis dan berkumis nipis. Yana resah. 

‘Ada apa hal polis datang ke rumah ini? Ada sesiapa yang buat masalah ke? Atau dia nak soal siasat aku berhubungan kes Hilmi?’ Hati Yana ditujah soalan demi soalan bertubi-tubi.

“Abang Zul!” tiba-tiba Zalifah bersuara apabila melihat anggota polis itu. Yana dan rakan-rakan lain yang mendengar berpaling untuk melihat Zalifah.

‘Abang? Sejak bila Zalifah ada abang? Dia tak pernah beritahu pun? Abang angkat agaknya? Tapi kenapa dia tak datang masa kenduri kahwin hari tu?’ Hati Yana bertambah musykil.

Apabila melihat Yana dan rakan-rakannya memandangnya dengan wajah yang pelik, Zalifah pun bersuara.  “Inilah abang aku, Inspektor Zulfadhli.” Mereka bersalaman dan saling memperkenalkan diri kepada inspektor polis itu.

“Saya dari bahagian penyiasatan jenayah. Masa kenduri hari tu tak dapat balik sebab ada kes yang kena diselesaikan.” Inspektor Zulfadhli menerangkan. Yana memandang polis itu dengan penuh minat. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang menarik hati Yana.

“Dan saya datang hari ni pun kerana tugas juga. Saya dah dimaklumkan tentang apa yang sudah berlaku di kampung Nenek Kuntum. Saya kagum dengan keberanian kamu Yana.” Puji Inspektor Zulfadhli.

“Dah jadi tanggungjawab saya. Selagi termampu saya gunakan kebolehan ini untuk kebaikan, inspektor.” Jawab Yana.

“Tak payah berinspektor dengan saya. Kamu kawan Lifah. Kamu boleh panggil saya Abang Zul saja.” jawabnya. Yana hanya tersenyum.

Inspektor Zulfadhli membuka cerita. “Pihak polis ada beberapa kes yang tak dapat kami selesaikan. Mungkin kamu boleh tolong kami.”

“Tapi kebolehan saya ni bukan boleh saya gunakan sesuka hati saya inspektor.. err Abang Zul. Biasanya kes ini yang cari saya melalui mimpi saya.” Terang Yana. Dia tersasul memanggil Inspektor Zulfadhli dengan panggilan rasmi.

Dahi Inspektor Zulfadhli berkerut. Zalifah mencelah, “Yana dapat petunjuk melalui mimpinya. Dari situ baru dia tahu kes yang boleh diselesaikan. Bukan bila-bila masa yang dia mahu.”

“Oh, kalau macam tu tak apalah. Sekurang-kurangnya dengan bantuan kamu dah ada kemajuan kepada kes-kes yang masih tergantung dalam fail polis.” Jawapan Inspektor Zulfadhli menunjukkan rasa puas hati.

Yana tersenyum memikirkan pengalamannya bertemu dua lelaki. Megat, seorang jejaka kampung yang berada dengan wajah tampan sawo matang berkacukan Pakistan. Kemudian Inspektor Zulfadhli, abang Zalifah dengan wajah manis berkumis seperti pelakon Ungku Ismail dan kelihatan segak dengan uniform anggota polis.

Walaupun waktu bersama kedua lelaki ini terlalu singkat, tetapi dia dapat rasakan keindahan bersama mereka. Yana juga dapat rasakan yang dia akan bertemu lagi dengan mereka pada masa yang bakal mendatang.

Jauh di sudut hati Yana ada rasa gelisah dengan mimpi yang dialami. Ada  rasa kesal dalam hatinya, seperti ada misteri lain yang masih tidak terungkai. Misteri yang sepatutnya berjaya diselesaikannya. Tetapi itu pilihan yang telah dibuat dan tidak mungkin diulang kembali. Kerana itulah lumrah kehidupan, kita diberi pilihan untuk memilih dan kita bertanggungjawab dengan pilihan yang kita buat.

Yana juga dapat merasakan seolah-olah ada perkara yang masih belum selesai berdasarkan alamat di dalam mimpinya. Mimpi itu ada dua elemen yang berlainan. Bahagian yang selesai hanyalah mimpi dia jatuh ke dalam air dan lemas.

‘Apa maksud mimpi aku dikejar di kota ala Inggeris itu oleh orang yang tidak aku tak kenal? Mengapa kejadian yang berlaku di Melaka tidak mengungkai misteri ini? Adakah ini misteri yang bakal aku hadapi di masa yang akan datang.’ Yana hanya mampu pasrah berserah kepada takdir. Dia hanya mampu menunggu petunjuk untuk misteri mimpinya yang masih belum terungkai.




Akhir Bahagian 2 (Kes Wakaf)

No comments:

Post a Comment

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?